Enter your keyword

Wednesday, December 28, 2011

Masa Belajar Paling Seronokkan....

By On 3:28:00 PM
Salam blogger.....

Ramai di luar sana blogger yang masih belajar..... Masa aku dulu tak de blog-blog ni.... internet pun jarang tengok.... huhu.... itu 10 tahun lepas ler.... tapi kenangan 3 tahun tu amat berharga sangat-sangat.... di situ la membentuk siapa kita sekarang....

Memori terlalu banyak, sedih, pilu, tapi overall gembirakan.... masa 3 tahun belajar tak de nak bercintan cintun nie... tak heran la kat laki... saru fakulti pun satu family.... siap abah ibu bagai bila panggil kat senior.... sampai skang k.... 

Kat tempat keje aku skang pun junior n satu batch masa di Uitm (PA) ada bekerja bersama tapi lain-lain jabatan ler... Bila jumpa tetap akrab masa sama masa study dulu... hilang terus protokol.... hahaha....

dari pada senior ke junior kami memang kenal, coz masa study dulu kalau production lecturer kami gunakan konsep criss cross.... senior, junoir, samaada degree dan dip batch bergabung dalam satu kumpulan atau satu produksi... kat sini ler kami kenal antara satu sama lain.... Cintan-cintun memang takde dalam prinsip kami.... apa pun produksi kami buat kami memang guna konsep family.... 

Happy sangatkan masa belajar.... aku pernah handle satu produksi, masa tu aku part 4 (sem 4), merangkap producer... krew aku ada lebih kurang 40 orang... fuhh... macam2 gelagat peel ada... tapi allhamdulillah semua berjalan lancar.... 3 hari shooting memang tak lalu nak makan, risau, senak perut semua ada.... ramai tu... nak handle pelakon lagi.... shooting lak out station.... memang mencabar giler.... member aku director lak garang, hanya aku jer leh kontrol dia, walaupun memang aku tak kontrol... hahaha.... satu produksi harus kena sefahaman la.... 

yang penting KERJASAMA........




Malang tak Berbau... -----> masa gumbira.....

By On 3:11:00 PM
Salam....

Minggu lepas penuh padat dengan aktiviti, entry ni menaruh simpati kepada student ni... terlalu sibukkan, aku pun tak tidur, umur dah 3 series ni terasa ler... lain ler time muda dulu.... sama gak dengan student yang  sorang nie.... 

Dek kesibukan tu, dia pula merangkap pengarah projek, masa tengah buat persediaan untuk majlis dia terkena kayu tecucuk ke kening kirinya disebabkan angin yang terlalu kuat... Bergegas ler kt pusat rawatan, kena empat jahitan... Keesokan harinya.... dengan dahi yang masih berdenyut, dia gagahkan juga menjayakan program tersebut,... Sempat tolong aku buat editing lagi..... Malam, akibat keletihan tiga projek run dalam sehari di akhiri dengan malam grand dinner, sekali lagi dia accidence lebih kurang jam 4.30 pagi.... Dia terlanggar divider tepi jalan, motornya terbalik dan jatuh ke atas kakinya.... terpaksalah tambah lapan jahitan lagi di sebelah dahi kanan... jari kaki patah kena be rsime.... Ciannya.... Dia cakap dia penat dah tak boleh fikir apa masa tu, tak sedar pun kemalangan terjadi tu..... 

Dia memang student yang cool, lembut, tak banyak songeh.... apa kita cakap ikut ja.... kreatif juga.... bila baca statusnya kat facebook tu, rindukan mak... Alahai kesiannya.... hehehe... dah sakit teringat mak.... Apa pun semoga cepat sembuh... Aku belum lagi jumpa dia sejak dia kemalangan nie.... 

Jangan marah i curi gambar u (Haziq) kat Grand dinner tu...


Nak buat camana kan aku pun semalam tak tidur, Putri butterfly pun sama.... Malam tu dah penat, sebabtu ler tak leh nak pergi grand dinner tu...

Cerita yang gembira skit.... seronok tengok gambar student-student ni..... sayang kat dorang nie.... kadang-kadang kasih sayang tak nampak k.... walaupun saya kurang mesra dengan u all, tapi tanpa u all siapa la saya... kita sama memerlukan k... selamat maju jaya k tuk semua..... LOVE....



Last class for this sem.... 8 orang sahaja kelas majoring periklanan... Sadis..... hehehe.... semester depan lagi sadis... 3 orang.... huhuhu....



big boss nie..... hehehe
yang melucukan... tatau ler camana leh terjerlus dalam kerusi tu... hehehe




Salam Sayang buat semua.... mmmuahhh....




Saturday, December 24, 2011

Penulis Skrip "Halimah Jongang" Puji Idea Iklan

By On 9:35:00 PM
Salam.... minggu yang sentisa sibuk... malam semalam aku tak tidur, siapkan editing video untuk launching magazine dan majlis Grand Dinner semalam.... Keletihan memaksa aku tak hadir dalam majlis Grand Dinner semalam... Kesian, keletihan anakku Putri butterfly juga terus down bila hampir pukul 7.00 semalam sampai rumah dia terus tidur.... Seharian kat majlis pagi dan petang..... Aku kelam kabut juga siapkan editing, curi masa dengan majlis berlangsung...

