Rushing Day

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Allah Ya Syakurrrr

Salam sayang keluarga besar blogger

Hari yang kejar mengejar..... hehehe..... keluar rumah awal pagi hantar kakak sekolah..... Allah Ya Baari, hari ni ada bengkel jam 11 pagi.... masuk ofis 7.15 pergi sarapan..... Lepas saran ku gerak ke Jitra nak bayar bil P1 coz dah lewat terpaksa ke sana 7.45 pagi walaupun tak pasti ofis cawangan P1 tu buka pukul berapa..... Dari Sinto ke Jitra kejap sahaja dalam setengah jam, tapi pagi tadi mengantuk teramat masa drive..... drive pelan sambil duk zikir 8.30 pagi sampai depan ofis P1..... tanya untie kedai sebelah dia tak sure pukul brapa buka may be pukul 10 katanya..... huh! tak kan nak balik sintok! tak apa la, lagi pun aku mengantuk terus tertidur dalam 20 minit dalam kereta...... bangun 40 minit lagi nak pukul 10.00.... aku jejalan cari kedai nak minum haus tekak..... bila jalan pusing cari kedai, terjumpa kedai buku-buku agama.... Wah..... menarik! beli dua majalah agama..... aku jarang beli majalah,,,,, satu majalah....

dapat mesej Prof Wan datang utara adalah program kat Unimap.... Ok... aku cakap tak boleh join ada bengkel..... masa drive aku mula plan, bengkel mula pukul 11, aku masuk 2 jam, then aku rush la ke Unimap.... program prof sampai pukul 4.30 petang....

Lepas beli buku ada kedai buka, memula nak minum kemudian makan lagi..... order makan..... tengok jam dah 10.30 pagi...... cepatnya masa berlalu..... siap buat bayaran..... terus balik Sintok... allhamdulillah dalam duk rushing sampai sana 11.00 pagi.....

Rush balik kampus
Terus ke tempat bengkel, bila sampai sana urusetia kata bengkel mula 12.30 kerana Datuk Rafidah Aziz belum habis talk..... Talk tersebut mula dah lewat katanya...... kalau nak duduk dengar boleh join dulu..... 12.30 nanti ada lunch dulu baru mula bengkel..... ok!


Lama gak nak tunggu 12.30, aku keluar then terfikir nak cari hadiah tuk ustazah kakak..... Drive pusing universiti, berhenti kat Pusat Islam, solat, pergi beli buku, buah kat situ..... 12.30 masuk bengkel, urusetia kata bengkel mula 1.30 hingga 4.30 petang.....

Aku merancang, tapi Allah Ya Baari' kata Dia Yang Maha Merancang dan Menyusun segala urusan makhluknya.... tak dapat la join program prof wan di Unimap.....

Masa dalam bengkel kakak lak dua kali call, aku silence so tak angkat...... kali kedua call aku terus keluar dewan bengkel.... urusetia tanya nak balik ke? aku cakap nak keluar kejap, anak saya dua kali call, dia kat sekolah..... nak p tengok dia kat sekolah, kemudian saya masuk semula......

Rush p sekolah kakak!
Rupanya dia sahaja jer call.... haduih..... alang aku datang tu, aku kirim la buku dan buah kat ustazah dia..... Ustazah2 belum masuk lagi kelas2..... hari ni last day mereka ada KAFA. Kelmarin mereka ada jamuan akhir tahun.... aku cakap mesti ustazah dah tak mengajar ni..... ramai yang berkeliaran......

Rush balik kampus masuk bengkel..... fuhhhh lega..... Allhamdulillah..... tapi kecewa juga la dengan bengkel tu, tajuknya ada kaitan dengan apa yang aku nak.... malangnya sikit pun tak sentuh tentang apa yang aku nak, mungkin kesuntukan masa...... urusetia akan emeilkan saja slide nota..... kalau aku rush p unimap join program prof pun ok!!!

Allah Ya Sami' dengar hati aku,,,, ada question dari audience tentang topik yang aku nak..... So, Allhamdulillah, terjawab persoalan ku.....







No comments

Powered by Blogger.