Enter your keyword

Sunday, August 31, 2014

Penginapan di sekitar Pekan Changlun untuk ke UUM

By On 1:39:00 AM
Berita Kampus UUM

HEP Online: Seramai 3,446 pelajar baru telah ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk sesi pengajian 2014/2015 yang akan bermula pada 1 September ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abd Malek Abdul Karim berkata daripada jumlah itu, 3,109 adalah pelajar tempatan manakala 337 adalah pelajar antarabangsa daripada 15 buah negara.

Katanya, kesemua mereka yang menerima tawaran itu akan mula mendaftar 1 September dan akan ditempatkan di 12 Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang telah disediakan.

Pelajar-pelajar tersebut akan menjalani sesi orientasi selama tiga hari dan memulakan sesi kuliah pada 7 September depan, katanya.

 “Saya yakin ibu, bapa dan para pelajar telah membuat persiapan untuk mendaftar dan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di kampus ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau persiapan barangan yang akan diagihkan kepada pelajar baru itu. Antara barangan yang telah disiapkan untuk pelajar baru itu termasuk beg, tali leher, payung, sampin dan lain-lain lagi.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Mohd Zulkifli Mohd Noor@Muhammad, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Media HEP, Encik Mohd Fozi Saleh dan Pengetua DPP Bank Rakyat, Puan Normala Jailani.



Selamat Datang Ke Pekan Changlun
Justeru, di bawah ini saya senaraikan homestay yang berdekatan dengan UUM... sebenarnya kawasan UUM banyak taman dan setiap taman mesti ada homestay. Bagi yang belum datang ke Changlun, bandar Changlun merupakan pekan yang paling hampir dengan UUM sebelum anda ke Sintok. Untuk ke UUM Sintok anda akan melalui pekan ini lebih kurang 10km. Bila sampai traffic light BSN, stesen bas, KFC, itu maknanya anda dah sampai ke pekan Changlun.

Signboard yang menunjukkan arah "Sintok" itu adalah jalan kampung untuk ke UUM Sintok. Kalau anda ikut jalan tu banyak juga taman-taman perumahan sepanjang jalan tersebut dan banyak homestay. Ada juga budget hotel tanpa nama dan bintang di Taman Resak selepas stesen minyak Shell. Anda juga boleh ambil terus ke Bukit Kayu Hitam melalui GM Hotel (rujuk di bawah)....

google image
Di sini juga terdapat budget hotel. Budget hotel yang terdapat di bandar Changlun seperti T-Hotel, GM Hotel. T-Hotel anda aakan nampak dari highway ke bukit Kayu Hitam, hotel ni sebelah kiri jalan sebelum sampai bandar Changlun.


Manakala GM Hotel di Taman Teja.... GM hotel ni lepas dari bandar Changlun juga sebelah kiri. Berhampiran dengan stesen minyak Caltex. Dari bandar Changlun terus melepasi dua traffic light dan anda akan jumpa Caltex. Barisan rumah kedai Caltex di situ anda akan jumpa GM Hotel ni. Boleh juga masuk dari jalan stesen minyak Caltex tu. Dari tepi jalan memang akan nampak GM Hotel. Jangan risau Taman Teja di belakang GM Hotel ni juga banyak homestay yang murah-murah dan berpatutan. 


Bersebelahan dengan GM hotel juga ada budget hotel di atas Restoran Kelate. 

Di bawah terdapat beberapa senarai homestay yang berdekatan dengan UUM. 

Homestay Semarak Api (Semi D setingkat)
No 50, Taman Semarak Api Highway UUM/K.Perlis
06010 Changlun Kedah
Harga RM200/night

Homestay Murah Changlun
Taman Teja 06010
Changlun Kedah
Rm125/night
Hp : 0125336573, 0174993994
Detail Klik Sini

Weeda Homestay
No 57 Taman Resak
06010 Changlun 
Kedah
RM170/night
Hp: 0174832027 / 049253613
Detail Klik Sini 