Pagi kelmarin ada acara AAM (Anugerah Asresiasi Media)... yang mana pertanding video pendek, iklan, majalah, dsb.... Pelajarku hantar iklan yang kami hasilkan akhir semester lepas hasil daripada idea encik hubby ku.... Bila aku sampai, tengah berlangsung priview dan komen juri... Juri (Zaini Kosnan penulis skrip Halimah Jongang dan Syaza merangkap pengurus Linda Onn)...

Bila jer sesi komen juri, produksi kurus montel yang kami buat tu.... juri tanya idea siapa... berkali-kali juri tanya... aku senyum jer kat belakang... last pelajarku jawab idea orang lain.... juri kata xle nak puji la..... then dia cakap juri idea memang brilliant cuma kekurangan dari segi pengarahan... "saya memang suka, idea konsep brillian".....


Petang ada majlis talk show... artis Neves... ada aku kisah... masa tu aku duk risau editing yang belum selesai je.... hadui... nasib baik ada pelajar ku yang pandai editing tolong ajarkan convert.... aku convert tak betul rupanya... patut la skrin aku kecik... hahaha... dah lama tinggal editing ni.... tang convert pun aku lupa....

Allhamdulillah, hampir 6.30 siap gak editing tu walaupun banyak aku tak puas hati dengan keje sdiri.... Kawanku cakap tak kisah janji apa yang ada.... Aku pun tak kisah juga la.... Letih sangat belum tidur... Nasib baik la anakku tak buat hal... Kesian dia ke mana aku pergi kena bawa bersama.... encik hubby pun keje... hubby ku suh anakku duk ngn dia kat tempat kejenya, anakku tak mau... nak jer ikut mak dia.. hehehe...

Bila jer encik hubby tengok jer iklan ni tadi, dia cakap tak best... kurang padat... aku pun tak berkenan gak bila memula aku tengok.. aku paham apa encik hubby fikir... mesti dia bayangkan iklan tu lain, bila dah siap lain.... Juri pun cakap kurangnya dari segi editing... hehehe... rasa cam nak edit lain jer... aku lak tak puas hati pasal editing....

Apa pun semoga pelajarku maju jaya... komen positif negetif harus diambil dengan fikiran yang positif....

Tuesday, December 20, 2011

Putri Butterfly ku....

By On 10:24:00 PM

Allhamdulillah.... puteri ku dah semakin besar.... Kelmarin dia dah tukar kelas. dari kelas 3 tahun ke kelas 4 tahun.... hari ni hingga tahun baru adalah minggu orientasinya.... sesuaikan dengan cikgu baru dan rakan kelas yang baru....

Cepatnyer masa berlalukan.... hanya aku ni tak sedar-sedar diri.... hehehe.... anak dah makin besar..... mak dia pun makin besar gak ler... huhu... harap-harap ilmu akhirat pun makin besar jugak ler hendaknya.....

Aminnnn.....



Thursday, December 8, 2011

Spontanuos Thursday

By On 1:03:00 AM

 Salam... pagi Khamis....Allhamdulillah... hari ni aku cuti, memandangkan tak de kelas... tapi rasanya pagi nanti rutin harian seperti biasa, hantar putibutterfly ke tadikanya.... masuk ofis jap, walau cuti... huhu.... cuti ku still ada 25 hari tahun ni, sebab tu ler ambik cuti esok.... erm..... malangnya ada "santai day" kat ofis masak bubur lambuk.... nak p ke tak nie..... abai jer la kan..... ada perkara yang penting juga kena buat..... study! study! k..... jangan buat lupa yer Sheila.....

Tuesday, December 6, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

By On 9:40:00 AM


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan      lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua  memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..



Tuesday, November 29, 2011

Monavie vs Celebrex

By On 7:01:00 PM
Pagi tadi aku masuk ofis dengan keadaan yang lemah sekali... tak tahan dengan keadaan tu, selepas semalaman bila pulang dari kerja malam semalam aku terus flag sampai pagi tadi..... aku terus ke pusat kesihatan.... 

Doktor bagi aku ubat tahan sakit celebrex, dengan rekod aku sebelum ni (bulan ni 3 kali dah ke pusat kesihatan), dia bagi aku ubat yang kuat sikit..... Aku kembali ke ofis semula..... makan ubat dan sapu pada kedua kaki macam nak longgar rasanyanyer.... Dalam sejam kaki aku terus ok.... Alamak.... kuat ubat ni! 

Aku call member aku tanya pasal ubat nie, coz dia pernah cerita dia sakit tumit sampai kena inject, lepas makan ubat ni rasa ok.... tapi dia tak suggest makan berterusan. Sempat juga dia promo Monavie kat aku. Dia kata setakat ni dia dah habis minum 3 botol... Alahai, minggu sebelum ni, masuk meeting dengan TNCA pun asyik duk sebut ambil Monavie jer.... hehehe... kuat juga pengaruh Monavie nih....




 Antara Kelebihan Monavie:



Aku sempat search tentang celebrex ni, nak tahu apa kelebihan kekurangannya.....

Apa itu Celebrex
Celebrex (celecoxib) tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Ia berfungsi dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan dalam badan.

