Enter your keyword

Tuesday, January 31, 2012

Screen Heart Diary #2

By On 11:44:00 AM
Salam...

Selamat pagi semua. hope kawan-kawan blogger di luar sana sentiasa sihat....
Dah berapa hari ps tak update entry. kesibukan dan kepenatan membataskannya. hari minggu yang penuh padat.  

Jumaat, 28 Januari.
family ps datang dari datang Jumaat lalu. malangnya pajero mereka rosak di highway plus. Allhamdulillah peronda plus hantar mereka ke rumah ps. petang Jumaat tu bila je mereka tiba kat rumah ps, terus kami ke The Zon bukit kayu hitam. biasalah ayah ps cari stok. banyak tersangat dia beli, nasib baik terselamat dari imegresen. erm... taktau nak nasihat camana kan..... itu ler habit dia. 


lepas balik dari the zon mak ayah ps terus ke sg petani tengok pajero dan ambik pakcik kat bengkel kereta. esok janji baru siap. sedangkan mak ayah ps datang kedah plan balik hari, malangnya kereta buat hal. kena tukar head.... 

Sabtu, 28 Januari
hari Sabtu tengahari ayah, pakcik n encik hubby ps pergi sana lagi, janji pukul 6 petang siap. lepas asar sesudah makan kami ke sana. er.... still belum siap pajero tu.... mak kata dah 10 tahun pajero ni skang ni baru buat hal... lama kami tunggu kat situ, pukul 8.30 malam baru siap. Aku dan encik hubby tak bagi mereka balik malam-malam. nanti takut pajero tu tak ok lagi kan..... dah la jalan grik kena merentasi banjaran titiwangsa kan....

gambar keluarga berkelah di waterfall.... tiada kena mengenakan... hehe...rindu suasana tu... tahun 2007
bila test drive, ok jer... sampai jer kat bengkel semula baru perasan ada yang lain pula rosak.. alahai, baru jumpa the real problem... nasib kan... rupanya tangki air bocor.... sebab tu ler, dia merebak ke head... duit dah banyak keluar... so, nak buat camana kan... 

head ni kalau yang baru ada ler RM3 k untuk pajero...
tadi mak ayah dah plan awal pagi-pagi sabtu pukul 4 pagi nak bertolak balik kelantan... dah jadi macam ni lagi terus cancel.... mak duk call costumer di, minta maaf tak boleh balik lagi ada problem... orang berniaga sibuk ja.... siang malam keje.....  malam tu, sampai rumah dah pukul 11 lebih... 

ohhh... banyak keje ku belum siap ni..... so, tak tido ler sampai ke pagi siap keje yang mana sempat dan mana lebih penting dulu.... pagi Ahad encik hubby pagi-pagi lagi dah keluar keje, aku settlekan family... ayah suruh hantar kat tempat teksi... mereka nak ambik teksi terus ke sg petani... siap jer pajero terus bertolak bailk....

Ahad, 30 Januari.
bila ayah ku tanya tambang ke sana, rm100... aku cakap tak apa la aku jer hantar mereka ke sana.... ye la kan, teksi tu balik kosong, harus ler dia mabik double charge.... Allhamdulillah, walaupun kepenatan berjaga aku still boleh drive.... mak tanya tak apa ke masuk keje lewat... erm... tak apa, keje takde time kan... kat umah pun still keje juga, walaupun bukan di ofis... hari ahad tu ada meeting pagi sampai petang, aku cakap tak mau masuk meeting tu, bagi rakan yang belum buat keje dia masuk. aku dah emeilka keje aku pagi2 untuk meeting tu....

kami breakfast di R&R gurun... kul 11.30 sampai sana... ayah cakap pergi la balik dulu nanti masuk keje lewat... xpa la, siap kelu brapa pun... dan mereka nak terus balik... tak larat nak berulang-alikkan.... 

