Enter your keyword

Wednesday, September 28, 2016

Bicara Hati Maal Hijrah Yang Bakal Menjelma

By On 5:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Bicarahati & phayatan utk Awal Muharram yg bakal mjelang:


Allahumma ya Mubdik engkaulah yang memulakan sesuatu dengan sebaik-baiknya. Ya Baari' ya Mubdik izinkan kami untuk memulakan awal tahun baru hijrah ini dengan permulaan yang baik disisiMu. Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.
Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.

Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan saidina abu bakar sepanjang perjalanan hijrah.

Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan ya Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.



UUM Pilihan Raja Ilya Lancar Richiamo Coffee Pertama Di Malaysia

By On 10:34:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi pilihan pelakon terkenal, Raja Ilya Raja Mohamad untuk melancarkan cawangan pertama Richiamo Coffee di Malaysia yang beroperasi di Varsity Mall sejak Ogos lalu.

Raja Ilya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Richiamo Coffee berkata, UUM yang terletak di kawasan utara tanah air dipilih sebagai cawangan pertama di Malaysia memandangkan dia merupakan anak kelahiran utara iaitu Ipoh, Perak.

Katanya, idea untuk membuka Richiamo Coffee yang berkonsepkan kafe premium itu tercetus setahun lalu kerana dia sendiri merupakan penggemar kopi asli dan berpendapat ia masa yang sesuai untuk menceburi dalam bidang perniagaan itu.

"Richiamo Coffee bukan sahaja menyediakan kopi premium berkualiti pada harga berpatutan yang mampu dinikmati golongan pelajar dan pensyarah, malah memberi peluang kerjaya kepada pelajar di UUM dengan bekerja di kafe ini.

"Kita memberi pengalaman kepada mereka untuk mempelajari dunia perniagaan, selain menjana pendapatan sampingan ketika belajar di universiti," ujarnya pada Majlis Perasmian Media Richiamo Coffee di Varsity Mall, semalam.

Tambahnya lagi, selain mempromosikan kafe tersebut menerusi drama atau filem lakonannya, ia juga secara tidak langsung turut mempromosikan usahawan atau peniaga di dalam Varsity Mall UUM.

Katanya, Richiamo Coffee pasti akan menjadi lokasi santai pilihan warga kampus untuk bertemu dan menghilangkan tekanan selepas belajar dan juga kerja.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak Richiamo Coffee yang telah menjadikan UUM sebagai cawangan pertamanya di Malaysia.

Menurutnya, UUM juga berterima kasih kepada Magna Hartamas Sdn Bhd yang mana Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu merupakan alumni UUM sendiri kerana membangunkan semula Varsity Mall dengan kos bernilai RM7.7 juta.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan penunggang motosikal kuasa tinggi.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Richiamo Coffee, Mohamad Zamry Abu Samah; Pengarah Eksekutif Richiamo Coffee, Zulkiflee Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif Magna Hartamas Sdn Bhd, Mohd Nizam Morad dan pegawai-pegawai UUM.


Monday, September 26, 2016

My First Correction For My Thesis

By On 4:47:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum,,,, selamat petang semua...
Erm... hari ni dah hari kelima selepas saya ke USM Jumaat lalu, jumpa sv saya ambil report, dan discuss tentang tesis.... Balik rumah Jumaat petang memang tak buat apa la.... duk pening, sampai ke malam muntah... Nak makan pun tak lalu.... Hari Sabtu baru ok sikit.... 

Hari Ahad keje seperti biasa, walaupun rasa loya masih ada tapi asyik lapar saja.... Duk ofis kejap saya keluar cari makan.... Allhamdulillah, kelmarin saya sudah dapat semua jurnal yang dicari....

Hari ni pergi print segala bagai jurnal yang sv saya suruh buat correction.... nak mula memang pening lagi la nak kena baca bagi faham.... saya ni yang jenis lambat nak paham, al maklum la.... apa pun Al Quran kata baca, baca, baca.... InsyaaAllah.... 


bila tengok jurnal sikit dah mula nak mengulor.... penatttt.... haduihh, sv bagi dua minggu saja tuk submit satu topik.... All the best Sheila, u can do it.... InsyaaAllah.... 

