Enter your keyword

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali

By On 11:31:00 AM
Salam....
Ramai yang bercuti kan....
Jika bekerja, ingatlah ia adalah ibadah....
Selamat menyambut deepavali kepada kaum India dan semua....
bagi tahun 2011....

Saturday, October 22, 2011

Penang Time

By On 9:03:00 AM
Salam...

Yesterday, in the early morning, my family and I went to Penang... wooo.... ada hal yang perlu dibereskan... sampai Penang, kami ke rumah kawan baikku di Bayam Baru, depan Kompleks BJ.... then kami terus ke tempat yang dituju.... Allhamdullilah... semua settle kejap je.... Pulang ke Bayang Baru semula.... pergi ke kedai makan mammy member aku ni kat flat pejabat pos lama Bayam Baru (tingkat 1)... Masakan mummy memang sedap.... specially ayam goreng yang orang ingat ayam bakar tu, begedel, kari dan asam pedas.... fuhhh... meletop.... Dah lama betul tak jumpa mummy dari sebelum kawin sampai dah kawin skang ni baru jumpa.... Semua dah kenyang balik ke rumah member... Dah lama sangat tak jumpa dia, banyak cerita yang dikongsikan bersama... hehehe....

Petang tu, aku ke kem Sg Ara ziarah si kawan baik kat kampung ku, tp dia dah menetap kat sana ler ikut husband encik askar... Maklum la balik kampung raya puasa hari tu ak sempat nak jumpa, walaupun umah kami dekat jer... Dah masing-masing ada komit yang lain kan....

Then, terus jer pulang Kedah, tak singgah memana dah cos next week nak pergi Penang lagi....

Perjuang belum selesai.... Pemudahkan jalanku ini Ya RAbbi!....

Monday, October 17, 2011

Aku Bukan Tomboy

By On 1:46:00 PM
Tadi duk belek-belek tengo filem terbaru terjumpa citer nie... Genre, komedi drama... Para pelakon :

:
Harry (Pelakon Utama)
:
Farisa / Eisha (Pelakon Utama)
:
Sam (Pelakon Pembantu)
:
Burn (Pelakon Pembantu)
:
Bell (Pelakon Pembantu)

Arahan pun dari Syamsul Yusof.... bila difikirkan kat Malaysia ni memang ketandusan para pelakon kan.... bila hasil karya tuan itu, pelakon pun itu... memang pakej la... satu hal dari segi kos.... industri di Malaysia belum lagi mencapai tahap global.... stesen tv pun brapa jer, syarikat p[erfileman pun brapa sangat yang aktif.... pelkaon pun buka kira berapa ramai yang aktif dan bertahan lama 10 tahun 20 tahun... hehehe...

Nak jadikan cerita sebab ini juga parents sekarang suka sangat anak-anak masuk ke bidang seni ni.... kalau la tengok dalam realiti tv, uwahhhh.... sadis sangat.... menangis-nangis... sori kalau terlebih.... tapi nak cerita walaupun berkarya, seni juga la kan... jangan tinggal kan apa yang penting agama... kadang-kadang kesian sangat "mereka ni" tersasar dari agamanya dek dihujani kepopularan dan kekeglamoran... 
 

Ok, kita tengok jap sinopsisnya:
 
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. 
 
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. 

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik. 

Tips Penjagaan Selepas Mencabut Gigi

By On 11:34:00 AM
Salam pagi ke tengahari Isnin..... Selesakan diri anda dengan kerja anda, atau pelajaran dan kelas anda.... hahaha....

Pagi ni selepas sarapan pagi, aku ke pusat kesihatan.... ada temujanji doktor nak cabut gigi.... 


Sejam gak ler duk tunggu tapi tak kisah pun, lagi lama lagi suka sbenarnya coz memang takut nak cabut gigi ni.... Bila dipanggil nama diberi kad rawatan, aku tengok tarikh-tarikh aku pergi buat rawatan..... bermula 2008 masa duk pregnant 8 bulan, then 2010, kali dan sekarang..... fuhh lama gak jarak tu..... nak buat camana takut punyer pasal.... sedangkan dalam setahun kami diberi RM300 untuk rawatan gigi.... Allhamdulillah..... bermakna tahun lepas aku hanya guna RM10, tahun 2009 aku tak guna langsung.... alahaiiiii... rugi tu..... tahun ni baru guna RM20..... masih ada RM280 lagi..... ok la tu kan, ada lagi gigi sbelah ni nak kena repair..... agak-agak dan tak tahun ni......

