Peristiwa Bleeding Uri Di Bawah, Urat Tangan Membentuk Allah Muhammad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, Subhanallah.....

Hari ni masuk ofis lambat Zohor baru sampai library, terus p solat.... Bila nak solat ada akak yang pernah aku cerita pasal dia risau tenteng UPSR anaknya, pelawa tuk aku jadi iman.... Aku cakap "boleh ja".... Habis solat baca doa, solat sunat..... selesai semuanya aku tanya pasal UPSR anaknya.... Dia kata "Allhamdulillah, dapat 3A, 1B, 1C" kalau tak silap.... sebelum ni result dia teruk dan cikgu pun kata dia tiada harapan nak lulus..... berkat doa ibu kata ku....


Panjang pulak citer kitaorang,,,, sempat berkenalan bagai tapi apa yang kami sembang semua tentang kebesaran Allah dan perubahan diri.... Kakak tu cerita anak dia yang bongsu sekarang sebaya dengan anak ku 3 tahun....

Bahaya Uri Di Bawah
Banyak perkara dan peristiwa dia alami semasa melahirkan anaknya yang bongsu, tidak cukup bulan.... dan dia bleeding kerana uri di bawah..... doktor kata mungkin dia dan anak ada kemungkinan tidak selamat.... tumpahan darah kakak tu habis dalam badannya,,,,, bayangkan..... dan kalau dia dapat lahirkan anak pun anaknya mungkin ada komplikasi cacat dan sebagainya...... tapi kakak ni kuat, bila dia tahu masalah bleedingnya yang teruk dia seakan dilahirkan seperti manusia yang baharu..... hanya Allah sahaja teman dia tika itu..... dia sangat yakin dengan Allah....


Allah Maha Besar
Allhamdulillah 31 minggu dia lahirkan anaknya, apabila darahnya seluruh badan keluar dan dia dan baby tidak mampu bertahan lagi..... dia terpaksa menunggu darah yang sesuai dengan darahnya..... dengan kuasa Allah mereka dua beranak selamat..... dan anaknya tiada apa-apa masalah juga selamat sehingga sekarang......


Allah, Muhammad Di Tapak Tangan
Kesan daripada itu, tapak tangan kakak itu timbul urat yang membentuk nama Allah disebelah tangan kanan dan sebelah kiri tangannya Muhammad.... Subhanallah....

"akak ni beruntung Allah cucikan akak dan lahirkan semula, darah-darah yang keluar dari badan akak tu sebagai penyucian dosa.... " 

Terpaku, terkesema aku dengan pengalamannya.....

Dia tanya aku "ikut Dr. Wan ke?" Mungkin dia dengar doa Asamul Husna yang aku baca tadi..... aku cakap "yer!".....

Dia kata dia seronok boleh bersembang dengan orang yang sama pengalaman macam dia.... "nikmat Allah sangat hebat dengan sakit itu.... tak boleh bayangkan orang lain mungkin tengok kita derita sakit, tapi akak rasa sangat nikmat masa tu".... 

"betul tu akak"



2 comments:

  1. Allah. Sungguh, Allah tu Maha Penyayang..
    Dan akak berdua, memang insan yang hebat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hebat itu Allah Ya Adzhim, kami hamba yang jahil.....

      Delete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.