Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Menangani Dagu Berlapis? Biar Betul!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam uols, lama sungguh tak bersua... Ada ni duk cuba Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Duk dengar Safi Youth Gold untuk kali ni didatangi bersama dengan Serum untuk mengatasi masalah dagu berlapis... uhh.... kalau cam tu nak bagi dagu runcing la agaknya!

Haaa.... excited juga la saya nak mencubanya! maklumlah dah masuk 41 tahun ni, macam-macam jadi pada kulit wajah. Ada masalah jerawat la, masalah jeragat la, yang paling utama masalah dagu berlapis tu la sebabnya nak semakin membina badan dengan jayanya. 



Aiihhh... ni yang paling menjadi masalah utama saya! Kalau dulu umur 30 an... cepat je saya nak turunkan berat badan dan hilangkan masalah dagu berlapis. Bila dah berumur ni, tak tau nak buat camana lambat dan susah betul nak turunkan berat badan... Nak tangkap gambar pun duk kalih sana sini, ambil angle yang betul, yang penting sorok skit dagu dengan tudung... nak tak nak buat lak guna filter untuk memfakekan wajah yang gebus-gebas.... kekeke.... nak bagi tak nampak dagu berlapis la katanyanya! Ada ke yang macam saya? baik ngaku uols.... hehehe




Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Review

Jangan risau uols, kini ada produk Safi Gold Lifting Golden C Duo Serum yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerisauan kegemukan dagu berlapis dan mengembalikan keyakinan.

Biasalah wanita ni satu jer, nak cari confident dan nak jadi confident bila berhadapan dengan komuniti. Saya akui saya memang kurang confident bila badan semakin membesar dengan jayanya bila dah lepas berpantang. Masa berpantang syukur badan mampu turun 8kg. Tapi bila dah selepas berpantang berat badan kembali menaik dan kenampakan dagu berlapis semakin menyerlah. 

Safi Gold Lifting Golden C Duo Serum dikatakan mampu mengurangkan 50 peratus dagu berlapis dalam hanya 15 minit! Ohhh... biar betul? Safi ni produk yang mula-mula saya guna masa remaja sehingga lah sekarang! sudah tentu produk dan jenama yang dipercayai.



Kebaikan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Antara kebaikan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum adalah seperti:
  • merawat secara mikro dan mengurangkan penuaan dan mengatasi dagu berlapis
  • mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. Uols kena cuba. Menjadi dan nampak hasilnya!
  • tanpil lebih muda dengan wajah yang anjal, runcing dan menirus.
  • diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C dan Nano Emas 24K (lebih berkesan daripada Vitamin C biasa)
  • Formulasi yang tidak melekit dan berminyak serta mudah meresap dan sungguh selesa pada kulit.
  • diperkaya dengan Duo Age-CorrectingActives, dengan Gabungan Golden C dan Ceramide yang memberi 7 demensi pembaharuan keremajaan kulit.



Sejujurnya, kali pertama saya menggunakan Safi Gold Lifting Golden C Duo Serum ni, saya sangat selesa dan mula jatuh cinta dengan produk ini kera bauannya yang lembut menusuk ke dalam jiwa... WAHHH gituhhh... hehe... betul, serius k! tak tipu. Itu pandangan saya dan apa yang saya rasa. Dah pakai, memang ia sangat meresap dalam kulit tak melekat atau melekit. Rasa macam kulit wajah sangat sangat bersih, dan terasa keanjalannya.

Betul ke? Betul la! Jom kita tengok kesan selepas menggunakan Safi Gold Lifting Golden C Duo Serum
  • menegangkan kulit
  • meningkatkan keanjalan
  • mengurangkan garis halus dan kedutan
  • meningkatkan kelembapan kulit
  • melindungi kulit daripada pengoksidanan
  • mengingkatkan kahalusan kulit
  • memperbaiki kulit rosak



Ini adalah kerana Safi Gold Lifting Golden C Duo Serum dirumuskan dengan "ujian saintifik dan klinikal". Jadi uols saya akan memilih produk yang melalui ujian klinikal yang padat. Ujian klinikal yang padat ni membuatkan satu-satu produk dikeluarkan dengan hasil yang mempunyai kualiti mutu yang terjaga!

Kombinasi dua produk ini ( Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser + Golden C Duo Serum ) sangat relevan dengan masalah yang saya hadapi!  

Dapatkan di Pasaran dengan Mudah

Nak dapatkan produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni ada saja kat mana-mana pasaraya seperti Watson, Guadian, farmasi terpilih, Aeon Wellness dan Caring di seluruh Malaysia. Kat mana lagi? kat pasaraya-pasaraya utama pun ada. Senang cakap mudah nak dapatkan produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.

Oh... sebelum tu mesti uols tertanya-tanya berapa harganya kan? Untuk set ini harganya RM59.00. Tapi kalau ada promosi lagi murah tau. 

O... kalau uols tak nak bersasak kat pasaraya, boleh juga beli kat atas talian atau laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan juga Lazada. Kalau ouls mengahdapi masalah penuaan, dan dagu berlapis macam saya, boleh la cuba Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Dah nama YOUTH mesti bertambah mudah dan jelita... awww.... 

Salam semua!





No comments

Powered by Blogger.