Tapi tadi dalam duk takut, gementar, doktor J pandai pulak main psikologi dengan aku yer... sempat dia bermekap touch up muka dia lagi bila nak inject aku.... hehehe.... duk sembang punyer sembang dan lagi buat lawak tanya aku nak buat loan macam-macam coz aku cakap husband aku keja kat koperasi..... saya tak pasti la doktor pasal loan tu, saya tak jadi ahli koperasi.... rugi rasanya.... takpe! dia terus suruh assistant dia dapatkan ext koperasi call tanya pasal loan.... ok tau kalau buat loan, interest rendah then masuk dalam asb..... a'aa.... betul tu doktor..... sambil tu aku ni duk menahan kebas...... bila hampir 20 minit jer terus cabut.... Allhamdulillah.... kebas still ada takde nak rasa sakit..... 
Doktor nak bagi MC tapi aku tak nak, tak de kelas, petang ni ada appointment dengan student.... hari Isnin hari perundingan aku ngan student.... It's ok la , tak perlu banyak gerak duk dalam bilik......

Tips sikit tentang penjagaan selepas mencabut gigi:
  1. anda mesti gigit kapas k, selama 10-15 minit baru tukar kepada kapas baru.... untuk menahan pendarahan.... tapi biasanya, bila lepas cabut tu pendarahan makin kurang,....
  2. jangan berkumur, biasanya kesan kebas akan hilang 3-5 jam bergantung pada injection yang diberikan....
  3. janagn kacau tempat cabut itu dengan lidah dan jari takut akan terkena jangkitan kuman..... makan ubat penahan sakit....
  4. jangan minum air panas, arak, kerana akan mengembangkan saluran tempat cabutan tadi.... sebaiknya jika mengalami bengkak letakkan beg ais dipipi...
  5. jangan melakukan kerja berat, rehat.... sebaiknya ambil MC dengan doktor.....
  6. elakkan makan makanan yang keras, dan elakkan mengunyak ditempat cabutan takut, termasuk sisa makanan di tempat cabutan, ia akan bernanah...
  7. jika keadaan bengkak, sakit dan berdarah berlarutan dinasihatkan teus berjumpa doktor semual....
serba sikit tips penjagaan selepas mencabut gigi..... jangan takut k nak cabut gigi..... tak sakit punya, sebab dah diberikan suntikan.... suntikan pun tak sakit, dengan semut gatal gigit lagi sakit dan gatal.... hehehe...

Sunday, October 16, 2011

Ketiak or Yogurt : Which one u want?

By On 10:54:00 PM

Last week, kita duk dengar cerita bau ketiak lelaki dapat kurangkan stress.... 
itu kalau yang dah bersuami, kalau yang belum.... 
alahai takkan nak p cium ketiak pakwe lak.... 
ada brannnn??? sanggup ke??? kang duk fikir lagi bertambah stress.....
jangan risau k...
hilangkan stress anda dengan yogurt.... 

ps: yogurt sudah tentu lagi best k.... hehehe

Alahai... cian tengok fesyen kembang kempis ni....

By On 10:27:00 PM
hehehe..... cian juga kat dia... hope dia sedar dengan apa yang dia lakukan.... wajah cantik, tang atas kembang kempis tu yang tak cantik lak...... huhuhu

Alahai ciannyer Bunkface

By On 10:23:00 PM
Dah lama tak dengar gam gam nie..... kalau dulu ramai jer artis yang kena... 
silap sikit terus di gam oleh stesen tv....


Skang Bunkface pula yang mengalami nasib ini.... Selanjutnya....

Kerja ko hanya belajar!!!

By On 8:57:00 PM
Salamat malam.....

Teringat masa aku study dulu..... masa tu result aku tak ler brapa bagus..... dan sebab tu juga aku selalu complain banyak kerja..... sedangkan masa tu kerja aku hanya belajar dan seorang pelajar full time..... sambung kisah aku ngan student tadi...... sini..... bial jer aku merungut ayah ku marah..... dia selalu samakan aku dengan kak Zizie... masa tu kak Zizie nie senior aku..... aku lebih selesa panggil dia ibu..... kata ayah ku "Zizie tu blakon lagi belajar lagi, boleh pun buat"..... huhu padan muka..... lepas tu memang dah brapa kali kena aku dah jarang complain..... aku buat jer apa -apa tugasan susah payah dengan rela hati..... tanpa jemu dan nak berkira..... walaupun markah aku tak ler seberapa tapi aku sabar dan aku sering menyabarkan hati aku "mungkin ia bukan milikku".....


