Tahniah Datuk Halim Othman Pelumba Udara Red Bull

Sumber : Sinar Harian






KUALA LUMPUR - Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Halim Othman akan menjadi peserta pertama Malaysia bersaing pada Piala Cabaran Perlumbaan Udara Red Bull 2014.

Halim, yang juga dikenali sebagai 'Toogoo', merupakan salah seorang daripada tiga juruterbang terbaru dari seluruh dunia yang berjaya menamatkan latihan lasak dan ujian di Kem Kelayakan Perlumbaan Udara Red Bull di Murska Sobata, Slovenia, minggu lepas.

Beliau dianugerahkan 'Lesen Super Terhad', yang membolehkan beliau mengambil bahagian dalam perlumbaan lapan pusingan Piala Cabaran tersebut.

"Saya amat gembira kerana berjaya melepasi proses kelayakan dan sangat teruja utuk beraksi pada Piala Cabaran ini. Ini adalah satu penghormatan besar bagi diri saya untuk mewakili Malaysia dalam perlumbaan terpantas di dunia.

"Ia adalah amat istimewa untuk berlumba di pada pusingan ketiga di Putrajaya pada Mei ini," katannya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlumbaan udara musim 2014 merangkumi lapan pusingan dengan pusinganpertama berlangsung di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pada 28 Feb hingga 1 Mac lepas.

Pusingan kedua akan diadakan di Rovinji, Croatia pada 12 dan 13 April ini diikuti pusingan ketiga di Putrajaya pada 17 dan 18 Mei ini.

Piala Cabaran diadakan pada Hari Kelayakan untuk memberi juruterabngpengalaman penuh perlumbaan dengan matlamat utama untuk juruterbang mendapatkansebanyak mungkin pengalaman bagi memperolehi 'Lesen Super Tanpa Had' iaitu tiket ke kelas Masters.

Halim, yang mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 4,000 jam, akan menggunakan pesawat jenis Extra E-330LX, yang disediakan oleh penganjur pada penampilan sulung di pusingan ketiga di Putrajaya.

Juruterbang Great Britain, Paul Bonhomme, mendahului saingan dengan 12 mata selepas menungguli pusingan pertama di Abu Dhabi, diikuti juruterbang dari Austria, Hannes Arch (sembilan mata), Peter McLeod dari Kanada (tujuh mata) dan Matt Hall dari Austria dengan lima mata.


Jadual Musim 2014:

1. Abu Dhabi, UAE (28 Feb-1 Mac); 2. Rovinj, Croatia (12-13 April); 3. Putrajaya, MALAYSIA (17-18 Mei); 4. Gdynia, Poland (26-27 Julai); 5. Ascot, United Kingdom (16-17 Ogos); 6. Forth Worth, Amerika Syarikat (6-7 Sept); 7. Las Vegas, Amerika Syarikat (11-12 Okt); 8. Shanghai, China (1-2 Nov). - Bernama

Sementara itu, Datuk Seri Najib PM kita telah mengucapkan tahniah buat beliau yang telanh mengharumkan nama negara di persada dunia. 

“Syabas Halim Othman kerana memenangi Piala Cabaran pada Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Redbull 2014 baru-baru ini. Teladan yang baik untuk juruterbang (Tentera Udara Diraja Malaysia-TUDM) yang lain,” kata perdana menteri dalam kiriman terbaru di akaun Twitternya hari ini".


Allahamdulillah setelah apa yang melanda negara sejak bebarapa bulan ni. Terpancar sedikit kegembiraan buat negara,


1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED