Kenapa GST Harga Barang Naik? Hati Terseksa dengan Memori

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ni soalan klise tapi aku tetap nak tanya....

disebabkan kes Kakak Amani cabut gigi, aku n daddy dah janji nak beli plastisin... 1 April aku dah p kedai buku tempat ku beli platisin tu.... nak cabut gigi punya pasal dia aku janji nak beli lagi kat dia dan adik sama.... masa 1 Apri hari pertama GST kedai buku tu belum operasi GST. kat screen komputer dia letak sedang install software GST.... dan harga plastisin tu RM1 sekotak.
Harga tak stabil
Hari ni daddy pergi beli harganya naik kepada RM1.20 x 2 pax dan dikenakan GST 0.14 sen... hadui... penat cam ni. ingatkan harga leh turun, lagi naik ada.... kejujuran peniaga memang out.... 


kesian golongan marhein macam aku ni.... tak mampu nak beli hamleys, lego, fisher-price, palay doh ke apa... 


Realiti aku terima dek barang mainan anak ni
bukan aku kedekut tapi aku ukur baju di badan sendiri.... aku tak kisah orang pandang aku kedekut pandang aku selekeh nak berkira beli barang-barang kat anak aku, bukannya diorang boleh bagi aku duit.... selama ni aku dah macam-macam kena hina kat orang, sampai nak beli barang mainan anak pun tak boleh beli yang mahal-mahal.... anak duk tenganga tengok anak orang duk main... orang nampak aku banyak duit, keje ok, tapi oarang tak tahu hidup aku macam mana.... banyak komitmen hidup aku... nak aku bagi resit belanja harian, atau bulan aku ke? sampai gaji aku pun orang kira!!! pening la macam ni.... 


Aku sekarang
peduli apa aku sekarang dah tak kisah orang nak pandang, nak sangka aku bukan-bukan, aku ni banyak cakap ke, kuat menipu ke, banyak "bual" ke,... kata-kata, pandangan orang tak boleh nak bawa aku masuk syurga... itu yang aku nampak sekarang... bila aku dah mula kenal dan kenal dengan Ya Rab, Ya Wahhab yang banyak menolong hidup aku,... Ya Bathin dan mula melupus kan kata-kata hinaan manusia, sangkaan buruk manusia kepada ku.... 

Keikhlasan, kejujuran
Perkataan ini senang diucapkan tapi susah untuk dizahirkan. Mungkin ada yang menzahirkan namun masih ada kepalsuan di sana sini.... 

Keikhlasan kejujuran peniagaan untuk membantu pengguna bukan untuk menindas, Keikhlasan serta kejujuran kerajaan juga dalam menangani isu ni... Keikhlasan dan kejujuran sesama kita, walaupun kadang-kala tidak dilahirkan dengan kata-kata tapi keikhlasan dan kejujuran daripada mimik muka, jelingan mata, riak senyum, susuk badan tidak boleh menipu....

2 comments:

  1. Tak yah susah susah pikir org lain kata Shiela, yg pasti apa kita buat tu betul dan tak menyusahkan orang, sudah....

    ReplyDelete
  2. CT rakyat marhaen jugak.. lagila tak ada kerja n gaji.. huuurm.. mmg kena berjimat cermat..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.