Celebrex digunakan untuk merawat kesakitan atau keradangan yang disebabkan oleh keadaan seperti artritis, spondylitis ankylosing, dan kesakitan haid. Ia juga digunakan dalam rawatan polip keturunan di dalam kolon

Celebrex juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat-ubatan ini.
 
Maklumat penting tentang Celebrex 
Celebrex boleh menyebabkan jantung mengancam nyawa atau masalah peredaran seperti serangan jantung atau strok, terutamanya jika anda menggunakan jangka panjang. Jangan menggunakan Celebrex sejurus sebelum atau selepas pembedahan pintasan jantung (bypass, rasuah, atau bypass arteri koronari).

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sakit dada, kelemahan, sesak nafas, pertuturan tidak jelas, atau masalah dengan wawasan atau kira-kira.

Celebrex juga boleh menyebabkan kesan serius ke atas perut atau usus, termasuk pendarahan atau penembusan (membentuk lubang). Syarat-syarat ini boleh membawa maut dan boleh berlaku tanpa sebarang amaran ketika anda mengambil Celebrex, terutamanya di kalangan orang dewasa lebih tua.

Hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami gejala pendarahan perut seperti hitam, berdarah atau najis tinggal, atau batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi.

Elakkan minum arak ketika mengambil Celebrex. Ia boleh meningkatkan risiko pendarahan perut. Tanya seorang doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan mana-mana sejuk lain, alergi, atau ubat sakit. Ubat-ubatan yang serupa untuk celecoxib yang terkandung dalam banyak ubat-ubatan gabungan. Semak label untuk melihat sama ada ubat mengandungi NSAID (bukan steroid ubat anti-radang) seperti aspirin, ibuprofen, ketoprofen, atau naproxen.


Apa pun apa seplimen yang kita ambil harus teliti dahulu....













Fesyen Anda Macamana?

By On 11:58:00 AM
Image by Google
Kamu rasa kalau kita nak pergi kerja kena pakai cantik-cantik yer? baju, shoes cantik, handbag mahal, tubuh disalut dengan eksesori, make up lawa-lawa... agaknya memang kena macam tu er... nak pulak, orang cakap kena jaga penampilan ler biar sepadan dengan kerja kita (status??? pangkat??? darjat???) apa yang nak dimegahkan yang tak ada apa sebenarnya. Kalau cakap tak ada apa pusing-pusing aku dan laki aku jugak kena marah dek orang tua.... huh! huh! huh! binggung...

Image by Google
walaupun tahu apa yang wajib, harus... tapi tetap binggung bila ia disuarakan oleh ibu, makcik-makcik yang banyak bercakap harus pakai ini dan itu.... allahuallam..... (best gak ada perunding image ni) hehehe....

Ayuh Pelajar Mohon Biasiswa Samsung...

By On 10:52:00 AM

Klik gambar tersebut untuk tumbesaran.
Semua matlumat (syarat) pada gambar di atas...

Hubungi mereka di :

Business Listing

HSD 69244 PT 12692, Mukim Ampangan, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, 71450, Seremban
  • Tel 60-6-6707389 (Ms Candy)
  • Fax 60-6-6787689 
  • emeil : mk_chiang@samsung.com 
Tarik tutup permohonan 11 Disember 2011
tinggal berapa hari lagi...
cepat!
cepat!




Monday, November 28, 2011

Cepat la Sang Suria Kembali......

By On 2:48:00 PM
Salam...
Dah berapa hari tak post nie...
Cuti 3 hari, 2 hari berkurung kat umah....

Bila la agaknyer mendung akan berakhir....
(walupun musim banjir)
hanya mampu menunggu dan bersabar....

Tiap hari ada kesedihan....

kekadang dah buntu akal dibuatnyer....

huh!

jenuh nak layan....

sakit, pilu, duka, semua ada.....

alamak..... hanya blog pengubat sikit.....

boleh senyum sikit walaupun tak banyak....

nak merapu pun boleh....

tak tahu apa bila akan berakhir.....

dan sinar sang suria ceria di laman ini......

sabar menanti.....




en hubby kata sabar la, Allah sedang uji nie.....


oh
oh
huk
huk
s
a
b
a
r.......





sabar juga separuh daripada IMAN kan...

Monday, November 21, 2011

Sunday, November 20, 2011

Berkawan Dengan Syirik!!! Tanpa Aku Sedar....

By On 7:53:00 PM

Insan yang selalu lupa lagi daif ini, memohon keampunan yang yang tanpa menyedari ada dosa yang menyelubungi nafas yang dihembus!

Aku terbaca artikel ni kat BH... tersentuh, terasa, teringin, terkongsi bersama untuk sama-sama mengingatkan diri kita yang khilaf ini...

Soalan: BAGAIMANAKAH caranya menghilangkan riak? Ketika mahu ke masjid untuk solat, kadangkala terdetik di hati saya untuk orang lain melihat saya. Begitu juga ketika saya mahu memasukkan duit ke tabung masjid, terasa dalam diri agar orang lain melihat. Saya sangat risau semua ibadat yang dilakukan tidak diterima Allah SWT.

