Rindu Keje Teamwork Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam sayang... Dah lama sangat tak bersua di sini. Allhamdulillah. Syukur, walau apa jua keadaan pun masih bernafas, sihat sejahtera itu adalah rezeki terindah. Apa lagi nikmatNya yang hendak kita sangkalkan....



Dalam beberapa bulan dengan tanggungjawab baharu yang diberikan olehNya dahulu tak ada keje, sekarang x dan terbuat kerjanya kekekeke.... Begitulah rezekiNya. Apa pun bersyukur apa yang disusunNya adalah terbaik. Susah ke senang itulah susunan Ya Baarik untuk diri ini. Dalam beberapa bulan ni masuk je tahun 2022 ni sebenarnya saya lebih banyak tidak gumbira. Walaupun luaran nampak happy namun dalam hati siapa yang tahukan. Hanya Allah sahaja lah tempat mengadu sebagainya. Tak ada nak luahkan pada makhlukNya. Sukar sangat rasa. Dunia pekerjaan yang saya rasa akan hadap dengan setabah dan kuatnya tapi saya tewas dengan rasa sedih. 



Namun, pada bulan lepas saya happy sangat, happy dapat join Bengkel Asas Pengarahan FDAM. Pada hari kejadiaan hari pertama bengkel tu, saya tanpa fikir panjang terus contact organiser dan bank in yuran. Ya Allah memang itulah moment saya gumbira pada tahun ni di samping dah habis belajar Diploma saya. Syukur syukur syukur!

komentar daripada Dato' Zulkifli M. Osman


Sejujurnya saya sangat sedih dalam keje sejak awal tahun ni. Saya macam tak tentu arah. Saya tak tahu nak luah pada siapa. Luah pada en somi pun ada yang dia paham dan tak... kekekeke.... Hanya Allah sahaja yang faham akannya, Bagi mengembirakan hati kesedihan yang telah ditanggung sejak awal tahun lagi, saya buat keputusan on spot tuk join Bengkel Asas Pengarahan yang dikelolakan oleh SCIMPA dan FDAM pada bulan lepas. Inilah dunia kerja yang saya cari. Team yang saya cari. Bila saya post di FB, ada yang komen rindu moment criss cross... dalam criss cross kita dididik bina team, bagai adik-beradik, gaduh bertengkar ke apa tapi bila on production kami giler.... giler siapkan kerja. Kegembiraan beberapa jam tu melegakan hati yang tak karuan. Seronok sangat dapat join. Terima kasih Ya Rabb memberi saya peluang dan rezeki itu. Lama menanggungnya! 














Rindu sangat and sangat happy hanya Allah sahaja yang paham. 

Saya rindukan team work on production, senang n susah sesama hasilkan kerja yang baik. Sama-sama brainstorm apa yang nak buat dan sebagainya. Rindu keje bersama. Ngopi and keje. Xde yang mengelat. Berat sama dipikul. Ada masalah discuss, tampung menampung. Saya junior saya belum dapat semua tu. Belum ada team. Tak apa lah aturan Allah yang terbaik.  

Awal bulan ni, saya dapat satu geran yang saya rasa sebelum ni saya tak dapat. Pengubat kesedihan saya! Allah dengarkan isi hati hamba yang hina ni. Sejujurnya saya pun tak tahu saya dapat geran tu. Mungkin saya miss emel dan sebagainya. Bila tengok kat pigeon hole saya ada surat kelulusan geran dan esoknya adalah hari terakhir baiki proposal dan submit. Allahuakhbar. Doakan semoga ia dipermudahkan semuanya!

Hari Selasa, saya dapat emel sekali lagi kelulusan geran tu. Dan akan didaftarkan dalam geran. Saya kena isi borang dan submit. Sekarang tengah tunggu dean saya luluskan. Saya masukkan nama sahabat saya dalam geran tu, masa saya kelam kabut mengisi borang tuk apply geran tu, dia yang bantu saya bagi contoh buat bujet. Saya akan bantu jika siapa sahaja yang sudi jadi team saya. Hopefully ada yang sudi, dan bina teamwork yang kuat tak kira siapa kita, tinggi ke pangkat, rendah ke pangkat sesama kita buat. Itulah yang saya cari. Yang penting, sama area dan bidang dengan saya. Ini susah skit saya nak cari. Tak apalah saya yakin Allah akan hadirkan mereka yang sesuai dan tepat dengan saya. 

Dan.... itulah yang saya jumpa dalam team Bengkel Asas Pengarahan bersama FDAM bulan lepas. Allahu, memang ia menggamitkan memori belajar saya! Saya di train sebegitu. Lecturer saya yang 20 tahun lepas masih bertenaga menaburkan ilmu. Banyak sangat ilmu yang saya dapat dalam bengkel tersebut. Rasa macam dalam kelas belajar masa degree dan juga master subjeknya. Ye la subjek itu lah saya saya belajar dulu.
@sheilainspire.com Terima ksh Ya Rabb, cikgu2 #lifestyleblogger #sheilainspiredotcom #superdoc #shootingmerdeka #jomukhwah ♬ Kita Punya Malaysia - Bunkface
Allhamdulillah... Syukur, hopefully saya juga mampu mengalirkan ilmu berterusan juga kepada semua orang. 

Teamwork yang kuat! tak kira ko sapa? Ko hebat ke tak hebat ke kita buat keje sesama. Bukan lepas tangan hanya seorang je yang buat, tak ada kita buat sesama! Takde buli dan ambil kesempatan. Tampung menampung itu yang diterapkan. 

Sekarang ni saya dah mula tak kisah la, saya buat je apa yang saya mampu. Walaupun, tak ada team, saya yakin dengan ketentuan Allah. Allah tahu kesungguhanya kita, mesti Allah akan tolong. Allah akan datang tepat dengan masanya. InsyaAllah... 

Uols ada apa-apa tips keje dalam team work nak bagi mantap atau pandangan dan pengalaman boleh share dengan saya k.... 

Selamat Hari Khamis. Saya tinggalkan memori shooting kita dalam vtt di bawah ni ❤️❤️❤️



@sheilainspire.com dah anak 4 baru ada peluang shooting sml. syukur. byk sgt ilmu yg dpt #fypシ゚viral #superdoc #sheilainspiredotcom #lifestyleblogger ♬ MALAYSIA - Faizal Tahir

4 comments:

  1. caiyok caiyok...moga semua urusan dipermudahkan & berjalan dgn lancar...aamiin...
    yes..aturan Allah tu yg terbaik & pd Dia la tempat kita hambaNya yg lemah..mengadu nasib x kira bila2 masa pun..kannn?

    ReplyDelete
  2. SA pun sama..rindu kat team2 colleague yang sorang..sorang left the company...team yang ada ni semua x reti...sedihhh

    ReplyDelete
  3. W'salam..
    Alhamdulillah dikelilingi teamwork yang sanggup bersusah-senang bersama..

    ReplyDelete
  4. kalau dapt team & rakan sekerja yang sekepala memang best kan3

    ReplyDelete

Powered by Blogger.