Homestay De Changlon 
No. 62 Taman Seri Meranti 
06010 Changlun 
Kedah
RM250/night (semi D dua tingkat)
Hp : 0192583984
yang ni depan Shell kalau anda ambil jalan kampung (signboard Sintok) yang saya cakap kat atas. 
Detail Klik Sini 

Hazim Homestay Changloon 
Taman Seri Meranti
06010 Changlun
Kedah (sama taman dengan di atas)
RM160/night
Hp : 0195748700 / 0195749700
Detail Klik Sini

Yang penting anda jangan risau kalau sampai di Changlun banyak tempat penginapan di sini. Bagi yang tak berkemampuan untuk menyewa anda bulih tidur di Pusat Islam UUM. Asalkan tidak mengotori tempat tersebut. 

Saya mewakili warga UUM, mengalukan kedatangan anda di bumi Sintok yang sangat tenang. Kehijauan Lembah Sintok melambai-lambai kedatangan anda..... :) Berhati-hati di jalan raya!




 

Saturday, August 30, 2014

Gambar Bicara

By On 11:06:00 PM
Entry bergambar









Salam Merdeka 2014

By On 9:50:00 PM
Assalamualaikum... salam merdeka semua

Dibentang macamana pun jalur gemilang ini

harap lahir dari hati nurani kita semua


Disini bermulanya sebuah cinta


 tangan-tangan kanak-kanak tadika kakak Amani



 cikgu-cikgu sedang menurukan tandatangan mereka


kakak Amani sangat gumbira ler 31 Ogos dia dilahirkan
Allhamdulillah


Salam kemerdekaan buat semua. Allhamdulillah... semoga ia lahir dari hati nurani kita... merdeka jiwa dan raga amat penting di kala globalisasi yang menyerang dunia kini... hindari hati dan jiwa nurani daripada anasir luar godaan dunia, syaitan dan hawa nafsu kita.... Inyaa Allah kita akan berjaya memerdekakan rohani kita.... 

Monday, August 25, 2014

Filem Jin Kini di Pawagam

By On 1:04:00 PM
DUA pelakon muda ini tidak pernah digandingkan dalam sebarang projek filem mahupun drama. Namun keserasian antara Zul Ariffin, 28, dan Mon Ryanti, 26, segera tercipta apabila diberi peluang bergandingan dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre yang berjudul, Jin.
Baik Mon mahupun Zul, kedua-dua mereka tidak pernah bekerja di bawah arahan Pierre.
Namun, mutu kerja pengarah itu membuatkan mereka berdua setuju untuk terlibat dalam filem seram tersebut.
Menurut Zul yang ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bersetuju untuk membintangi Jin kerana Pierre.
Katanya, dia tidak pernah berpeluang untuk bekerjasama dengan Pierre sebelum ini, justeru tawaran yang diberikan dianggap satu peluang keemasan.