Nawawi,
Sungai Penchala, Kuala Lumpur.Jawapan: ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d. Sebagaimana diketahui bahawa penyakit riak atau berbuat sesuatu kerana mengharapkan agar dilihat dan dipuji manusia, bukan mengharapkan keredaan Allah adalah penyakit berbahaya yang boleh menimpa sesiapa saja, sama ada di kalangan ulama mahupun orang awam. Riak adalah syirik kecil, tapi termasuk antara dosa besar. Seseorang yang melakukan kebaikan diiringi perasaan riak, maka amalan itu gugur dan tiada pahala, bahkan akan mendapat dosa akibat perbuatan riak itu.

Lawan riak adalah ikhlas. Betapa berat dan sukarnya ikhlas ini sehingga seorang ulama pernah berkata: “Aku tidak pernah susah payah melebihi kemampuanku untuk sentiasa ikhlas.” Walaupun demikian, bukanlah bererti ikhlas itu tidak boleh dicapai. Ia boleh dicapai oleh mana-mana orang Islam yang mahu bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan niatnya. Dalam hal ini, ada beberapa perkara perlu diperhatikan agar dapat meraih keikhlasan berkenaan;




  • Pertama – memahami dan sentiasa berusaha mengingati kedudukan ikhlas bagi sahnya sesuatu amal. Tanpa keikhlasan, kebaikan yang diusahakan menjadi sia-sia. Perkara ini hendaklah diperhatikan ketika, sedang, bahkan sesudah melakukan kebaikan, lebih-lebih lagi berkaitan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.





  • Kedua – berusaha untuk sentiasa memahami serta mengingati besar dan bahayanya dosa riak. Riak juga sangat hampir dengan bangga pada diri sendiri (ujub) serta sombong dan kesombongan itu sangat dekat dengan kekufuran. Lihatlah iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi Adam, akhirnya kufur dan dimurkai Allah SWT. Dalam hadis sahih riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada rasa sombong walaupun sebesar zarah.”





  • Ketiga – bergaul dengan rakan yang salih. Suasana dan kumpulan rakan yang baik akan mendorong seseorang melakukan kebaikan dan malu melakukan keburukan, kemungkaran serta maksiat. Selain itu, dia juga dapat belajar mengenai makna keikhlasan.





  • Keempat – keikhlasan itu hendaklah dilatih dan dibiasakan sebagaimana pepatah ‘alah bisa tegal biasa.’ Orang yang ikhlas dalam beramal, meskipun dalam keadaan sukar akan mendapat ketenteraman dan ketenangan hati. Mungkin dia tidak memperoleh tepuk tangan dan kekaguman orang lain, mungkin juga orang lain akan mencemuh dan meremehkan dirinya, namun kelazatan iman dan keikhlasan membuatkan hatinya tenteram sehingga iman makin kukuh dan yakin kepada Allah Rabbulalamin.

    Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada syirik, kufur, sombong dan riak dalam segala macam bentuk. Semoga Allah SWT mengurniakan kita keikhlasan baik dalam bentuk lisan serta perbuatan. Amin.

    Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Harian, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur. 
  • PS; kadang-kadang aku tak faham dan tak faham kenapa antara kita ada sifat dan sikap sebegini. Sanggup menyisihkan sesama sendiri demi kemegahan dan sebagainya.... bagaimana harus membendungnya? namun apa yang dilemparkan diterima dengan hati yang terhina dan terbuka... Redha, sabar, cekal, tabah, kunci kekuatan... yang paling utama SYUKUR, ALLHAMDULILLAH.... kerana ia berlaku.... biarpun tanpa tahu apa hikmah disebalik semua itu.... Semoga ia menjadi pengajaran buat semua antara kita!



  • Sumber BHarian   





  •  

    Saturday, November 12, 2011

    HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

    By On 11:36:00 AM
    KLIK SINI UNTUK JOIN

    Nama saya : Pn Sheila
    Nama Blog : Mise en Scene Pn Sheila
    Tahun mula : dah lupa, aktif tahun ni
    Target : nak cari follower yang setia... nak banyak-banyak lebih dari yang ada sekarang... setakat ini, Allhamdulillah syukur dengan apa yang ada sekarang....

    link penganjur:  http://www.hasrulhassan.com
    Tarikh tutu : 13 Nov 2011 jam, 10 pagi




    Friday, November 11, 2011

    Aku tahu Dia sayang aku!

    By On 8:25:00 PM
    Salam... dah seminggu rasanya tak post entry.... so busy week... tied sangat kepala ni penuh dengan kekusutan... nak buka blog pun tak larat, sempat buka fb jer.... tenet slow kat kampung..... 

    Seminggu penuh dugaan dan dugaan... tanpa reda, makin membara.... huh, namun tetap ku redha, dan bersyukur terus bersyukur dengan segalanya yang ditentukan... terima kasih Ya Rahman, Ya Rahim.... aku tahu Dia sayangkan ku.... sekarang aku rasa lega sangat bila ingat kan Nya.... Sayanggg sangat Allah kita.... hatiku berbunga senyum..... aku tahu dan tahu Dia sayangkan aku.... 

    Adakala orang akan tersenyum bila melihat kesulitan kita, namun aku tetap tersenyum kerana aku tahu Dia sayangkan aku.... 

    Hati yang kecil lagi buruk ini, redha dan akan terus redha.... sabar dan terus bersabar....

    Terima kasih Allah.... Allhamdulillah.....






