Belasan Ribu Ringgit Bayaran Untuk Lakonan Aaisyah Dhia Rana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


ALAHAI, bertuah sungguh anak pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini.
Baru berusia setahun, Aaisyah Dhia Rana sudah disunting menjadi pelakon dan menerima bayaran belasan ribu ringgit dari pihak produksi hanya untuk muncul dalam 11 episod.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen selain menyifatkan itu adalah rezeki bagi anaknya.
“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap.

“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi.
“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya.
Sumber Lanjut di MyNewsHub





2 comments:

  1. hewhewhew.. anak diva weh.. gitula =D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..moga aaisyah jadi anak yang bahagia dunia..cemerlang akhirat,,

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.