“Saya tahu Pierre merupakan seorang pengarah yang bagus. Syot kamera dia menarik dan rugi jika tidak mengambil peluang yang diberikan. Tambahan pula barisan pelakonnya tidak ramai, hanya saya, Mon, Imam Muda Naufal dan juga kemunculan khas Harun Salim Bachik.
“Penjelasan Pierre tentang filem Jin telah menarik minat saya kerana ia sebuah filem seram yang sangat berbeza dan agak menakutkan,” kata Zul.
Ujarnya lagi, Jin bukan filem seram pertama lakonannya kerana sebelum ini dia pernah terlibat dalam filem Penanggal.
Bagaimanapun, Jin merupakan filem seram pertama yang menampilkan dirinya sebagai pelakon utama.
“Penggambaran dilakukan sekitar penghujung tahun lalu. Ia berkisar tentang pasangan suami isteri yang berpindah ke sebuah rumah yang besar dan mewah tiba-tiba mendapati mereka diganggu jin. Menariknya, sepanjang filem ini ia hanya memfokus tentang pasangan suami isteri dan rumah tersebut.
“Plot ceritanya kelihatan ringkas tetapi pengisiannya amat padat. Bagi mereka yang suka dengan filem seram, saya yakin Jin akan menjadi pilihan mereka,” tutur Zul.
Dalam pada itu, Mon pula boleh dianggap sebagai ‘ratu’ filem seram. Ini kerana Jin merupakan filem seram keempat lakonannya selepas Keramat, Hantu Dalam Botol Kicap dan Nongkrong.
Namun, pertama kali bekerja dengan Pierre memberi pengalaman yang berbeza buat diri Mon.
“Sejujurnya, saya seorang yang penakut tetapi telah berlakon dalam banyak filem seram. Mulanya agak kekok tetapi lama-kelamaan rasa takut itu hilang, timbul pula rasa seronok.
“Bekerja dengan Pierre, bagi saya, dia seorang pengarah yang bagus. Ini kerana dia tahu apa yang diinginkan dan pada masa yang sama, dia tidak pernah menolak idea daripada pelakon untuk mencantikkan lagi filem ini,” ujar Mon.
Mengulas pula pengalaman bergandingan pertama kali dengan Zul, kata Mon, ia merupakan sesuatu yang mengujakan dan dia tidak menolak sekiranya mereka digandingkan dalam projek yang lain.
“Zul merupakan seorang pelakon yang bagus. Walaupun kami tidak pernah berlakon bersama tetapi keserasian antara kami berlaku dalam masa sehari sahaja. Dia pelakon lelaki yang paling bagus dan profesional pernah saya jumpa.
“Selepas ini, andai diberi tawaran berlakon dengan Zul, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya kerana saya sudah tahu cara kerjanya,” tegas Mon.
Zul dan Mon sepakat yakin, Jin yang bakal menemui penonton di pawagam bermula pada 21 Ogos ini bakal mendapat sambutan yang hangat.
“Walaupun ia dibikin seperti filem indie tetapi Jin merupakan sebuah filem seram yang sangat menarik untuk ditonton. Janji saya, ia bukan sebuah filem seram yang tipikal,” kata Zul sambil dipersetujui oleh Mon.



Sumber : Kosmo

 

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia : Penerimaan Jenazah MH17

By On 10:04:00 AM
Hari berkabung Malaysia. Semoga kita meghormati hari ini dengan memakai pakaian gelap dan sedekahkan Al Fatihah, yasin kepada yang beragama Islam dan bertafakur untuk jenazah lain agama.





SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L) 
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)


Sementara itu, berita ini nyata mengembirakan datuk dan nenek pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29 tahun iaitu Daud Abdul Kadir, 80, dan Zaleha Bawal Khan, 73, kerana hasrat untuk melihat jenazah cucunya itu bakal kesampaian.

Menurutnya, keluarga Hakimi termasuk anaknya Noriah kini sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut ketibaan jenazah mangsa esok yang akan dikebumikan di Putrajaya.

"Syukur kepada Tuhan kerana jenazah Hakimi selamat. Tiada cacat cela pada tubuh dia. Syukurlah dan bila dengar berita itu, seluruh keluarga saya gembiralah kerana keadaan dia sempurna,” kata Daud. 

Katanya lagi, kesemua ahli keluarga, termasuk sepupu dan emak saudara dari Melor, sudah berlepas ke Kuala Lumpur semalam dan hari ini bagi menyambut ketibaan jenazah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menguruskan usaha membawa balik cucunya untuk dikebumikan di sini.

Katanya, apa yang penting sekarang ialah kesabaran dalam menahan kerinduan terhadap mangsa selepas menerima jenazahnya nanti.

Sementara itu, nenek Hakimi, Zaleha Bawal Khan turut gembira dengan perkhabaran ini.

Walaupun sedih mengenangkan tragedi yang menimpa cucunya yang disifatkan seorang yang terlalu baik dan menghormati orang tua, beliau tetap bersyukur kerana dapat melihat jenazah cucunya buat kali terakhir.

Menurut Zaleha lagi, Allah telah menentukan kesudahan cucunya namun bersyukur kerana jasad mangsa dalam keadaan baik dan dapat dibawa pulang dalam tempoh yang singkat.