    Wednesday, October 26, 2011

    Happy Deepavali

    By On 11:31:00 AM
    Salam....
    Ramai yang bercuti kan....
    Jika bekerja, ingatlah ia adalah ibadah....
    Selamat menyambut deepavali kepada kaum India dan semua....
    bagi tahun 2011....

    Saturday, October 22, 2011

    Penang Time

    By On 9:03:00 AM
    Salam...

    Yesterday, in the early morning, my family and I went to Penang... wooo.... ada hal yang perlu dibereskan... sampai Penang, kami ke rumah kawan baikku di Bayam Baru, depan Kompleks BJ.... then kami terus ke tempat yang dituju.... Allhamdullilah... semua settle kejap je.... Pulang ke Bayang Baru semula.... pergi ke kedai makan mammy member aku ni kat flat pejabat pos lama Bayam Baru (tingkat 1)... Masakan mummy memang sedap.... specially ayam goreng yang orang ingat ayam bakar tu, begedel, kari dan asam pedas.... fuhhh... meletop.... Dah lama betul tak jumpa mummy dari sebelum kawin sampai dah kawin skang ni baru jumpa.... Semua dah kenyang balik ke rumah member... Dah lama sangat tak jumpa dia, banyak cerita yang dikongsikan bersama... hehehe....

    Petang tu, aku ke kem Sg Ara ziarah si kawan baik kat kampung ku, tp dia dah menetap kat sana ler ikut husband encik askar... Maklum la balik kampung raya puasa hari tu ak sempat nak jumpa, walaupun umah kami dekat jer... Dah masing-masing ada komit yang lain kan....

    Then, terus jer pulang Kedah, tak singgah memana dah cos next week nak pergi Penang lagi....

    Perjuang belum selesai.... Pemudahkan jalanku ini Ya RAbbi!....

    Monday, October 17, 2011

    Aku Bukan Tomboy

    By On 1:46:00 PM
    Tadi duk belek-belek tengo filem terbaru terjumpa citer nie... Genre, komedi drama... Para pelakon :

    :
    Harry (Pelakon Utama)
    :
    Farisa / Eisha (Pelakon Utama)
    :
    Sam (Pelakon Pembantu)
    :
    Burn (Pelakon Pembantu)
    :
    Bell (Pelakon Pembantu)

    Arahan pun dari Syamsul Yusof.... bila difikirkan kat Malaysia ni memang ketandusan para pelakon kan.... bila hasil karya tuan itu, pelakon pun itu... memang pakej la... satu hal dari segi kos.... industri di Malaysia belum lagi mencapai tahap global.... stesen tv pun brapa jer, syarikat p[erfileman pun brapa sangat yang aktif.... pelkaon pun buka kira berapa ramai yang aktif dan bertahan lama 10 tahun 20 tahun... hehehe...

    Nak jadikan cerita sebab ini juga parents sekarang suka sangat anak-anak masuk ke bidang seni ni.... kalau la tengok dalam realiti tv, uwahhhh.... sadis sangat.... menangis-nangis... sori kalau terlebih.... tapi nak cerita walaupun berkarya, seni juga la kan... jangan tinggal kan apa yang penting agama... kadang-kadang kesian sangat "mereka ni" tersasar dari agamanya dek dihujani kepopularan dan kekeglamoran... 
     

    Ok, kita tengok jap sinopsisnya:
     
    Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. 
     
    Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. 

    Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik. 

    Tips Penjagaan Selepas Mencabut Gigi

    By On 11:34:00 AM
    Salam pagi ke tengahari Isnin..... Selesakan diri anda dengan kerja anda, atau pelajaran dan kelas anda.... hahaha....

    Pagi ni selepas sarapan pagi, aku ke pusat kesihatan.... ada temujanji doktor nak cabut gigi.... 


    Sejam gak ler duk tunggu tapi tak kisah pun, lagi lama lagi suka sbenarnya coz memang takut nak cabut gigi ni.... Bila dipanggil nama diberi kad rawatan, aku tengok tarikh-tarikh aku pergi buat rawatan..... bermula 2008 masa duk pregnant 8 bulan, then 2010, kali dan sekarang..... fuhh lama gak jarak tu..... nak buat camana takut punyer pasal.... sedangkan dalam setahun kami diberi RM300 untuk rawatan gigi.... Allhamdulillah..... bermakna tahun lepas aku hanya guna RM10, tahun 2009 aku tak guna langsung.... alahaiiiii... rugi tu..... tahun ni baru guna RM20..... masih ada RM280 lagi..... ok la tu kan, ada lagi gigi sbelah ni nak kena repair..... agak-agak dan tak tahun ni......

    Tapi tadi dalam duk takut, gementar, doktor J pandai pulak main psikologi dengan aku yer... sempat dia bermekap touch up muka dia lagi bila nak inject aku.... hehehe.... duk sembang punyer sembang dan lagi buat lawak tanya aku nak buat loan macam-macam coz aku cakap husband aku keja kat koperasi..... saya tak pasti la doktor pasal loan tu, saya tak jadi ahli koperasi.... rugi rasanya.... takpe! dia terus suruh assistant dia dapatkan ext koperasi call tanya pasal loan.... ok tau kalau buat loan, interest rendah then masuk dalam asb..... a'aa.... betul tu doktor..... sambil tu aku ni duk menahan kebas...... bila hampir 20 minit jer terus cabut.... Allhamdulillah.... kebas still ada takde nak rasa sakit..... 
    Doktor nak bagi MC tapi aku tak nak, tak de kelas, petang ni ada appointment dengan student.... hari Isnin hari perundingan aku ngan student.... It's ok la , tak perlu banyak gerak duk dalam bilik......