Terima kasih, sv saya banyak mengajar.... saya malu sangat padanya.... nak buat camana lemah sangat saya ni.... Saya bersyukur sangat dapat sv yang baik dan banyak membantu.... semoga Allah sentiasa merahmati sv saya berdua dan juga para rakan-rakan semua yang membantu saya dalam pengajian ini....



Sunday, September 25, 2016

Diari Cuti AidilAdha 2016

By On 9:55:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jumaat 9 Sept 2016
Saya bertolak pulang ke kampung. Sebelum itu saya singgah di USM Penang dulu, jumpa sv saya dan settle hal dengan IPS,,,,, pukul 3.30 bertolak dari USM ke Kota Bharu..... Maghrib sampai di Tanah Merah. makan di sana.... kelaparan.... ibu mengandung ni asyik lapar sahaja.... 

Singgah di rumah mertua di Pasir Mas, pukul sebelas malam tiba kat rumah saya di KB.... Malam itu saya dilanda kegatalan teramat.....

Sabtu, 10 Sept 2016
Ke Kota Bharu, memandangkan sudah dua kali mengandung nak sempat nak makan nasi Sumatera kat KB, allhamdulillah kali ni dapat makan.... tapi tak memuaskan hati dah tak sedap macam dulu,,,,, Nasib la anak saya berdua masa baby tu tak ada air liur meleleh.... Kemudian, saya pergi jumpa doktor kes gatal-gatal yang menyelubungi..... detail doktor check gatal saya.... saya cakap kelmarin saya berkelah di bawah pokok di USM..... doktor kata ini gatal, kena serangga.... haduihhh..... seminggu juga kat kampung saya dilanda gatal. Doktor bagi ubat makan saya tak makan.... saya cuma ubat untuk mandi dan sapu saja.... 

Ahad, 11 Sept 2016
Ke rumah nertua... lepak di sana, malam balik rumah mak say kat KB..... adik saya dah balik kampung, kali ni kami dua beradik sekeluarga beraya bersama..... Al maklumlah keluarga saya kecil, ayah, mak, saya dan adik lelaki saya sahaja dan keluarga masing-masing. Saya dengan dua puteri, dan adik saya dengan dua puteri satu putera. 

Isnin, 12 Sept 2016
Allhamdulillah.... Allah Ya Syakur!!! dipanjangkan umur menyambut aidiladha.... Mak ayah saya korban raya kali ni... Pagi dan petang saya tolong mak di dapur.... Menu pagi nasi dagang....

Allahmdulillah, mengandung kali ni saya tak ada alahan.... malah saya pula yang risau, betul ke mengandung ni..... tak sama kan..... so, boleh buat kerja seperti biasa..... Menu petang dah makan nasi putih sup tulang, daging goreng, kerutuk hati, limpa, daging, paru...

Sampai malam tetamu last, sepupu-sepupu saya yang datang..... daging pun dah habis,,,,, last sup perut dihidangkan pada mereka.... perghhhh sedap.... memang saya mengidam nak makan sup perut.....

Selasa, 14 Sept 2016
Hari ni beraya di rumah mertua.... saya tak ke mana-mana..... kat sana saya tidur.... hehehe... ye la kat rumah saya time raya tak sempat nak tidur. Mak mertua memang sporting bagai, tak ada nak buat apa, katanya rehat la.... Apa lagi saya rehat terus tidur..... Malam balik rumah mak saya..... 

Rabu, 15 Sept 2016
Hari ni, daddy dan cousin-cousin sibuk buat persiapan untuk "family day" esoknya.... Malam, sempat ke KB ambil duit dan beli barang kat kedai RM2 wakaf che yeh.... Kalau balik seminggu pun memang susah nak pergi pasar borong WCY.... walaupun rumah saya dekat sahaja... malas nak rempuh jam.... naik motor pun jam.... 