Sumber : http://www.asiaexplorers.com/

kul 12.00 aku dan putributterfly balik... putributterfly pun masuk sekolah lewat gak,,, hehe... aku sms cikgu dia bagitau..... pukul 1.00 aku sampai changlun terus hantar putributterfly then masuk ofis....
singgah kat main ofis bagi kuetoew dan mee yang mak ayah bawa tu... banyak sangat aku mana habis nak makan... ermm... suka ler rakan-rakan ofis, yang ni nak, yang tu nak sama... 

masuk bilikku... mak call... aku cakap dah sampai ofis... kejap jer sampai... em.. allhamdulillah dah biasa highway plus tu....

ofis tempatku mencari nafkah

petang tu, hantar keje yang mana settle.... Allhamdulillah....


Malam, 
siapkan marking paper dan trasmit markah, sambil tengok AJL... tapi telinga jer dengar, mata, tangan semua buat keje... 


bila dah settle semua keje.... nak tengok last performing, kepala aku yang pening sangat... dah tak boleh nak kontrol.... terus masuk bilik tido dengan putributterfly... 

Kelmarin, 30 Januari.
pagi bangun nak p keje, still sakit kepala.... masuk ofis settle satu lagi keje urgent... huhu.... ceppaat buattt! ok, allhamdulillah....bereh.... kepala masih sakit... duk diam jer kat bilik....

after lunch ngn hubby, rasa nak balik cepat, tapi lambat juga baliknya.... may be penat dan tak cukup tidokan, harus ler pening sakit kepala... 

sakang masalah keretaku pulak yang rosak... tangki minyak brek linking... huhu.... hope dipermudahkan semuanya untuk membaiki....

Hari ni, 31 Januari.
hantar putributterfly kat tadika, masuk ofis... contact kawan ada keje kena settle urgent juga... ketua nak sebelum pukul 2.00 petang ni.... coz esok ada meeting dengan Ahmad Idham tentang keje ni.... eh! Ahmad Idham??? director tu la... huh, dah lama aku jumpa dia selepas filem jangan pandang belakang tahun 2006.... em..... hope dia tak perasan aku esok.... nak mengelat, ketua dah berapa kali remind suh datang.... haduiiiiyaaa......


wokey.... sambung keje Sheila, jangan duk mengada nak lepak lama-lama kat blog ni.... hehehe....

Salam sayang semua...... mmuahhh....

Wednesday, January 25, 2012

Terima Kasih Pearson Malaysia

By On 4:28:00 PM
Salam....

Pagi ni PS masuk ofis then terus pergi breakfast, settle bil P1 kat pejabat pos.... then ps pergi library..... Bila sampai library, ada kereta timbalan menteri kat depan... urmm... terdengar staf library sembang timbalan menteri datang melawat.... buat kerja kat library samapai pukul 1.00pm... Keluar lunch dengan incik hubby.... after luch, masuk ofis, jumpa member settle hal, then check pegeon hole..... 

tetiba ada satu bungkusan kat situ... Aku terkejut jugak ler.... aku ni dah lama tak beli barang-barang kat internet.... terus buka, rupanya buku.....


taraaaa....





terima kasih, kerana sudi bagi buku kat ps..... nanti bulan 2 ada pesta buku ps pergi suggest lagi k....
erm... best sangat walaupun buku ni bukan bidang ku....

apapun ilmu, rezeki tak boleh ditolakkan, musuh jangan di cari!!!

wokeyyy....

library pun dah announce menghalau pengunjung, moh ler kita
beredar...



Tuesday, January 24, 2012

Kesan Asap Pada Filem, Drama, Teater dan Pusat Hiburan.

By On 4:19:00 PM
Salam semua.... selamat petang gak....

Aku dan mr hubby duk melayan filem Prebek Lapok... mr. hubby tanya apa kesan asap..... dah selalu dia tanya soalan tu kat aku.... So hari aku share kesan asap ni memang penting dalam sesebuah filem, drama terutama filem seram.... Ia adalah untuk membangkitkan mood seram dalam cerita tersebut.... Kalau dulu, asap ni buat manual jer, sakang dah senang dah ada mesin asap atau smoke mechine.

Mesin asap menjadi popular kepada arus perdana melalui filem dan drama pentas yang kebanyakannya dalam seram, muzik, dan fantasi genre. Oleh kerana itu, ia telah berjaya membuat tanda di dunia hiburan. Namun walaupun terkenal di dalam media massa dan seni, mesin asap kekal sebahagian besarnya tidak diketahui oleh dunia biasa.