Masa belajar aku tak tahu kenapa taste aku sama dengan ibu.... masa zaman jahiliah tu, bila aku highlight jer rambut, aku tengok dian pun sama, warna aku suka juga..... bila aku tersuka satu-satu eksesori tu, aku nampak dia dah pakai..... alamak..... bila aku pakai jer satu baju tu, dia tegur aku, dia pun ada baju tu sebijik sama.....alahai..... bila aku naik kereeta dia aku ternampak kasut tu memang aku idamkan..... haduiiii.... bila aku terpakai jer satu akut ni, dia lak tegur, dia nampak kasut nie ada kat satu kedai tu, dia dah nak beli tapi tak jadi...... hehehe....... tersama la pulak..... sampaikan seorang lect aku ni tegur aku ni adik Zizie ke.... hahaha.... lawak antarabangsa...... tapi realiti dia memang sweet, tegas, moody tu macam aku.... cuma aku tak setegas dia.... kekeke.... rindu dia!!!

Sambung citer, tekat aku hanya satu, selepas habis belajar dan nak sambung belajar lagi..... biar macamana cara pun..... selepas tu aku sempat ler kerja sebulan...... hahaha... lepas tu terus apply sambung study..... masa aku kerja tu aku dapat result final, bersama teman baik ku..... tangisan kekecewaan menyelubungi diri...... hehehe..... apa yang diharap bukan lagi milikku...... tak apa la, mungkin ia bukan milikku.....

Kadang-kadang apa yang kita buat seikhlas hati tidak bererti ia milik kita...... aku redha....... banyak yang aku belajar dari yang lepas...... tapi aku bersyukur dan banyak pengalaman yang aku dapat masa belajar....... pengalaman itu di tambah pengalaman berada dalam industri membuatkan aku lebih matang dan tahu apa yang aku cari sebenarnya...... to be continue.....

Mohon Bantuan Rakan Blogger

By On 12:00:00 PM
Salam...

saya tahu anda diluar sana sangat bermurah hati..... (bukan ayat bodek) hehehe
saya teramat lah mohon bantuan anda, walaupun anda di luar sana para pelajar bukan dalam bidang saya tapi mohon juga pandangan kalian untuk mengisi borang online survey ini.... rakan suri dan para pekerja walaupun berlainan bidang juga dialukan bersama!!!

cara : mudah sekali hanya klik next , klik, next and done!

tolong yer rakan-rakan blogger semua....

KLIK DI SINI.....

Ahad ku..... LOVE

By On 9:20:00 AM
Salam pagi Ahad.....

Apa khabar semua, sihat ke? Allhamdulillah.....

Hari Ahad hari bekerja saya.... saya suka, rasa fresh sangat.....
Anda yang bercuti di luar sana, manfaatkan masa rehat anda dengan perkara best k....

Tadi masuk ofis seperti biasa ler.... sunyi sepi, kawan level bilik aku ni ada yang datang lewat ada yang kelas.... huh, kelaparan mula melanda, belum breakfast... jap lagi aku kelas 9.30am-11.00am....

Apa nak dibuat nanti..... aku targetkan sebelum cuti pertengahan sem pada 26 Oktober nanti, semua pelajar kena siapkan projek mereka.... ada kena cari iklan untuk publish majalah, ada kena editing video montage trailer, ada kena buat iklan meterial video or slide...... 

So, pelajar senior ni macam-macam ler merungut..... dateline ada berapa minggu lagi..... banyak kami kena siapkan dalam masa tu.... off course ler, namakan pelajar..... seorang pelajar kerjanya belajar..... segala tugasan yang diberikan harus disiapkan walaupun masanya singkat dan banyak perkara yang harus diselesaikan......
"time management" adalah penting!!!

tapi ada seorang pelajar ni, aku suka.... Malay student...... semester lepasa dia dah ambil kelas aku... kenapa aku higlight Malay student? dia tak sama seperti yang lain..... komited..... aku bagi excuse dalam brapa minggu ni, kalau u nak guna masa kelas i untuk tugasan tak apa..... terus jer pergi ke tempat tu confirmkan untuk shooting make sure u inform i u tak masuk kelas...... yang ada dalam kelas terus belajar software for editing untuk selesaikan tugasan...... aku percaya sikit la student ni...... dari apa yang dia perform dan result dia semester lepas pun very good....... sedangkan senior lak yang banyak complain..... dia junior tak de la nak complain apa.... 

pada para pelajar yang dikasihi smeua, jangan banyak compalain masa belajar k nanti kang susah nak dapat keberkatan tu..... lagi banyak merungut lagi susah nak buat k..... hati-hati..... tak tahu nak buat tanya dan tanya, tak kan cikgu nak marah pulak..... rasanya cikgu lagi suka kan.... jangan lak malu bertanya kang sesat jalan...... 

ok guys, see u later..... i'm calo now... adiossss...... luv u all....

ps: mohon maaf bahasakan diri ni ada saya ada aku..... hehehe

Saturday, October 15, 2011

Mereka Masih Bersyukur Walau Makan Sisa Makanan

By On 11:26:00 PM


kalau nak kaji dari segi shot, namapak macam lakonan semula.....