    Tips sikit tentang penjagaan selepas mencabut gigi:
    1. anda mesti gigit kapas k, selama 10-15 minit baru tukar kepada kapas baru.... untuk menahan pendarahan.... tapi biasanya, bila lepas cabut tu pendarahan makin kurang,....
    2. jangan berkumur, biasanya kesan kebas akan hilang 3-5 jam bergantung pada injection yang diberikan....
    3. janagn kacau tempat cabut itu dengan lidah dan jari takut akan terkena jangkitan kuman..... makan ubat penahan sakit....
    4. jangan minum air panas, arak, kerana akan mengembangkan saluran tempat cabutan tadi.... sebaiknya jika mengalami bengkak letakkan beg ais dipipi...
    5. jangan melakukan kerja berat, rehat.... sebaiknya ambil MC dengan doktor.....
    6. elakkan makan makanan yang keras, dan elakkan mengunyak ditempat cabutan takut, termasuk sisa makanan di tempat cabutan, ia akan bernanah...
    7. jika keadaan bengkak, sakit dan berdarah berlarutan dinasihatkan teus berjumpa doktor semual....
    serba sikit tips penjagaan selepas mencabut gigi..... jangan takut k nak cabut gigi..... tak sakit punya, sebab dah diberikan suntikan.... suntikan pun tak sakit, dengan semut gatal gigit lagi sakit dan gatal.... hehehe...

    Sunday, October 16, 2011

    Ketiak or Yogurt : Which one u want?

    By On 10:54:00 PM

    Last week, kita duk dengar cerita bau ketiak lelaki dapat kurangkan stress.... 
    itu kalau yang dah bersuami, kalau yang belum.... 
    alahai takkan nak p cium ketiak pakwe lak.... 
    ada brannnn??? sanggup ke??? kang duk fikir lagi bertambah stress.....
    jangan risau k...
    hilangkan stress anda dengan yogurt.... 

    ps: yogurt sudah tentu lagi best k.... hehehe

    Alahai... cian tengok fesyen kembang kempis ni....

    By On 10:27:00 PM
    hehehe..... cian juga kat dia... hope dia sedar dengan apa yang dia lakukan.... wajah cantik, tang atas kembang kempis tu yang tak cantik lak...... huhuhu

    Alahai ciannyer Bunkface

    By On 10:23:00 PM
    Dah lama tak dengar gam gam nie..... kalau dulu ramai jer artis yang kena... 
    silap sikit terus di gam oleh stesen tv....


    Skang Bunkface pula yang mengalami nasib ini.... Selanjutnya....

    Kerja ko hanya belajar!!!

    By On 8:57:00 PM
    Salamat malam.....

    Teringat masa aku study dulu..... masa tu result aku tak ler brapa bagus..... dan sebab tu juga aku selalu complain banyak kerja..... sedangkan masa tu kerja aku hanya belajar dan seorang pelajar full time..... sambung kisah aku ngan student tadi...... sini..... bial jer aku merungut ayah ku marah..... dia selalu samakan aku dengan kak Zizie... masa tu kak Zizie nie senior aku..... aku lebih selesa panggil dia ibu..... kata ayah ku "Zizie tu blakon lagi belajar lagi, boleh pun buat"..... huhu padan muka..... lepas tu memang dah brapa kali kena aku dah jarang complain..... aku buat jer apa -apa tugasan susah payah dengan rela hati..... tanpa jemu dan nak berkira..... walaupun markah aku tak ler seberapa tapi aku sabar dan aku sering menyabarkan hati aku "mungkin ia bukan milikku".....


    Masa belajar aku tak tahu kenapa taste aku sama dengan ibu.... masa zaman jahiliah tu, bila aku highlight jer rambut, aku tengok dian pun sama, warna aku suka juga..... bila aku tersuka satu-satu eksesori tu, aku nampak dia dah pakai..... alamak..... bila aku pakai jer satu baju tu, dia tegur aku, dia pun ada baju tu sebijik sama.....alahai..... bila aku naik kereeta dia aku ternampak kasut tu memang aku idamkan..... haduiiii.... bila aku terpakai jer satu akut ni, dia lak tegur, dia nampak kasut nie ada kat satu kedai tu, dia dah nak beli tapi tak jadi...... hehehe....... tersama la pulak..... sampaikan seorang lect aku ni tegur aku ni adik Zizie ke.... hahaha.... lawak antarabangsa...... tapi realiti dia memang sweet, tegas, moody tu macam aku.... cuma aku tak setegas dia.... kekeke.... rindu dia!!!

    Sambung citer, tekat aku hanya satu, selepas habis belajar dan nak sambung belajar lagi..... biar macamana cara pun..... selepas tu aku sempat ler kerja sebulan...... hahaha... lepas tu terus apply sambung study..... masa aku kerja tu aku dapat result final, bersama teman baik ku..... tangisan kekecewaan menyelubungi diri...... hehehe..... apa yang diharap bukan lagi milikku...... tak apa la, mungkin ia bukan milikku.....