Khamis, 16 Sept 2016
Pagi lagi saya ke RTC Temang drive sesorang, dekat sahaja dengan rumah saya... Nak makan laksa Kelate.... Kelmarin (hari Rabu) saya dah siap order dengan cousin saya yang berniaga kat sana suruh belikan siap-siap, kalau tak kehabisan musim ni..... Ikut lorong downtown, terus dapat parking then pergi ambil laksa kat cousin saya..... Memandangkan call tak dapat saya lak tak tahu nombor kedai cousin saya sebab dia dah pindah tempat baharu, orang ramai!..... Allah Ya Muur Ya Haadi Ya Haq Ya Zohir, saya baca terus jalan sambil zikir, then nampak muka cousin saya..... Ambil laksa terus balik, beli ketupat.... kuih.... Allhamdulillah.... sekilo RM10 laksanya... kat Teman tu hanya ada laksa Pak Lah sahaja..... satu tempat sahaja yang menjual laksa kelate....

Petang bersiap ke Bachok untuk "Family Day".... Lepas asar bertololak ke Bachok.... Saya lalu jalan Kubang Kerian, Panji, Bachock..... Sepupu ada yang lalu dari Nilam Puri ke Bachok.... Mamandangkan cuti, raya, jalan semua jam.... Sampai sana di pantai Irama pukul 6..... sempat lagi singgah di pantai Irama minum coconut shake sebelum ke resort tersebut...

Family Day Legasi Anak Cucu Pak Lah 2016
Arwah tok saya lebih mesra dengan panggilan Pak Lah (Abdullah bin Abdul Rahman), meninggal pada tahun 2013 pada umur 68 tahun kalau tak silap saya. Masa tu saya berada di tahun akhir pengajian di UiTM Shah Alam. Saya cucu sulong dalam keluarga membesar dengannya.... Manakala, arwah nenek saya meninggal selepas setahun arwah tok saya meninggal.... Semoga legasi Pak Lah terus erat seeratnya.... kami sepupu-sepupu bagaikan adik-beradik,,,,, dan anak-anak sepupu bagaikan sepupu.....


Hari keluarga ni anak cucu sebelah mak saya.... Allhamdulillah hari keluarga berjalan sangat lancar.



Kakak Amani dan sepupu-sepupu....



Cucu cicit Arwah Pak Lah...




Lima daripada tujuh anak-anak arwah Pak Lah satu mak satu ayah... chik, umi saya, pak muda yie, che mah, untie... (pakcik makcik adik-adik mak saya)




geng sado cucu dan cucu menantu arwah Pak Lah

Jumaat, 17 Sept 2016
Pagi lepas Subuh saaya keluar ke pantai..... sungguh indah ciptaan Allah swt.... Semalam tak sempat ke pantai hari dah petang, musin obor2.... hanya dzikir Ya Hafiz Ya Muhaimin saya sentiasa alunkan supaya Alah sentiasa memelihara keluarga saya.... Bila waktu pagi obor2 tak ada..... apa lagi main pantai la.... kali pertama anak-anak saya mandi pantai.... mak, sepupu-sepuy semua bermain pantai.... Terima kasih Ya Rabb atas kurniaanMu ini....

Hari keluarga ni dari tahun lepas dirancang oleh sepupu-sepupu saya.... tahun ni baru jadi.... bukan apa, sepupu2 ramai tinggal di luar Kelantan, susah nak berjumpa bersama kalau tak cuti dan hari raya. Kali ni semua cuti panjang, baru dapat berkumpul..... mak-mak dan ayah-ayah pun dapat berkumpul bersama mengeratkan silaturahim.....

Dalam 11.30 kami bertolak pulang, sempat juga singgah di pantai Iramai sekali kali.... Zohor sampai rumah.... petang keluar ke KB makan kue teow sup perut kedai Sukri Kampung Sireh dekat dengan Tesco. Hanya kedai tu yang buka.... haduihhh dapat juga merasa kue teow sup perut..... terima kasih Ya Allah.....