Thursday, October 13, 2011

Dia yang bergelar sahabat

By On 12:28:00 PM
Salam... selamat pagi semua.....

Semalam aku dan en husband duk tengok you tube.... biasala malam-malam aku mesti duk tengok youtube ustaz dan esq.... turn en husband lak duk tengok youtube yang post kat fb tu.... belek punya belek sampai la turn youtube audition reality show.... memula tengok sweedish, australia dan america idol... haha.... macam2 gelagat ada, then sampai ke malaysia punyer..... en husband klik malaysia idol yang session 1st.... alahai kawan kami tu..... yang tu ler (mamat kelate yang tak puas hati kat roslan aziz tu) kalau u all ada tengok.... because of him gak aku dan en husband bertemu jodoh.... 


bila tengok semula video nie... that's not him.... character dia lain sangat yang kami kenal.... serius aku cakap 1st time aku jumpa dia, aku terkejut gak... dia nie keturunan raja ke apa? hhehehe.... sama2 laki pun dia bahasakan diri dia saya awak..... dengan perempuan lagi la.... lemah lembut, different sangat dengan ada apa kat dalam video ni....  mula-mula aku ingat kot orang yang dia baru kenal kot bahasakan diri ia macam tu, tak ler..... dengan adik-adik, kawan-kawan rapat pun macam tu jugak.... kalau tak dia akan bahasakan diri dia nama..... hadui..... sikit-sikit memang aku rasa kekok (ore klate kato) kekeke..... 

Sejarah aku jumpa dia, Allah maha kuasa..... aku ada tengok ler audition mamat kelate ni...... masa tu aku belum kenal dia.... dan masa tu juga aku sedang belajar kat USM Penang...... Kawan aku budak Perlis, dan senior aku masa sama-sama kat USM tu minat sesangat la dengan dia ni..... sampaikan dah berapa kali ulang kat tv sampai menjerit-jerit.... apa ke jadah giler sangat member dan senior aku fanatik kat dia ni..... heran betul.... sampaikan member aku ni nak ikut aku balik Kelate time tu nak cari mamat nih.... huhuhu..... 

Nak dijadikan cerita juga tahun akhir aku kat USM tu aku kena siapkan projek individu..... Aku pilih untuk buat dokumentari "Punk vs Skin head Popular Culture".... haduiii... aku pun tak tahu ler camana aku boleh terlintas kat fikiran ni nak buat benda tu..... Aku balik Kelantan buat research, interview mangsa dan pemangsa dan sebagainya.... Sampaikan kat KB tu budak-budak lepak kat situ ingatkan aku ni reporter Edisi Siasat..... (masa tu memang femes edisi siasat ni)..... aku dapat info, next week ada satu mini jamm, "awak boleh pergi sana dapatkan bahan"......

Tiba masa aku ke tempat yang dicakapkan... aku ambil peluang ler interview para remaja tentang popular culture nie.... ada sorang budak ni bagitau "kak gi interview dio tu kak, dio wak ngamuk dalam Malaysia Idol tu"...... Allah maha besarkan keciknyer dunia..... Dia nie memang duk KL, kalau ada mini jamm kat KB dia akan balik dan perform dengan band dia..... Al kisahnya..... kat sini ler aku kenal dia......

Nak di jadikan cerita gak aku buat underground production dengan geng kat KB ni..... keje buat mini jamm, aku shoot balik Penang editing..... balik KB jual cd, baju..... Production aku 3 orang jer..... huhuhu.... masa ni ler baru aku tahu apa ker lagu ler dorang nie duk melalak tu.....

krew-krew sokongan RAFT (Rock Alliance of Freedom Treaty Production), pic ni diambil masa event ke4 kat KB.
 Bila dah habis study aku terus kerja production kt Subang Jaya.... Life aku keje keje keje...... memang dah tak ingat hari, masa, cuti, weekend ke... tatau...... duk dalam suite editing, studio recording, itu ler siang malam.... staf admin nak masuk keje kul 9 kul 8 aku balik...... Petang, aku masuk ofis semula.....

