Batas-Batas Berihias


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.
(Riwayat Ibnu Mas’ud)

Huraian Hadis

1.  Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah SWT yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat kerana tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

2. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna kemudian membuat atau melukis bulu kening yang baru supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

3.    Sekiranya perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak, tidak kemas yang amat teruk, serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT Boleh dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri, bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT. Ini kerana Allah SWT itu cantik dan sukakan kecantikan.

4.  Rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya diharuskan merawatnya seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau semburan) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah SWT dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806.

10 comments:

  1. kalau nak berhias biarlah berpada-pada. jangan sampai mengubah ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  2. perempuan yang beriman dia tahu dibatas perhiasan diri kepada suami, di luar rumah...dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah (",)

    ReplyDelete
  3. btol2..law sme2 nk kawen tu..ckp la dgn mak andam tu..jdn cukur kening tu,...ny x..bt jew..igt cntik ckur keinng tu??? heheh

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana perkongsian maklumat..betul tu

    ReplyDelete
  5. nak berhias pun ada batas2 nya kan..jangan la sampai kita melanggar perintah Allah...kerana hanya mahu cantik tanpa fikirkan hukumnya..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas ingatan ini..*_*

    ReplyDelete
  7. bab mencabut bulu kening nie..hmm, ada yg xpnah cabut bulu kening tpi bila kawin cabut... dlm perkahwinan tu kta nk keberkatan..ni tdk awal2 dh dilaknat Allah

    ReplyDelete
  8. gg sy rongak sy nak buh gg palsu... xpa kan hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.