    Kadang-kadang apa yang kita buat seikhlas hati tidak bererti ia milik kita...... aku redha....... banyak yang aku belajar dari yang lepas...... tapi aku bersyukur dan banyak pengalaman yang aku dapat masa belajar....... pengalaman itu di tambah pengalaman berada dalam industri membuatkan aku lebih matang dan tahu apa yang aku cari sebenarnya...... to be continue.....

    Mohon Bantuan Rakan Blogger

    By On 12:00:00 PM
    Salam...

    saya tahu anda diluar sana sangat bermurah hati..... (bukan ayat bodek) hehehe
    saya teramat lah mohon bantuan anda, walaupun anda di luar sana para pelajar bukan dalam bidang saya tapi mohon juga pandangan kalian untuk mengisi borang online survey ini.... rakan suri dan para pekerja walaupun berlainan bidang juga dialukan bersama!!!

    cara : mudah sekali hanya klik next , klik, next and done!

    tolong yer rakan-rakan blogger semua....

    KLIK DI SINI.....

    Ahad ku..... LOVE

    By On 9:20:00 AM
    Salam pagi Ahad.....

    Apa khabar semua, sihat ke? Allhamdulillah.....

    Hari Ahad hari bekerja saya.... saya suka, rasa fresh sangat.....
    Anda yang bercuti di luar sana, manfaatkan masa rehat anda dengan perkara best k....

    Tadi masuk ofis seperti biasa ler.... sunyi sepi, kawan level bilik aku ni ada yang datang lewat ada yang kelas.... huh, kelaparan mula melanda, belum breakfast... jap lagi aku kelas 9.30am-11.00am....

    Apa nak dibuat nanti..... aku targetkan sebelum cuti pertengahan sem pada 26 Oktober nanti, semua pelajar kena siapkan projek mereka.... ada kena cari iklan untuk publish majalah, ada kena editing video montage trailer, ada kena buat iklan meterial video or slide...... 

    So, pelajar senior ni macam-macam ler merungut..... dateline ada berapa minggu lagi..... banyak kami kena siapkan dalam masa tu.... off course ler, namakan pelajar..... seorang pelajar kerjanya belajar..... segala tugasan yang diberikan harus disiapkan walaupun masanya singkat dan banyak perkara yang harus diselesaikan......
    "time management" adalah penting!!!

    tapi ada seorang pelajar ni, aku suka.... Malay student...... semester lepasa dia dah ambil kelas aku... kenapa aku higlight Malay student? dia tak sama seperti yang lain..... komited..... aku bagi excuse dalam brapa minggu ni, kalau u nak guna masa kelas i untuk tugasan tak apa..... terus jer pergi ke tempat tu confirmkan untuk shooting make sure u inform i u tak masuk kelas...... yang ada dalam kelas terus belajar software for editing untuk selesaikan tugasan...... aku percaya sikit la student ni...... dari apa yang dia perform dan result dia semester lepas pun very good....... sedangkan senior lak yang banyak complain..... dia junior tak de la nak complain apa.... 

    pada para pelajar yang dikasihi smeua, jangan banyak compalain masa belajar k nanti kang susah nak dapat keberkatan tu..... lagi banyak merungut lagi susah nak buat k..... hati-hati..... tak tahu nak buat tanya dan tanya, tak kan cikgu nak marah pulak..... rasanya cikgu lagi suka kan.... jangan lak malu bertanya kang sesat jalan...... 

    ok guys, see u later..... i'm calo now... adiossss...... luv u all....

    ps: mohon maaf bahasakan diri ni ada saya ada aku..... hehehe

    Saturday, October 15, 2011

    Mereka Masih Bersyukur Walau Makan Sisa Makanan

    By On 11:26:00 PM


    kalau nak kaji dari segi shot, namapak macam lakonan semula.....

    Thursday, October 13, 2011

    Dia yang bergelar sahabat

    By On 12:28:00 PM
    Salam... selamat pagi semua.....

    Semalam aku dan en husband duk tengok you tube.... biasala malam-malam aku mesti duk tengok youtube ustaz dan esq.... turn en husband lak duk tengok youtube yang post kat fb tu.... belek punya belek sampai la turn youtube audition reality show.... memula tengok sweedish, australia dan america idol... haha.... macam2 gelagat ada, then sampai ke malaysia punyer..... en husband klik malaysia idol yang session 1st.... alahai kawan kami tu..... yang tu ler (mamat kelate yang tak puas hati kat roslan aziz tu) kalau u all ada tengok.... because of him gak aku dan en husband bertemu jodoh.... 


    bila tengok semula video nie... that's not him.... character dia lain sangat yang kami kenal.... serius aku cakap 1st time aku jumpa dia, aku terkejut gak... dia nie keturunan raja ke apa? hhehehe.... sama2 laki pun dia bahasakan diri dia saya awak..... dengan perempuan lagi la.... lemah lembut, different sangat dengan ada apa kat dalam video ni....  mula-mula aku ingat kot orang yang dia baru kenal kot bahasakan diri ia macam tu, tak ler..... dengan adik-adik, kawan-kawan rapat pun macam tu jugak.... kalau tak dia akan bahasakan diri dia nama..... hadui..... sikit-sikit memang aku rasa kekok (ore klate kato) kekeke..... 