Masalah, dugaan melanda..... tatau camana ter contact semula dengan mamat Kelate nie..... jumpa kat area ofis aku. Dia bawa budak band dia sorang kebetulan budak tu further study kat KL dan sorang lagi..... ermmm.... perempuan..... duk makan sambil sembang, perempuan ni senior aku kat Uitm dulu (kakak ni 1st batch)..... hehehe..... dia dan kakak senoir ni sama2 keje kontrak kat ASTRO.... start dari malam tu aku kembali berhubung dengan dia...... Sampai satu malam, aku dah tak larat nak masuk keje lebih kurang 10.30 malam....... balik umah tatau nak buat apa, aku contact dia, keluar..... masa tu ler dia bawa aku ke tempat husband aku kerja...... Al kisahnya...... 

Berapa hari selepas itu, aku mula lost contact bila aku terima sms dari makwe dia, marah-marah aku kerana rapat dengan dia..... aku tahu dia dalam masalah sejak aku jumpa dia di KL, ayah dia sakit, then meninggal..... family dia pun semua dah pindah KL..... 

Last husband aku ada jumpa dia masa kami nak kawin, husband aku cakap dia memang kurus macam dalam video tu..... padahal sebelum ni dia memang berisi..... may be banyak sangat masalah menimpa dia..... banyak lagi masalah aku tika tu..... itu last..... sampai skang tatau mana dia hilang.....

Rasanya dia ada terkilan dengan aku kot kerana kami pernah berjanji walaupun apa jua berlaku kita tetap kawan baik sampai bila-bila..... apa jua berlaku kita sama-sama tangung..... aku tak mahu ganggu dia, bila terima sms tu.... aku diam jer la..... lagi pun masa tu dah kenal dengan husband aku, masalah aku, aku luahkan saja pada husband aku..... dan aku juga punya masalah kala itu...... aku dah tak mahu ganggu dia, nanti kang makwe dia tersalah anggap ke ape..... maafkan aku wahai sahabat..... semoga anda dirahmati, bahagia sentiasa di mana jua anda berada.....

Saturday, October 8, 2011

Batas-Batas Berihias

By On 10:12:00 AM

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.
(Riwayat Ibnu Mas’ud)

Huraian Hadis

1.  Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah SWT yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat kerana tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

2. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna kemudian membuat atau melukis bulu kening yang baru supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

3.    Sekiranya perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak, tidak kemas yang amat teruk, serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT Boleh dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri, bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT. Ini kerana Allah SWT itu cantik dan sukakan kecantikan.

4.  Rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya diharuskan merawatnya seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau semburan) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah SWT dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806.

Friday, October 7, 2011

Terima Kasih Ya Rahman Ya Rahim....

By On 8:29:00 PM
Malam semua.....
mesti ramai dah tahu tentang bujet 2012 kan....

Tak perlu nak ulas panjang bersyukur ke hadrat ilahi....

Allhamdulillah, dengan apa yang diperuntukkan.... kerana Dia telah menggerakkan hati khalifah di bumi mentadbir sebaik mungkin..... terima kasih jua kepada para pemimpin semua....

Alhamdulillah....

Wednesday, October 5, 2011

Cinta ku pada Mu/mu....

By On 11:14:00 AM

Al-Imam Hasan al-Basri r.hm. berkata: “tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)

Al-imam sufyan al-tsauri r.hm. berkata: “telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.”

Beliau berkata lagi : “sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-imam sufyan al-tsauri, hal 120)

Sifat orang cinta dunia
1. Tamak terhadap sesuatu
2. Tidak memberi peluang kepada orang lain
3. Suka salahkan orang apabila gagal
4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
5. Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat
6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran

Cinta akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)

Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)

Untung cinta akhirat
1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
4. Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan kembali

Orang yang ingat akhirat
1. Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat
2. Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga
3. Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga
4. Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka
5. Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala
6. Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat

Sumber : majalah solusi isu 18 hal 13


TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA PIHAK BANK SIMPANAN NASIONAL ( BSN)

By On 9:53:00 AM

TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA PIHAK BANK SIMPANAN NASIONAL ( BSN) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh             : 4 dan 7 Oktober 2011 ( Selasa dan Jumaat)
Jam                 : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat           : Pusat Pembangunan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia
Kelayakan Yang Diperlukan  :Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat)
                                    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan Informasi /
                                    Rangkaian Komputer / Kejuruteraan Perisian)
Jawatan         : Juru Analisa Sistem dan Eksekutif
Pakaian         : Formal
Nota               : Bawa Resume dan Sijil-sijil yang berkaitan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nurly Aziyani Binti Ahmad ditalian  013-2115829 atau 04-9283278.

Sekian Terima Kasih

Popular

Follow by Email