Sayangi Anak Autism

Sayangi Anak Autism / Allhamdulillah, Rabu yang lalu (minggu lepas), saya bawa Nur Jannah check up dengan doktor selepas dua minggu sebelum ni check up dengan misi dan injection tuk setahun setengah. Pada peringkat ini, misi dan doktor akan menerangkan tentang ciri-ciri anak-anak autism.
 

Bila sahaja masuk bilik doktor, saya duduk di kerusi sebelah doktor dengan memangku Nur Jannah dan en somi berdiri di hadapan meja doktor. Doktor menyapa, datang buat apa ye? aku macam tak sangka lak doktor akan tanya soklan sebegini rupa.... er.... "datang untuk check up setahun setengah" "dah jawab soalan", soalan? aku cakap belum! soalan apa aku pun tak tahu..... then dia ambil buku pink dan belek muka surat setahun setengah dengan gayanya yang menguap,,, aduihhh... petang-petang agaknya doktor mengantuk, acuh tak acuh sahaja. Dah sampai muka surat yang dia cari, dia cakap "ni dah jawab soalan".... "o... yang tu, dah jawab" balas aku! dalam hati ku ingatkan soalan apa???


Then, dia belek lagi muka surat, tanya lagi soalan yang ada pada buku, satu persatu dia tanya dan saya jawab tentang Nur Jannah.... ni check untuk anak autism, en somi tanya, anak autism macam mana doktor? "kalau ikut jawapan, yang diberi, dia bukan anak autism"..... macam soalan tadi nampak dia bukan autism.... en somi puas hati agaknya. Ok, terus berlalu, sekejap bangattttt.... Saya tak la berapa puas hati! sebab dia tak check badan Nur Jannah, pegang pun tak.... Kalau doktor seorang lagi memang dia akan check detail, dari rambut sampai la ke kaki.... tengok najis anak dan sebagainya.....




A post shared by Aselawati Che Ab Adziz (@sheila_adziz) on

Aduiiih.... pening ngan doktor mengantuk.....

hehehe... apapun tak apa la, nak buat camanakan, janji Nur Jannagh sihat syukur Allhamdulillah. Semalam, saya dan kak ngah kena cakar kat Nur Jannah. Kesian kak ngah lima kali kena gigit.... Kak ngah nangis, dia pujuk,,, hehe... sabar je la anak sorang ni.... muka saya dah pedih-pedih apa lagi kak ngah, lekat kesan giginya bulat.... risau saya kalau hantar sekolah nanti.... tapi yang herannya kalau depan orang sangat la pemalu, diam yang amat.... Orang pandang je terus terkulai layu tengkuknya, tunduk malu! ntah malu ke takut ke ntah la saya.....




A post shared by Aselawati Che Ab Adziz (@sheila_adziz) on

Suka Tengok Baby
Nak tengok henset, "baby" saja.... baby, baby, baby, dapat tengok henset gambar baby terus la suka.... kehkehkeh.... hai nak baby agaknya. Kalau time cuti, harus la dia tak mau tidur nak main ajer.... penat! nak kena marah baru nak tidur. Sekali saya marah, dia nagngis terus tidur.... hehehe,,,, anak! anak! boleh lak dia tidur dengan pantas, sayang nak tidur, saya ada, kakak-kakak ada nak main saja, sampai nak tidur pun lupa.

Lain Macam
Nur Jannah ni lain macam sikit dari kakak-kakaknya,,,, pandai buat lawak, suruh kita main lawak-lawak dengannya... geram rasanya saya dengan dia.... Tapi layan je la walaupun penat! hehehe....

Uols ada apa-apa nak kongsikan tentang ciri-ciri anak autism untuk sama-sama kita study boleh kongsikan dengan saya menerusi komen di bawah tau...

7 comments:

  1. My nephew autism, 6 thn, dia fhm tp jrg nak bcakap, flip hand, show syg kt kita dgn reaction, cium kita. Fizikal semua ok. Htr speech therapy, htr ke PDK, hope centre. So far thn ni, byk dia dh improved. Perlu beri extra care 😊

    ReplyDelete
  2. Banyakkan bersabar ya..sesungguhnya Allah uji orang beriman agar dia tabah dan teguh kesabarannya

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik-baik saja untuk Nur Jannah ira doakan. Sihat dan memnbesar dengan baik ye adik sayang :)

    ReplyDelete
  4. Nur Jannah buat kakak ye...acik PC doakan moga Jannah terus membesar dengan sihat...kakak-kakak sentiasa sayang Jannah.

    ReplyDelete
  5. FIKIR POSITIF DOAKAN YG BAIK2 SAJA UTK NURJANNAH

    ReplyDelete
  6. kdg2 ada sesetengah doktor mmg menyakitkan hati.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.