Allahyarham Hakimi yang sudah lebih empat tahun menyertai MAS sebagai pembantu juruterbang meninggalkan seorang isteri, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied, dan seorang anak, Abderrahman yang baru berusia setahun.


sumber - www.astroawani


Thursday, August 21, 2014

Penghormatan MH17 : FFM26 Ditunda

By On 1:23:00 PM
EKORAN tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan MH17 yang ditembak di Ukraine, Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) yang dijadualkan berlangsung pada 20 September depan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Affendi Datuk Hamdan, penundaan itu dibuat demi menjaga perasaan sedih dan pilu ahli keluarga mangsa.
“Baru-baru ini, kita dimaklumkan tentang mangsa-mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang ke tanah air dalam masa yang terdekat. Malah, kerajaan juga telah menguar-uarkan pada 22 Ogos ini merupakan hari berkabung bagi seluruh Malaysia.
“Jadi, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta FINAS sebulat suara menangguhkan acara festival filem ini,” ujarnya pada majlis pengumuman lima calon terbaik bagi 24 kategori FFM26 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ampang, Selangor.
Mengangkat Transformasi Sinema Malaysia sebagai tema FFM26 kali ini, ulas Affendi, ia begitu signifikan pada usaha kerajaan dalam membangunkan industri perfileman.

Sebanyak 112 buah filem cereka, pendek dan animasi yang merangkumi 24 kategori akan dipertandingkan.
Selain itu juga dua filem seram berentap.
Affendi turut mengumumkan lima calon terbaik FFM26 yang menyaksikan dua buah filem seram, Penanggal dan Sembunyi: Amukan Azazil bakal bersaing hebat antara satu sama lain pada FFM26 apabila meraih pencalonan terbanyak dalam majlis pengumuman Calon Top 5 FFM26.
Penanggal terbitan Astro Shaw menerima 15 pencalonan manakala filem Sembunyi: Amukan Azazil terbitan Primework Studio pula memperoleh 12 pencalonan daripada 24 kategori yang dipertandingkan.
Malah, kedua-dua filem itu juga bersaing menerusi kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik yang mempertaruhkan Ummi Nazeera (Penanggal) dan Diana Danielle (Sembunyi: Amukan Azazil).
Filem tersebut turut tersenarai bagi kategori Pengarah Terbaik masing-masing iaitu Ellie Suriaty (Penanggal) dan Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil) serta untuk anugerah tertinggi, Filem Terbaik.
Mengulas lanjut, kata Affendi, karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Oktober 2012 hingga Disember 2013.
Petikan  dari : KosmoOnline

Wednesday, August 20, 2014

Tahniah Datuk Halim Othman Pelumba Udara Red Bull

By On 9:41:00 PM
Sumber : Sinar Harian






KUALA LUMPUR - Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Halim Othman akan menjadi peserta pertama Malaysia bersaing pada Piala Cabaran Perlumbaan Udara Red Bull 2014.

Halim, yang juga dikenali sebagai 'Toogoo', merupakan salah seorang daripada tiga juruterbang terbaru dari seluruh dunia yang berjaya menamatkan latihan lasak dan ujian di Kem Kelayakan Perlumbaan Udara Red Bull di Murska Sobata, Slovenia, minggu lepas.

Beliau dianugerahkan 'Lesen Super Terhad', yang membolehkan beliau mengambil bahagian dalam perlumbaan lapan pusingan Piala Cabaran tersebut.

"Saya amat gembira kerana berjaya melepasi proses kelayakan dan sangat teruja utuk beraksi pada Piala Cabaran ini. Ini adalah satu penghormatan besar bagi diri saya untuk mewakili Malaysia dalam perlumbaan terpantas di dunia.

"Ia adalah amat istimewa untuk berlumba di pada pusingan ketiga di Putrajaya pada Mei ini," katannya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlumbaan udara musim 2014 merangkumi lapan pusingan dengan pusinganpertama berlangsung di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pada 28 Feb hingga 1 Mac lepas.

Pusingan kedua akan diadakan di Rovinji, Croatia pada 12 dan 13 April ini diikuti pusingan ketiga di Putrajaya pada 17 dan 18 Mei ini.