Sabtu, 18 Sept 2016
Saya dan adik sekeluarga bertolak pulang.... Sebelum itu singgah dahulu rumah mertua saya... Jumpa adik di Bukit Bunga konvoi bersama mereka...Allhamdulillah selamat sampai Kedah malamnya jam lapan.....

Ahad, 19 Sept 2016
Baru hari ni saya rasa kepenatan teramat. Saya cuma tidur..... Lepas asar baharu keluar rumah pergi cari bahan-bahan niaga kat Jitra..... 

Habis sudah cuti saya!

Salam sayang....



Tuesday, September 20, 2016

Bila Iklan Memepengaruhi Nafsu Anak

By On 12:16:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mood cuti menebal lagi kat anak-anak.... Kelmarin adik malas nak ke tadika.... terpaksa bawa dia ke ofis. Tengahari ambil kakak di sekolah terus bawa ofis....

Bila ofis diserang anak-anak tunggang langgang jadinya bilik saya.... Haduihh.... bising bangat. Nasib la kawan-kawan memahami memang ini la rutin ibu-ibu..... 


Bila dah petang, mereka duk tengok poster-poster kat dinding bilik saya, adik cakap "ibu nanti ibu beli madu".... kakak lak siap tulis nota "mama boleh tak kalau mama ada duit kita makan "KFC"?" KFC dalam "bracket coma" lagi.... 


Gambar ni memang terbalik kerana saya snap dengan youcam latop.... huhu.... yang kat bawah tu adik yang tulis.... sehari kat bilik ofis saya dia dah ingat tulis namanya "ZARA ADELIA"..... saya tak ajar dia, tiba-tiba dia tunjuk "adik tulis nama adik"..... 

Allhamdulillah... Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang mengajarnya.....

Kesian anak-anak saya.... tak apa kakak, bulan ni mama baru masuk kerja, baru lapor diri 8 Sept.... Gaji mama pun belum dapat lagi bulan ni, memandangkan saya report duty 8hb bendahari tak sempat nak buat gaji saya.... Ya Allah memang sengkak sangat, tapi it's ok saya tahu semua perancangan Allah.... berserah saja kepadaNya Yang Maha Menentukan, Dia Yang Maha Bijaksana.... Setiap apa yang Dia tentukan kepada kita, menunjukkan kebijaksanaanNya.... Walaupun kita rasa sangat terdesak tak ada duit,,,, tapi Allah tu Maha Pengasih Maha Penyayang still ada makanan yang dia bagi kita makan.... hal bil2 rumah tertunggak dua tiga bulan itu biasa.... tak apa la memang itu bahagian saya.... saya tahu Allah Ya Muqit Yang Maha Mencukupkan.... hanya saya yang dhaif ini sahaja yang rasa tak cukup.....

Kakak Anak Pandai
Kakak memang anak baik..... dia tahu saya kurang mampu nak beli itu dan ini, dia memang anak yang baik. Dia bersyukur apa yang ada..... dia sangat faham keadaan saya, dan saya selalu ajar syukur apa yang kita ada..... Ada orang lagi susah daripada kita! Dia jarang minta apa-apa kat saya kalau saya tak mampu nak bagi..... Hatta hadiah hari jadinya sebatang pensel pun saya tak mampu nak baginya....

Kelmarin, dia cakap alat tulisnya dah hampir cukup, kawannya bagi hadiah hari jadi pembaris dan eraser padanya. cuma sharpener sahaja yang dia tak ada.... Saya bukan apa, sudah banyak kali saya membeli alat tulis, hampir setiap masa.... saya mahu dia pandai menjaga barang-barang sekolahnya....




Wednesday, September 7, 2016

Program DWI IJAZAH USM

By On 3:11:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh akan menawarkan program Dwi Ijazah kepada pelajar penuh masa USM (pelajar bertaraf tahun dua ke atas) mulai Sidang Akademik 2016/2017.  Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Ø  Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)
-          Biologi, Fizik, Kimia, Matematik

Ø  Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
-          Geografi, Kesusasteraan, Sejarah

Ø  Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
-          Antropologi-Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik

Ø  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
-          Kewangan, Organisasi, Pemasaran
Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk maklumat lanjut berkenaan program ini.

