Life is Like Roller Coaster / Allhamdulillah. Syukur,,, macam ni la hidup kita selagi nyawa dikandung badan. Ada kala naik dan di atas ada kala turun dan di bawah. Namun, sedar mahu pun tidak ke mana arah tujunya? Kalau naik roller coster dah tahu penghujungnya? Nak naik kerana nak merasa bagaimana cabarannya, excitement apabila berada di atas sana. Namun, ada yang tewas ada juga yang berjaya! mengikut kepada ketahanan dan enjoyment seseorang itu.
![]() |
google image |
Walau apapun, dalam hidup kita ke mana arah yang harus dilalui sememangnya sudah terpancar dan tertulis di kalam-kalam indah, dek disebabkan butanya hati ini tidak nampak akan jalannya. Begitu juga dengan saya, jalan dah terbentang luas namun ada kala turun dan naik emodi itu. Ada kala di atas, ada kala di bawah... Namun, yang pasti banyaknya di bawahhhh... ahakkkksss....
Nak mengejar satu yang pasti itu susah. Beremosi sendirian boleh di menjadi singa jika tak kena dengan gayanya. huhukkk... apa nak buat kalau selalu duk paras bawah ni, tak de la rasa akan cabaran roller coster itu. Sedangkan jika menikmati keseronokan roller coaster ia sentiasa ada naik dan turunnya. Sedangkan saya banyaknya di bawah!
Kesiannya ko mu Sheila! Bila bermonolog banyak pula
alasannya itu dan ini. Bagai samar mengaburi segalannya. Mood dan jiwa semakin
memberontak di kala masa pantas berlalu. Bagaimana jua harus dilalui, bagaimana
jua harus diatasi. Nampak sukar membina jalan. Menempuhi duri yang menajam
mencucuk disegenap tubuh. Harus jua diaatasi jika tidak rosak jadinya.
Membina semangat yang hilang memang payah. Mengejar sebuah
impian tanpa arah juga sukar. Mahu tak mahu demi menuju ke puncak jaya harus
dibuang dikikis semua perasaan. Roller coaster harus bergerak lalu. Turun
naiknya mesti diharungi dengan keseronokan agar sampai ke puncak jaya di mana
tempat berhentinya ia.
Ingat agama itu untuk apa. Ingat tujuan hidup itu untuk apa?
Bila berada di bawah itu biasa. Namun, apa yang luar biasa jika mampu bangun
berdiri naik dan bangkit semula seperti si gagah perkasa. Itu yang dinamakan
luar biasa. Jangan mudah berputus asa. Ingat keluarga, ingat mereka yang berada
disisi yang sentiasa doakan harapan.
Rasulullah SAW
Kalaulah Rasulullah masih hidup di zaman ini, mesti dia
malukan ada umat seperti ini. Hinanya diri tidak ketepian. Bagai menyorok di
celah deduri melihat baginda yang sangat terpuji. Apakah mampu untuk betemu
kelak? Berikan diri kekuatan agar menjadi umatnya yang ampuh. Hari meniti hari
selang berganti pantas berlalu, diri tidak kemana jua. Cepat bangkit, ayuh
menuju pada yang satu. Menggapai satu tujuan, merangkak, berdiri bangun gagah
berlalu. Cekalkan hati, tekat kan tujuan, pusatkan harapan. Bangkit menuju
kejayaan. Berilah ruang berilah peluang. Kita semua sama, sama mahu Berjaya.
Apa yang diharap sebagai umatnya, sudah tentu mahu menerima
dan bertemu dengan kekasih Yang Maha Agong. Teruskan usaha, apa yang dilakukan,
perjuangkan apa yang ada. InsyaaAllah aka nada cahaya itu jika perteguhnya
iman. Akan ada jalannya jika mempeteguhkan iman. Akan ada jayanya dengan
kuatnya iman.
Bangun mengadu pada si dia. Jangan mudah berpaling pada
mereka. Dia hanya satu. Dia hanya menanti mu. Jangan pergi pada yang lain,
kelak kecewa dengan mereka. Datang peluk pada yang pasti, InsyaaAllah pasti akan
dipegang erat. Jangan mudah mengalah, jangan mudah ditewas, jangan mudah
berpaling, mulakan dengan bismillah. Dengan nama Nya Yang Maha Pengasih. Pasti
tidak kecewa dia sentiasa menunggu, pasti tidak akan berpaling kerana dia tidak
pernah beralih arah. Sabar menanti, sabar menunggu setiap masa dan ketika,
panjatkan doa, luahkan segala…..
Roller Coaster itu
Akan berhenti di tempatnya, akan memberi keseronokan pada
setiap yang mahu merasa. Nikmatnya keseronokan. Bahagiannya rasa. Itu pasti.
Dia yang maha memberi, raihlah dengan kesyukuran.
5 Comments
InshaaAllah~
ReplyDeletenak pi naik roller coaster kat funfair la nanti..
ReplyDeleteNaik turun kehidupan..pasti ada cabaran.Mungkin kecil atau mungkin besar..apa Allah beri ikut kemampuan.
ReplyDeleteIn Sha Allah...
ReplyDeleteSedihnya bila baca catatan akak ni..tersentuh rasa hati pulak...
ReplyDelete