Nur Jannah Dah Boleh Berjalan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Nur Jannah Dah Boleh Berjalan / Allhamdulillah. Memang la saya ni sibuk dengan study.... Walaupun anak-anak duk depan mata, tai kesian juga mereka kadang-kadang tak sempat nak melayan mereka bercakap dan bercerita. Nur Jannah lak.... haish.... sebab utama saya tak hantar orang jaga sebab masalah kewangan. Kedua, dia dari kecik kuat sangat meangis, sehingga sekarang pun dia masih kuat menangis kalau tak kena gaya. Lagi satu dia terlebih aktif. Saya takut la nak cakap hyper active.,,, hukhuk.... dia memang tak boleh tidur selagi tangan kaki bergerak. Bila agaknya boleh diam selagi dia tak tidur..... 



Mula Melangkah
Semalam, dia dah mula berjalan, selangkah, dua langkah dan tiga langkah. 11 bulan seminggu umurnya. Lagi 3 minggu genap setahun. Lambat la juga boleh jalan berbanding kak ngahnya 11 bulan. Tapi Nur Jannah ni buat saya huru hara.... Kalau saya jaga dia, kejap terlelap, saya kan terkejut bangun dan panggil namanya "Nur Jannah"...... aduihhh... risau ntah ke mana dia merayap merangkak.... dah banyak kali terlepas keluar rumah bila kakak-kakaknya keluar rumah tak tutup pagar. 

Ni, dah boleh berjalan lagi haru biru saya nak terkejar dia! Kat mana sahaja sampai kat lutut dia boleh panjat dia panjat. Dah berulang kali jar kena kipas. Dia buat macam biasa tak serik. Pantang nampak kipas pusing sikit. Dah berapa kali juga kipas jatu kat dia. Haduiiih... memang pantang lepa sikit. Memang haru la saya.

Aktif, Tidur Berbedung
Satu hal lagi, pantang pintu toilet terbuka dia merangkak pergi main air dalam baldi. Sebab-sebab ni juga saya tak hantar mengasuh. Kami jaga dia sendiri. Nak tidur, kena bedung. Kalau dengan saya, saya kesian la, dah besar-besar kena bedung. Saya kena layan dia terpaksa tunggu berjam sehngga dia penat dan tidur. Kakak-kakak memang dal out lama lena di ulit intan. Kalau nak cepat suruh dia tidur terpaksa jua dibedung. Dia tak boleh tidur selagi kaki tangannya bergerak. Dia sangat aktif. Bila dah kena bedung dengan kuat tangan dia tak boleh gerak terus dia lena. Kesian saya kat dia. 

Tangan dia memang la cepat, tak boleh tengok orang makan apa dia terus terkam dulu. Nasib la kakak-kakak dia makan dekat dengannya. Sangat indipendent berbanding kakak-kakaknya. Tak takut orang, binatang, semua dia main terkam sahaja. Kalau kakak-kakaknya masa kecil harus la tak mahu dengan orang berkepit saja kat saya. Yang ni lain sikit, semua orang dia nak!

Belajar Sifat Allah
Kena sedia mental fizikal bila nak jaga dia. Tak pernah nak duk diam bila pakai pampers. Mesti dua orang kena pegang. Pakai baju seluar kat dia pun dia boleh buka, sehinggakan tinggal pampers sahaja. Inikan pula nak pakaikan reben, bunga bagai kat kepalanya. Saya pakai je kasut kat dia, dia buka.... Aduihhhh.... Nur Jannah! hehehe... memang penat, tapi saya seronok. Seronok tengok sifat Allah, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Cerdas dalam karektor Nur Jannah. 

Ujian Anak Membina Kesabaran
Dia buat saya banyak sabar! Masa kecilnya, saya jaga dia hingga kan sehari memang tak sempat nak makan. Makan pun sambil berdiri. All the time dia menangis. Tidur jer saya boleh rehat sikit. Bayangkan dengan pengajian saya yang tunggang langgang dengan baby kecil, dengan dia menangis all the time. Memang semua tu buat saya belajar banyak sabar! 

Allahuakhbar!
Ujian anak aktif ni membuatkan saya membina kesabaran. Setiap tangisannya, setiap perbuatannya membuatkan saya tersenyum. Dah tak tahu nak marah macam mana. Saya nampak hebatnya Allah, jadikan kita manusia ni macam-macam..... baik Dia. hebat Dia. kaya Dia. semua ada dalam karektor Nur Jannah dan semua anak-anak kecil. Sayangnya Dia pada kita, bila anak kecil datang merengek kat kita. Lembut jer kasih sayangnya pada kita. 

Apa, pun semoga anak-anak kita dlindungi sentiasa di bawah jagaannya.... 
Amiiinnn.... 



2 comments:

  1. Alhamdulillah Jannah dah berjalan....Sesuai dengan erti namanya...cahaya syurga..moga kesavaran untuk ibu bapanya menerangkan lagi cahaya syurga yang bakal menjadi persinggahan terakhir...amin..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdullilah dah pandai berjalan.. pastu berlari pulak.. hehhe Mamanya larat tak kejar..hehhe

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.