Mama! Mama! Kakak Dapat Hadiah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mama! Mama! kakak dapat hadiah / Riuh dari luar rumah lagi panggilan mereka. Terus masuk ke bilik saya mengejutkan saya tidur. Saya terlena menidurkan baby Jannah. Rugi mama tak pergi, kata kakak. Tak apa la.... kakak, kak ngah bawa balik hadiah dah syukur! Kakak dapat no 2, daddy yang dapat no 1.... Masing-masing seronok memeriahkan hari keluarga anak-anak Kelantan Perantauan di padang taman rumah kami Taman Teja Changlun Kedah. 

Majlis yang diserikan dan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yaacob kelmarin menceriakan anak-anak Kelantan di sini kelmarin. 


Masing-masing dengan cerita tersendiri. Kak ngah, kakak sibuk bercerita apa yang mereka main. Seronok saya tengok mereka. Allhamdulillah.... Terima kasih Ya Rab mengurnia keseronokan kepada mereka. Dah lama tak dapat hadiah tu... hehehe.... sampai ke malam tak habis lagi bercerita. 

Rezeki Yang Banyak
Petang, pula daddy bawa balik gulai sampai hari ni boleh makan. Subhanallah.... Murahnya, Ar Rahman Ar Rahim.... Dek kami yang kesempitan ini, pelbagai rezeki Dia kurniakan.... Allhamdulullah. 

Mama, tangkaplah gambar nak nak hantar wasup. Kata terus hantar wasup pada family kami. Aduihhh... dah pandai berwasup la bagai. Nasib la anak-anak saya tak ada tablet dan sebagainya. Nak buat macamana mak ayah dia tak mampu nak beli.... hehehe.... kalau tak duk dengan tablet, smarphone sahaja anak-anak ni.... kekeke..... ada baik juga la macam ni keadaan kami! nak ganti smartphone mak saya yang saya guna ni pun tak mampu lagi saya nak ganti walaupun 3,4 ratus sahaja.... haiash, haish,,,,, tak apa la semoga mereka dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan syuga tanpa hisab.....

Semalam, kakak terus call tok mienya kat kampung cerita dia, daddy menang dalam perlawanan yang disertai.... Seronok la dia bercerita! 

Tu la kan, bila tengok anak-anak seronok kita pun seronok. Terharu pun ada saya ni. Terharu Allah tu sayang sangat kat kita ni kan. Dia uji kita, lepas tu dia leraikan kesedihan kesusahan kita dengan buatkan kita gembira, ceria.... Terima kasih Ya Rabb...

Bersangka Baik
Apa pun, kuat mana pun dugaan bersangka baik lah selalu denganNya.... InsyaaAllah hati tenang!

Allhamdulillah.....




8 comments:

  1. wah,, sukaaa sangat dia dapat hadiah syukurlah tu, kan rezekiii

    ReplyDelete
  2. rezeki yang best apabila datang tidak disangka-sangka..

    nikmat..

    masya Allah.

    hanya Allah SWT sahaja yang tahu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...syukur sangat...rezeki daripada Allah kan kak...luar jangkaan kita...

    ReplyDelete
  4. wahhhh
    kalau den pun seronok dapat hadiah
    bagitahu semua orang
    hehehe
    rezeki tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah semuanya.. semoga bertambah murah rezeki Sheila sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.. Murah rezeki sis..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.