Kuih Keria Gebu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kuih Keria Gebu / Allhamdulillah... kalau datang ke UUM Sintok jangan lupa sahabat singgah di kedai depan stesen minyak dekat roundabout UUM...


Walau bagaimana pun makcik ni biasanya mula berniaga pukul 10.30 pagi. Kalau waktu pagi tu kat kedai ni ada nasi lemak, nasi campur, dan roti canai. Makcik yang berniaga kuih keria, pisang, ubi goreng ni mula berniaga lewat sikit sehingga lah pukul 3.00 petang atau habis. 




Saya, kak ngah memang suka kuih keria ni sebab kebuannya serta lembut sangat. Bila gigit tak sangka kuih keria ni sangat lembut. Mula-mula makan saya terkejut juga ingatkan keras. Air tangan orang tua-tua ni memang sedap.... apa lagi kalau mak-mak kita kan. Mak saya pandai masak, tapi dia jarang masak. Beruntung kalau sahabat dibesarkan dengan air tangan ibu. Anak saya kalau apa pun saya masak dia makan sahaja. Tak kisah apa pun. Memang anak-anak ni macam tu la kan.... Mak saya dulu sibuk bekerja saya dan adik selalu cari makan sendiri bila balik sekolah... Allhamdulillah bila besar pun dari tak tahu masak pandai-pandai la belajar sendiri. Kalau balik kampung mak masak mesti la makan banyak. Sedap saja la selera.... 

Bahan-bahan
Ubi keledek direbus dan tumbuk
Tepung gandum untuk uli

Caranya
Satukan kedua-dua bahan tersebut dengan sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung takut nanti terlebih tepung akan jadi keras. Tipsnya kalau nak tahu tepung cukup ke tidak masa menguli tu adunan tidak melekat di tangan. Maksudnya dah cukup la tu tepung dan ubi keledek. Kemudia dah boleh bulatkan ia dan tebuk lubang di tengah.

Panaskan minyak, dan masukkan dalam kuali. Mula menggoreng. Jangan terlalu besar api tu, nanti hangus pula..... Angkat dah sejukkan dahulu bila dah sejuk boleh la gaulkan dengan gula halus.... 

Jom tengok kuih ubi keledek che mek cheese kat SINI

Selamat mencuba tau.... 




14 comments:

  1. adudu.. kite mmg suke gile kueh keria tau.. pantang de org jual mesti beli.. =D

    ReplyDelete
  2. Sedap keria ni kak...keria ke...donat ke...PC suka..

    ReplyDelete
  3. Gebunya.. Saya yang nengok gambar pun berselera.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  4. sedapnya!!!! boleh cuba buat ni. thanks akk share resipi kuih keria. sy mmg suka makan kuih ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk. sekali pandang macam donut pun ya. biasa kalu gebu ni sebab komposisi ubi tu lg banyak dari tepung gandum

    Jemput baca artikel terbaru saya by Zaleha Awaluddin

    ReplyDelete
  6. Kuih kegemaran ni. Nak nak lagi sekarang dah viral kan.
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/
    Done follow

    ReplyDelete
  7. Mak rajin buat sllu tolong bulat2kan keria tu,hee

    ReplyDelete
  8. Suka kuih keria, tapi saya malas nak tebuk lubang ditengah tengah, jadi saya buat bola bola sahaja....

    ReplyDelete

  9. Sedapnya.. mak saya dl penjual kuih, tetiba rindu plak dengan kuih mak.rindu masakan mak

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Ni yang rasa nak cari kuih keria ni.

    ReplyDelete
  11. Dulu selalu keliru keria dengan donut. Yg pastinya dua dua sedap. hihi.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.