Ramai orang sering terlepas pandang peranan indah di hari kita untuk hidup hari. Malah, hanya terdapat beberapa orang sehingga kini yang sedar bahawa masih terdapat sesungguhnya banyak perkara yang seronok untuk dilakukan dengan mesin asap. Sebenarnya mereka hanya boleh dengan mudah bersepadu dalam kehidupan seharian kita.

Smoke mechine google search
Selain daripada peranan biasa dalam teater, televisyen dan filem studio, konsert, taman tema dan aplikasi hiburan dan tempat-tempat lain, mesin asap juga boleh digunakan dalam Trick-atau-merawat kerana ia memberikan beberapa ngeri apabila digunakan dalam hutan dan rumah-rumah berhantu. Juga dalam parti-parti yang berlainan seperti Tahun Baru (Halloween) untuk menambah beberapa suasana yang dipenuhi asap manakala menjangkakan Tahun Baru. Bukan itu sahaja, seperti yang anda juga boleh menggunakan peranti ini asap yang menakjubkan di hari jadi dan parti-parti pelbagai kejutan supaya dapat meningkatkan perasaan dan keseronokan. 



Teater
Menurut Norzizie Zulkifli (2009), keberkesanannya juga kerana mengadunkan teknik filem dan wayang kulit selain teknik teater moden dengan menggunakan Mesin Asap dalam persembahan teater mak yong kerana penggunaan teknik ini memberi ruang yang lebih untuk bergerak para pelakon dan ruang yang lebih untuk pemerhatian para penonton.

Pusat Hiburan
Walaupun demikian, mesin asap benar-benar mempunyai penggunaan yang biasa. Secara umumnya, mereka kebanyakannya digunakan di kelab malam dan tempat hiburan lain kerana sifat-sifat reflektif dan biasan mereka keluarkan untuk meningkatkan kesan lampu dan perkiraan laser. Tetapi mereka kini ketinggalan zaman oleh mesin jerebu.

Dalam Filem
Ia juga sering digunakan dalam playhouses menakjubkan kerana ia membantu dalam mewujudkan suasana tertentu atau perasaan seketika teater. Sebab itulah ia sering digunakan dalam teater seperti Dracula, A Christmas Carol dan Macbeth. Apabila anda datang sampai ke ia, asap mesin sangat boleh membuat perubahan dalam hidup anda. Sebagai hakikatnya, ia juga boleh menjadi sebahagian dari detik-detik kehidupan anda yang paling indah hanya jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya inovatif. 


Pengalaman Ku 
Gambar di atas, aku ambakil kat google ni, sori kalau tercuri dalam blog sesiapa. Gambar tu, adalah pengalaman aku semasa bekerja dengan asap ni. Masa penggambaran di atas, aku bersama seorang krew ada di atas kubur tersebut disebelah kanan gambar. Aku dan seorang brother art director, cuba membuat efek asap. Dah berapa kali test mesin asap tu ok jer. Bila jer shoot, tiba-tiba mesin tu, tak keluarkan asap. Aku nampak brother art directer dah mula panik. Aku tanya kenapa? Sedangkan pengarah dah bising. Memang pelik k. Berapa kali cuba, nasib baik masa tu manual pun kami buat. Kibas ler asap manual. hehehe... (tukang kibas asap beb)....

Bila scene kat babak ni berakhir aku tengok brother tu duduk dipenjuru kubur berdoa, aku ikut dia bersama. Memang ada something wrong masa tu, selepas pelakon ni terjaga dia kat kubur dia terus lari ke sebelah kiri gambar. Dia ternampak sesuatu. Tak tahu apa... Allahualam.... Apa pun filem ni banyak beri pengalaman pada aku.

Di akhirnya, tidak kira di mana anda menggunakan peranti kabut menakjubkan, ia pasti akan menonjol dari yang lain dan selama-lamanya akan menjadi sebahagian dari detik-detik kehidupan yang paling indah. 