Sekian, terima kasih.


HELPDESK STUDENT
Unit Komunikasi Bersepadu, Infostruktur
Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi
U N I V E R S I T I . S A I N S . M A L A Y S I A



Bila Berat Mata Memandang, Hati Membisikan Sesuatu

By On 1:07:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hati mula terfikir apa silap mereka itu dan ini. Kesian ! Namun, itu bukan perkataan terbaik yang harus dilafazkan. Tiada istilah kesian, kerana dugaan Allah kepada setiap orang adalah tanda kasih sayang Allah buat mereka. Harus bersyukur dengan mereka kerana Allah sayangkan mereka. Walaupun mulut ini mengeluarkan perkataan tidak puas hati itu dan ini, namun disebalik itu.... hati mula tersenyum dan mendoakan mereka.... tiada apa yang berat melainkan dosa sendiri yang banyak....



Semoga mereka yang berada dalam kesesusahan dan mereka yang membuat orang lain susah diberi kasih sayang Allah, limpahan rahmat dan dikurniakan syurga Allah.... Semua yang terjadi Allah Ya Baari' sudah menentukan segalanya, Tiada apa yang harus disangkal walaupun mulut mengeluarkan kata bagi menyedapkan hati pendengar dengan "kesian"..... Disebalik semua itu hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.... Setiap apa yang disusunkan oleh Allah swt adalah terbaik, walaupun mata yang melihat sangat perit, namun hati mula berkata itu ketentuan Allah.... Qada dan Qadar yang tak mampu di tafsirkan dengan mata zahir, jika mata hati terhijap....

Pejamkan mata, bukakan hati, Allah, Allah, Allah..... mula melihat kebijaksanaan Allah merancang dengan penuh kebijaksanaan apa yang disusunkan oleh Dia Ya Baari'..... rahmat Allah bukan boleh dinampak dengan sejam dua jam..... namun ada yang lama bertahun dan ada juga Allah simpan di syurga... Hebatnya Allah Yang Maha PEngasih Lagi Maha Penyayang.....

Sejak itu, fikiran tertumpu hanya doa kebaikan syurga abadi diutuskan buat mereka..... Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana....

Allhamdulillah.....

ps/ hati anak sangat bersih....



Tuesday, September 6, 2016

Jangan Dibiar Sifat Memperlekehkan Orang

By On 4:32:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Adakah kehebatan pinjaman Allah swt untuk memperlekehkan orang lain? Kehebatan, kebijakan, kepandaian, kekayaan, dan sebagainya adalah kurniaan Allah swt yang sangat bernilai. Namun, adakah semua pinjaman tersebut adalah milik hakiki seseoang yang bergelar abdi Allah.... Sedar mahupun tidak ia cuma pinjaman semata. Dan, pinjaman tersebut bukan untuk memperlekehkan orang lain... Apa salahnya pinjaman itu untuk menolong orang lain yang juga bergelar abdi!

Abdi itu sifatnya hina. hina kepada sang pencipta. Sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran hanya abdi yang dicintai oleh oleh swt orang yang bertaqwa.... orang yang bodah, hina dina pun dicintai Allah swt jika abdi itu bertaqwa....

sumber: google

Tidakkah orang yang bijak pandai itu dicintai Allah kerana ilmu mereka atau ketaqwaan mereka? Mana mungkin mereka juga mendapat pinjaman yang hebat dari Allah swt dengan anugerah Allah kebijaksanaan dan kepandaian. Namun, jangan disalah erti dan disalah guna pinjaman tersebut, bukan untuk menghina dan memperlekehkan orang lain.

Ya Allah jauhkan kami dari sifat hina menghina, lekeh memperlekehkan orang..... kerana apa yang ada pada kami bukan milik kami.... semua adalah pinjaman semata.... jadikan pinjaman itu, untuk kami menolong orang lain sepertimana Engkau menolong kami.....



SENARAI HOSPITAL YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UJIAN BAGI MENGESAHKAN ZIKA

By On 10:01:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Senarai hospital bagi mendapatakan pemeriksaan pekhidmatan ujian bagi virus zika:




Thursday, September 1, 2016

Kisah Dunia Kepada Wali Allah

By On 4:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Al kisah semalam, saya baca kisah para rasul dan wali Allah yang sedikitpun tiada dunia di hati mereka.... selain baginda SAW, sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a, dan salah seorang juga iaitu Rabiatu Adawiyah.... Di rumahnya hanya ada dua benda. Satu: sejadah usang, dua: kendi air,,,, terus saya memandang keliling bilik saya, walaupun daifnya bilik tidur saya, dan sudah banyak pakaian di dalam almari saya sedekahkan pada orang, namun penuh lagi bilik saya dengan barang-barang..... Ya Allah.... yang saya tahu, semua barang-barang itu akan di sab satu-persatu.... 

Sesi discussion bersama sahabat:
Manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab seramai 70,000 orang..... mereka yang tergolong daripada 70,000 ini adalah hamba Allah, salah satunya tidak bergantung kepada makhluk lain selain Allah... sebagai contoh jika seseorang itu meminta tolong dalam kes mengubati pesakit minta tolong bomoh, tangkal, dan sebagainya sudah terkeluar daripada 70,000 masuk syurga tanpa hisab....

Sejenak saya terfikir, adat dan pantang-larang seperti mengambil tangkal ubat cacing anak, itu juga termasuk daripada meminta tolong makhluk lain selain Allah..... dan makhluk itu, sama ada jin Islam atau tidak ia bukan kepergantungan kepada Allah semata..... kerana mempercayai ada selain Allah yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Sejenak lagi saya terfikir, kat tempat saya, kalau bersalin, ada adat "pelepah"...... tak tahu la ini adat mengikut ajaran Islam, ada dalam sunnah atau Al Quran..... jika tidak lakukan adat ini ibu atau yang bersalin mungkin akan mengalami masalah kesakitan diganggu dan sebagainya..... :kepercaya seumpama ini membinggungkan pemikiran cetek ini"..... Namun jika dibelik Al Quran, adat ini tiada sekali pun dalam Al Quran malah dalam sunnah Rasulullah saw.....

sumber google

Berbalik kepada cerita tadi, wali Allah ini tiada apa di hati mereka kecuali Allah...... namun dunia sekarang no money no talk memang di amalkan,,,,, no money dikeji dihina perkara biasa..... Mana yang kita mahu ikut, ikut dunia dipuji atau ikut akhirat dikeji?

Mereka yang menjadi wali Allah sedikit pun tiada berbekas duni di hati. Namun kita jauh sekali, bila tengok sahaja pakaian, tudung di almari ada rasa ini tak cukup itu tak cukup, sedangkan semuanya akan dihisab satu-persatu. 

ps: cuba fikir setiap sen setiap zarah DNA kita akan dihisab.... brapa lama? sama ada kita menerima buku catatan di tangan sebelah kanan atau kiri.....

Zika dan Pencegahan



Viruz Zika dan Pencegahan

By On 4:14:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Virus Zika 
virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang juga menyebabkan denggi dan chikungunya

Gejala:
mata merah, demam ringan, sakit kepala dan sakit sendi, ruam kulit dan kelesuan


sama-sama kita mencegah dan menjaga kebersihan

"Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Yang Maha Menjaga dan Yang Maha Memelihara, jaga lindung dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berbahaya ini"....



Book Mark Dari Farrah FAMF TOWER

By On 10:49:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Salam sayang buat semua pengunjung

Semoga anda semua sihat sejahtera

al kisah sticker buku yang berikan oleh adik Farrah dari FAMF TOWER dah lama saya simpan

Baru kini berkesempatan untuk menggunakannaya....


Allhamdulillah... terima kasih sis Farrah...

Sangat berguna dan memudahkan akak semak thesis ni...

Semoga Farrah dimurahkan rezeki




Popular

Follow by Email