Pasport ke Bandung Akhirnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah....
Kelmarin aku pergi buat pasport ke Bandung akhirnya.... bentang kertas kerja....
Al maklum la tak pernah keluar negarakan... dah tua macam ni baru ada peluang.... Allah Ya Baari dah aturkan semua perjalan hidup ini....


Sejam siap pasport ku. Aku pergi buat bersama en daddy, tapi encik da masalah skit tuk buat pasport... erm... terpaksa buat kat kampung....

Terpaksa buat surat tuk cikgu kakak kena balik kampung awal settle pasport encik daddy..... dekat dua minggu juga la kakak tak pergi sekolah nanti....


Perasaan nak ke luar negara walaupun dekat saja kat Bandung tu, tapi tak tahu la langsung tak ada perasaan gembira ke, sedih dan risau saja.... ye la, bukan pergi untuk tujuan shopping.... nak shopping pun tak mampu buat masa sekarang.... perginya untuk pengajian ku.... mak aku dah cakap nak kirim kain.... aku ni budget cukup makan pergi balik sahaja... Risau bak tu la, kalau pergi tak beli apa kan apa orang cakap kan.... Please switch your mine Sheila!!! lantak la diorang nak cakap apa pun.... memang aku tak cukup duit nak shopping ke apa.... Allah memang tak benarkan aku shopping, Dia tahu kelemahan aku.... terima kasih Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin kerana menjaga ku.... aku berdoa ja semoga Allah Ya Muqit mencukupkan rezeki ku sehingga gaji hujung bulan ni.....

Risau
Paling risau aku tak dapat matlumat daripada conference ni tentang status pendaftaran aku.... status kertas kerja aku, berapa kali aku emel tapi tak ada yang reply.... dalam website tak ada pula person in charge yang handle apa-apa bahagian.... Sebelum balik kampung aku kena sekali lagi pergi USM cari siapa yang incharge conference ni dan check status aku.... al maklum la bila kat kampung internet sangat terhad, kena pergi rumah cousin ku buka latop.... segan la kalau tiap hari nak buat macam tu.... aku pun belum ada smart phone lagi sekarang ni..... tuk akses matlumat sangat terhad......

Semoga apa yang aku buat direadhaiNya dan diberkatiNya, lindungi aku dan keluarga ku di mana jua kami berada.....

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.