Monday, January 23, 2012

Nama disebalik title blog ku (part 2)

By On 6:15:00 PM

Keluarga 69 (1967)



Keluarga 69 ialah sebuah filem Melayu klasik bergenre komedi serta kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 1967. Filem Keluarga 69 diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh pengarah P. Ramlee pada 1967.

Pelakon

Nasir mahir bermain alat muzik, mencipta dan mengubah lagu lalu berpindah ke ibu kota untuk mencuba naib. Razlan dilantik untuk menguruskan pancaragam itu. Malangnya Razlan tidak amanah, semua usaha baik Nasir terbuang begitu sahaja. Razlan meradang dan mengupah samseng untuk memukul Nasir. Ketika menerima rawatan, Nasir mendapat tahu bahawa Doktor Nora adalah seorang gadis dari kampungnya dan jatuh hati padanya. Nasir kemudian bertugas sebagai pengubah lagu di Syarikat Ahmad Daud tetapi Linda tidak menyukai ciptaan Nasir. Namun bila hasil karyanya menjadi masyhur, Linda jatuh cinta pula kepada Nasir.

Jimi Asmara (1995)


Jimi Asmara merupakan filem pertama arahan Erma Fatima pada tahun 1995. 

Sinopsis:
Untuk kesekian kalinya konsert Jimi Asmara mendapat sambutan hebat dan konsert kali ini menjadi kenangan kepada Engku Noraini kerana dapat bertemu penyanyi kesayangannya. Ketika yang sama, Jimi Asmara sedang dilamun cinta dengan Sabariah, seorang penyanyi kelab malam. Bintang Jimi Asmara semakin pudar apabila era Pop Yeh Yeh menguasai arena muzik tempatan. Orkes Bintang Biru di bawah pimpinannya menghadapi krisis, begitu juga cintanya pada Sabariah. Apabila Jimi Asmara berkeras mahu mengekalkan identitinya, dengan sendiri Bintang Biru berpecah. 

Dalam kemelut ini, Engku Noraini muncul sebagai penyelamat dan penenang jiwa Jimi Asmara. Perhubungan mereka dihalang oleh Engku Sulaiman (tunangan Engku Noraini), dan keluarganya. Engku Noraini memulihkan semangat Jimi Asmara dengan memberi bantuan moral dan kewangan. Jimi Asmara berjaya merakamkan album baru untuk kemunculan kali kedua. Keluarga Engku Noraini dan keluarga tunangannya bersetuju untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan anak mereka. 

Tarikh perkahwinan mereka jatuh pada tarikh Jimi Asmara mengadakan konsert 'Malam Masih Ada Yang Sayang', satu konsert yang akan mengukur sejauh mana Jimi Asmara diterima dalam kemunculan kali keduanya. Jimi Asmara telah memberi kata dua kepada Engku Noraini supaya datang, atau konsert akan dibatalkan. Engku Noraini memilih Jimi Asmara dan konsertnya. Majlis perkahwinan dibubarkan dan Engku Noraini dihalau. Ketika sedang berdendang-ria di atas pentas, Engku Sulaiman datang menembak Jimi Asmara.


Mawar Merah (1987)




  































:
Arti (Pelakon Utama)
:
Sufyan (Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Tambahan)
:
(Pelakon Tambahan)










Sinopsis:
Arti dihantar ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya merasakan dia semakin liar dan tidak dapat dikawal jika terus tinggal di Indonesia. Dia dipelihara oleh nenek dan bapa saudaranya, Sufyan yang masih bujang. Mereka jatuh cinta tetapi menyedari hakikat tidak mungkin dapat berkahwin, Arti dan Sufyan mencari penyelesaian.

Anugerah yang dimenangi oleh filem ini :

Anugerah:
:
Pelakon Lelaki Terbaik
:
Lakon Layar terbaik
:
Cerita Terbaik
:
Bintang Harapan Wanita Terbaik
Anugerah (Pencalonan):
:
Filem Terbaik
:
Pengarah Terbaik
 

Nama disebalik title blog ku (part 1)

 

 

  
















































































































































Popular

Follow by Email