Sepagi Bersama Bonda Prof Muhaya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Salam bersiaran. Entry pertama tahun ni... fuhh lama betul bersarang blog saya. Apa khabar sahabat dan keluarga blogger semua, semoga berada dalam sihat sejahtera. Sedar tak sedar dah masuk Chapter dua 2023. Cepat betul masa berlalu. Permulaan 2022, memeratkan saya dari aspek kerjaya sehingga Ogos 2022, baru ia beransur pulih... kekeke, bila dah seronok kembali. Seronok bila dapat berganding perahu berdayung bersama menuju satu arah yang tepat. 


Sepagi Bersama Bonda Prof Muhaya

Pagi tadi saya sempat join bicara bonda Prof Muhaya. Kata bonda Prof kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh ubah diri kita. Jangan mengharap untuk kita ubah orang tapi harap agar kita berubah dulu dan mencari redha Allah, hanya Allah sahaja yang boleh mengubah hati manusia. Subhanallah... best sangat bila dengan bicara bonda Prof. 

Memang benar lah kita sentiasa mengharapkan orang untuk berubaha namun, kita tak mampu sebenarnya nak ubah orang. Apa yang penting kita ubah diri kita jangan kecewa dengan manusia. Yang perlu kita kecewa adalah dengan amal kita dengan Allah, adakah cukup redha Allah dengan kita? Banyak oarang yang saya jumpa bila mereka dah tahu sesuatu ilmu, dah berjaya, mereka bangga itu adalah kehebatan mereka... Walha sedikit pun bukan usaha mereka, jika Allah tak kurniakan usaha tersebut.


Jangan Bangga Diri

Perkara yang selalu saya rasa takut bila takbur! Sebab diri yang hina dan lemah ni mudah akan rasa takbur. Sejujurnya bila diri lemah ni, ada kala terbangga diri juga... "Saya lah buat ini, saya lah buat itu", pendek kata "saya tahu lah yang buat semua"... Memang itu ada juga termelekat (betul ke ayat ni) kekeke, pada dinding hati! Hopefully, rasa bangga diri ni dapat dicuci dari hati kita. 

Cari Cinta Ilahi

Kata bonda lagi tak perlu kita stress sebab orang tak berubah. Kita cari cinta Allah... InsyaAllah dengan cari cinta Allah, manusia keliling kita akan akan berubah. Aminnn... Betulkan kita sentiasa tengok orang tak betul, kita susah payah nak betulkan orang then, bila tak berjaya usaha kita, kita juga yang stress sebagainya. So, jawapannya tak perlu susah payah untuk betulkan orang, susah payah kita usaha cari cinta Ilahi... Hanya Allah yang mampu bolak balikkan hati manusia. 

Allhamdulillah... sedikit coretan entry pertama saya pada tahun 2023... Terima kasih sahabat blogger yang masih sudi singgah. Salam bahagia!







2 comments:

  1. InshaAllah...ubah diri sendiri dan dapatkan redha Illahi... :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.