Piala Cabaran diadakan pada Hari Kelayakan untuk memberi juruterabngpengalaman penuh perlumbaan dengan matlamat utama untuk juruterbang mendapatkansebanyak mungkin pengalaman bagi memperolehi 'Lesen Super Tanpa Had' iaitu tiket ke kelas Masters.

Halim, yang mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 4,000 jam, akan menggunakan pesawat jenis Extra E-330LX, yang disediakan oleh penganjur pada penampilan sulung di pusingan ketiga di Putrajaya.

Juruterbang Great Britain, Paul Bonhomme, mendahului saingan dengan 12 mata selepas menungguli pusingan pertama di Abu Dhabi, diikuti juruterbang dari Austria, Hannes Arch (sembilan mata), Peter McLeod dari Kanada (tujuh mata) dan Matt Hall dari Austria dengan lima mata.


Jadual Musim 2014:

1. Abu Dhabi, UAE (28 Feb-1 Mac); 2. Rovinj, Croatia (12-13 April); 3. Putrajaya, MALAYSIA (17-18 Mei); 4. Gdynia, Poland (26-27 Julai); 5. Ascot, United Kingdom (16-17 Ogos); 6. Forth Worth, Amerika Syarikat (6-7 Sept); 7. Las Vegas, Amerika Syarikat (11-12 Okt); 8. Shanghai, China (1-2 Nov). - Bernama

Sementara itu, Datuk Seri Najib PM kita telah mengucapkan tahniah buat beliau yang telanh mengharumkan nama negara di persada dunia. 

“Syabas Halim Othman kerana memenangi Piala Cabaran pada Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Redbull 2014 baru-baru ini. Teladan yang baik untuk juruterbang (Tentera Udara Diraja Malaysia-TUDM) yang lain,” kata perdana menteri dalam kiriman terbaru di akaun Twitternya hari ini".


Allahamdulillah setelah apa yang melanda negara sejak bebarapa bulan ni. Terpancar sedikit kegembiraan buat negara,


Tuesday, August 19, 2014

Write a Review and Win iPad Mini 16GB

By On 12:12:00 PM

TRUST AWARD2014


   MALAYSIA


                                                       


Jom join Write a Review and Win iPad Mini 16GB in Trusted Award 2014. 

CONTEST RULES - CONSUMER

Prior to the participation in our contest take one minute to read through the Contest Rules.
  1. 1You can only participate as an adult Facebook User.
  2. 2To win the iPad you must write a review on the TrustedCompany.com Award Page and publicly share it on your Facebook Timeline. Make sure to post it publicly so that we can track and find your post in the final draw on the 5th of September. You must not delete your post before that date.
  3. 3Only one entry (review) is considered per person for the final draw. The use of fake accounts automatically leads to forfeiture of your place in the contest.
  4. 4One person will win an Apple iPad Mini 16GB.
  5. 5The winner will be notified by TrustedCompany.com by email on or before 5th of September. Make sure to respond to TrustedCompany.com within 7 days of being notified.

CONTEST RULES - BUSINESS

Prior to the participation in our contest take one minute to read through the Contest Rules.
  1. 1You can participate in the "Trust Award 2014" – Malaysia contest as an e-commerce company that is registered in Malaysia. You might need to provide proper evidence of your registration.
  2. 2You can sign up on the TrustedCompany.com Award Page to join the contest.
  3. 3In order to win you need to collect as many customer reviews as possible through the TrustedCompany.com Award Page.
  4. 4The contest closes at 12pm on the 22nd of August 2014. No further reviews will be considered after that time. Winners will be notified shortly after.
  5. 5The first ten companies with the highest TrustScore at 12pm on the 22nd of August 2014 win.
  6. 6Ten winners will receive a prize. Prizes will be awarded as follows:
    1st Place: 6 Months FREE Subscription for new customers + Premium Gold Seal + Certificate
    2nd Place: 3 Months FREE Subscription for new customers + Premium Silver Seal + Certificate
    3rd Place: 1 Month FREE Subscription for new customers + Premium Bronze Seal + Certificate
    4th - 10th Place: Premium TOP 10 Seal + Certificate
  7. 7The prizes will be awarded to the winner at the Final Award Ceremony at TrustedCompany.com's headquarters in Kuala Lumpur on the 22nd August 2014.

