Nur Jannah Bersunat Masa 7 Bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Nur Jannah Bersunat Masa 7 Bulan / Dek kesibukan saya dengan menyiapkan tesis pengajian, saya terlupa untuk sunatkan baby Nur Jannah. Menghitung hari kini, Nur Jannah dah hampir setahun. Masa berpantang tak sempat saya nak cari bidan untuk sunatkan Nur Jannah. Al maklumlah kampung saya area bandar nak bidan bidan mengurut tunggu pun sangat mahal dah kat area Kota Bharu. Nak nak pulak semua bidan dah ada rate mereka sendiri... kerana permintaan yang tinggi mereka menetapkan harga yang tinggi juga RM70 bagi 2 jam.... urut dan tungku. Mungkin harga ni rendah bagi yang mampu tapi tinggi bagi saya yang limited ini. hehehe


Nak bailk bertunggu ke di kampung suami memang murah di Pasir Mas, tapi keaadaan yang tak mengizinkan saya. Dek sebab itu saya memang nak balik Kedah dalam masa terdekat nak siapkan tesis.... so dengan keadaan tersebut, kepala asyik duk fikirkan tesis sehingga sekarang pun tak mampu lagi saya nak submitnya, terlupa masa tu Nur Jannah dah hampir 7 bulan belum disunatkan lagi. Itu pun sebab kawan-kawan ada terbincang. 

Akhir tahun lepas saya balik kampung baru sunatkannya. Masa tu dah 7 bulan lebih. Anak perempuan ni tak apa bersunat lewat. Ada juga yang umur setahun lebih dah boleh jalan baru bersunat. Mereka tak rasa sakit sangat. Dalam sehari dah sembuh. Tapi lebih baik lakukan masa bayi lagi. 

Jom kita fahami mereka yang lebih arif tentang khatan bagi wanita dan bersunat bagi bayi perempuan. 

Assalamualaikum ustaz,
Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak-anak kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
Wassalam
Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  1. Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  2. Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
  3. Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada.. katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
Bila dah fahami tentang khatan ni, terpulang pada anda sebagai ibu bapa bila yang harus dikhatankan anak perempuan anda.... 
Wassalam. 



4 comments:

  1. alhamdulillah
    terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Berkhatan menjurus menjaga kebersihan jugakan kak...
    Terima kasih berkongsi dalil2 ya kak...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. baby jannah telah selamat disunatkan.

    ReplyDelete
  4. mek khatankan jugak amani.
    masa dia umur sebulan rasanya
    buat dekat klinik lily pasir mas.
    hrga dalam 80 hengget.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.