    Sejarah aku jumpa dia, Allah maha kuasa..... aku ada tengok ler audition mamat kelate ni...... masa tu aku belum kenal dia.... dan masa tu juga aku sedang belajar kat USM Penang...... Kawan aku budak Perlis, dan senior aku masa sama-sama kat USM tu minat sesangat la dengan dia ni..... sampaikan dah berapa kali ulang kat tv sampai menjerit-jerit.... apa ke jadah giler sangat member dan senior aku fanatik kat dia ni..... heran betul.... sampaikan member aku ni nak ikut aku balik Kelate time tu nak cari mamat nih.... huhuhu..... 

    Nak dijadikan cerita juga tahun akhir aku kat USM tu aku kena siapkan projek individu..... Aku pilih untuk buat dokumentari "Punk vs Skin head Popular Culture".... haduiii... aku pun tak tahu ler camana aku boleh terlintas kat fikiran ni nak buat benda tu..... Aku balik Kelantan buat research, interview mangsa dan pemangsa dan sebagainya.... Sampaikan kat KB tu budak-budak lepak kat situ ingatkan aku ni reporter Edisi Siasat..... (masa tu memang femes edisi siasat ni)..... aku dapat info, next week ada satu mini jamm, "awak boleh pergi sana dapatkan bahan"......

    Tiba masa aku ke tempat yang dicakapkan... aku ambil peluang ler interview para remaja tentang popular culture nie.... ada sorang budak ni bagitau "kak gi interview dio tu kak, dio wak ngamuk dalam Malaysia Idol tu"...... Allah maha besarkan keciknyer dunia..... Dia nie memang duk KL, kalau ada mini jamm kat KB dia akan balik dan perform dengan band dia..... Al kisahnya..... kat sini ler aku kenal dia......

    Nak di jadikan cerita gak aku buat underground production dengan geng kat KB ni..... keje buat mini jamm, aku shoot balik Penang editing..... balik KB jual cd, baju..... Production aku 3 orang jer..... huhuhu.... masa ni ler baru aku tahu apa ker lagu ler dorang nie duk melalak tu.....

    krew-krew sokongan RAFT (Rock Alliance of Freedom Treaty Production), pic ni diambil masa event ke4 kat KB.
     Bila dah habis study aku terus kerja production kt Subang Jaya.... Life aku keje keje keje...... memang dah tak ingat hari, masa, cuti, weekend ke... tatau...... duk dalam suite editing, studio recording, itu ler siang malam.... staf admin nak masuk keje kul 9 kul 8 aku balik...... Petang, aku masuk ofis semula.....

    Masalah, dugaan melanda..... tatau camana ter contact semula dengan mamat Kelate nie..... jumpa kat area ofis aku. Dia bawa budak band dia sorang kebetulan budak tu further study kat KL dan sorang lagi..... ermmm.... perempuan..... duk makan sambil sembang, perempuan ni senior aku kat Uitm dulu (kakak ni 1st batch)..... hehehe..... dia dan kakak senoir ni sama2 keje kontrak kat ASTRO.... start dari malam tu aku kembali berhubung dengan dia...... Sampai satu malam, aku dah tak larat nak masuk keje lebih kurang 10.30 malam....... balik umah tatau nak buat apa, aku contact dia, keluar..... masa tu ler dia bawa aku ke tempat husband aku kerja...... Al kisahnya...... 

    Berapa hari selepas itu, aku mula lost contact bila aku terima sms dari makwe dia, marah-marah aku kerana rapat dengan dia..... aku tahu dia dalam masalah sejak aku jumpa dia di KL, ayah dia sakit, then meninggal..... family dia pun semua dah pindah KL..... 

    Last husband aku ada jumpa dia masa kami nak kawin, husband aku cakap dia memang kurus macam dalam video tu..... padahal sebelum ni dia memang berisi..... may be banyak sangat masalah menimpa dia..... banyak lagi masalah aku tika tu..... itu last..... sampai skang tatau mana dia hilang.....

    Rasanya dia ada terkilan dengan aku kot kerana kami pernah berjanji walaupun apa jua berlaku kita tetap kawan baik sampai bila-bila..... apa jua berlaku kita sama-sama tangung..... aku tak mahu ganggu dia, bila terima sms tu.... aku diam jer la..... lagi pun masa tu dah kenal dengan husband aku, masalah aku, aku luahkan saja pada husband aku..... dan aku juga punya masalah kala itu...... aku dah tak mahu ganggu dia, nanti kang makwe dia tersalah anggap ke ape..... maafkan aku wahai sahabat..... semoga anda dirahmati, bahagia sentiasa di mana jua anda berada.....

    Saturday, October 8, 2011

    Batas-Batas Berihias

    By On 10:12:00 AM

    Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.
    (Riwayat Ibnu Mas’ud)

    Huraian Hadis

    1.  Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah SWT yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat kerana tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

    2. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna kemudian membuat atau melukis bulu kening yang baru supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

    3.    Sekiranya perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak, tidak kemas yang amat teruk, serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT Boleh dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri, bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT. Ini kerana Allah SWT itu cantik dan sukakan kecantikan.

    4.  Rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya diharuskan merawatnya seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau semburan) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah SWT dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

    Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806.

    Popular

    Follow by Email