Susu Fernleaf 100% Susu Dari New Zealand

Susu Fernleaf 100% Susu Dari New Zealand / Allhamdulillah, kehadiran susu fernleaf sangat memberi keceriaan kepada anak-anak saya. Sejujurnya saya belum pernah memberikan anak-anak saya susu fernleaf. Dengan kehadiran susu ini ke teratak kami, anak-anak mula mengenali jenama fernleaf dan mereka sangat suka dengan rasanya yang lazat.


Sememangnya susu fernleaf ini adalah 100 peratus susu daripada New Zealand. Ia tidak dicampurkan dengan susu lain bagi menjamin kualiti yang terbaik dan dibawa segar di ladang yang segar.

Kenali New Zealand Sebagai Pengeluar Susu Bermutu

Di New Zealand, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu di sana. Peladang New Zealand mengamalkan budaya kerja yang terbaik dengan menjaga lembu-lembu tenusu itu dengan penuh dedikasi.


Di New Zealand juga, mereka mengusahakan ladang secara semulajadi, iaitu dengan memberi kebebasan kepada lembu-lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang besar. Maka, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan yang semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan manusia.

Apa yang penting di sini kandungan susu tersebut mengandungi banyak nutrien yang penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Kenapa Lembu Tesunu dan Rumput di New Zealend Bermutu?

New Zealand memunyai tanah yang subur kerana kadar hujannya yang baik serta pencahayaan dari pada sumber matahari yang baik dan banyak dapat menghasilkan rumput yang bermutu. Ini merupakan sebab kenapa lembu tenusu menghasilkan susu yang bermutu dengan vitamin A dan D yang tinggi.


Dengan menghabiskan 90 peratus masa meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu di New Zealand secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Hal ini juga menyebab lembu tenusu di New Zealand mendapat lebih kandungan vitamin D berbanding lembu di dalam kurungan.


Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semulajadi

Faktor rumput yang berkualiti dengan ikim yang baik, serta udara yang segar dan juga air yang bersih, lembu tenusu New Zealand dapat mengahasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.

Pakar Tenusu

Pengalaman yang lama dalam perladangan tenusu dengan 140 tahun memberi kekuatan kepada peladang yang berdedikasi juga merupakan faktor penghasilan susu yang bermutu. Pengalaman merupakan warisan kepada generasi peladang bagi membina kepakaran dalam bidang perladangan tenusu di New Zealand dan membina New Zealand sebagai peneraju dunia di dalam industri tenusu.

Terjamin dan Berkualiti serta HALAL

Tidak perlu diragukan oleh pengguna di Malaysia tentang kehalalan susu Fernleaf UHT ini kerana ia diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan halalan toyyiban....



Susu Fernleaf UHT didatangi dengan tiga variasi rasa yang lazat iaitu:

  1. Full cream
  2. Low fat
  3. Chocholate

Setiap variasi ini dibungkuskan dalam 1 liter dan juga 200ml.


Sesuai diMinum Semua Golongan kerana ia "UHT"

Susu Fernleaf UHT ini sesuai diminum oleh semua golongan iaitu kanak-kanak dari umur satu tahun, remaja, dewasa malah golongan warga emas juga boleh menikmati susu fernleaf UHT. Sudah tentu anda ternya-tanya, sejak di awal mula saya banyak kali menyebut "UHT", dan apakah disebalik makna "UHT" ini?

UHT adalah Ultra High Temperature process iaitu proses menghapusan kuman supaya dapat dinikmati oleh semua golongan peringkat usia.

Testimoni

Nak rasa lebih #100Mmmmm dengan menikmati susu fernleaf UHT mesti la rasa dengan straw panjang  berliku.... yuhuuuu menggamit perasaan teruja anak-anak dan mak anak juga menikmati susu fernleaf uht ini.


Anak-anak mesti suka minum you alls, dengan kelazatan penuh krim susu fernleaf UTH dengan perisa coklat harus tidak mengewakan anak-anak dan juga dewasa.....


Keriangan berganda dengan menikmati susu #fernleafUHT sememangnya #100Mmmmm cukup membuatkan anak saya baby Nur Jannah menghabiskan satu kotak dalam satu masa.... hehehe.... susah Nur Jannah nak minum habis dengan jaya nya susu kotak ni.


"Mestilah kakak suka minum susu ni adik!!!"

 Allhamdulillah dengan fernleaf UHT dia boleh menghabiskannya.


Keriangan Tidak Terkata

Menikmati susu fernlesf uht membuatkan anak-anak saya merasa penuh keriang ditambah pula dengan adanya straw panjang itu. Bukan mereka sahaja gembira menikmatinya, malah saya dan suami juga menikmatinya dengan penuh terpersona... kekeke... ye la serius cakap, harus la kami repeat beli untuk susu fernleaf uht ini kerana ia sememangnya #100Mmmmm.....



Jadikan susu Fernleaf UHT Amalan Seharian

Saya sejujuran menyarankan supaya jadikan amalan harian dalam menikmati sajian anda. Cuba pelbagaikan ramuan serta sajian anda dengan mencampurkan susu fernleaf uht ini. Sebagai contoh anak-anak saya suka makan dengan cereal. 



Bagi matlumat lanjut susu Fernleaf UHT boleh la anda melayari:

Website:

Instagram:

Twitter:


Hashtag
#100Mmmmm #fernleafUHT


4 comments:

  1. Oo..kat rumah ni tak sempat nak makan dengan apa2 hehe tengok-tengok dah habis

    ReplyDelete
  2. Geram je tengok anak-anak akak minum susu....hehehe..cumil masing-masing..

    ReplyDelete
  3. wah. spec straw viral in the house ye :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.