Detail matlumat :








Dua Beradik : Peninggggg

By On 12:08:00 AM
Senyum dulu.... :)
perihal dua beradik anak dara saya yang peningkan kepala mama daddynya. Si adik dah pandai bermain osom, main lari siapa cepat dia dapat. Walaupun cakapnya still pelat tapi bijak nauuuu...... apa kita cakap, lum habis cakap dia dah action....


camera baru nak roll babe dia dia dah action. Director lum call actionnnnn lagi.... haduihhhh pening director kalau pelakon cam ni gaya. Bak citer "seniman bujang lapok" bila scene Sudin tu... hehehe....


tadi duk main ngan kakak tergigit bibir terus berdarah. nangissss ler.... mama gak.... dah penat main baru tidur... aman mama...

kakak lak 



mama lagi pening duk tengok youtube kouta cepat jerrr limit. Yang ni mama tak ler kisah yang mama kisah selagi mama tak masuk bilik tidur dia tak tidur. Mama nak study terpaksa ler tunggu deme berdua tidur dulu.... dan ngan mama pun join tidur skali. Melepassss ler study....

Monday, August 18, 2014

Buntu Dalam Membuat Pilihan : Istikharah

By On 5:17:00 PM
Pernahkah anda buntu dalam membuat pilihan. Ada yang nak.........

  • beli hand phone apa
  • beli kereta
  • pilih jodoh
  • beli baju
  • pilih warna tema
  • pilih kasut
  • pilih nak buat umrah 
  • nak buat haji
  • pilih nak beli tumah
  • pilih kerja
  • pilih bf/gf
  • dsb

saya pun sama... tapi selama duk bincang or minta pendapat siapa yer?

  • pendapat mak, ayah
  • pendapat adik-berdik
  • pendapat laki/isteri
  • pendapat boypre/girlpren
  • pendapat kawan
  • pendapat cikgu
  • dsb

tapi pernahkan anda berbincang dan tanya pendapat Allah???

apa???

pendapat Allah???
bincang dengan Allah???

macamana??? tak pernah pun??? pernah la!!!

jawapan:

Solat Sunat Istihkarah, 2 rakaat jer


a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

untuk saya jua:

selama ni memang saya tahu solat sunat istikharah ni untuk membuah pilihan..... tapi saya tak faham sebenar-benarnya maksud istikharah itu.... sebenarnya jika kita orang yang beriman tidak akan lupa atau tinggalkan solat sunat istikharah dalam kehidupan harian kita!

dengan manusia kita boleh berbincang.... tapi dengan Allah yang maha kaya yang menyusun mengaturkan segalanya kita lupa!

lupa Allah Ya Baari' sebenarnya yang maha mengusun dan mengatur segala kehidupan kita. Tanpa daya kita kaki untuk melangkah tanpa daya kita mata untuk melihat tanpa daya kita tangan untuk mengangkat tanpa daya kita telinga untuk mendengar...... semua adalah dengan kebesaran Allah zat-zat Allah keagungan sifat-sifat Allah yang dipancarkan melalui 99 Asmaul husna...... tanpa kita sedar!!!!... sebaiknya tiga kali buat istikharah untuk pilih sesuatu atau amalkan tiap hari dalam kehidupan kita. 


pilih Allah jalan lurus
InsyaAllah

untuk saya jua:

sesungguh pilihan untuk memilih pilihlah urusan agama mendahului duniawi.... contoh mana nak pilih antara nak beli rumah atau nak buat haji (jika berkemampuan).... diwajibkan pilih haji!!! tidak akan menyesal papa, dan miskin seseorag itu memilih jalan Allah kewajiban kepada Allah daripada duniawi... Percayalah!!! jika pilih akhirat dunia akan sendiri datang cari kita.... tapi jika pilih dunia akhirat akan menjauhi kita.... senang cakap pilih syurga dan neraka???? 

saya budak baru belajar!!!!

mohon maaf kalau ada silap dan salah



Popular

Follow by Email