Persiapan Awal Ke Sekolah 2021 Dengan Kasut Pallas Menjadi Pilihan
Persiapan
Awal Ke Sekolah 2021 Dengan Kasut Pallas Menjadi Pilihan
Tdak
seperti tahun-tahun sebelumnya, saya selalu membuat persiapan lewat untuk
mendapatkan keparluan sekolah anak-anak saya. Ia merugikan saya apabila barang
yang dikehendaki tidak ada dan sudah kehabisan. Persiapan lewat ini juga
mendatangkan masalah apabila pakaian dan saiz kasut anak-anak saya sudah habis.
Jadi, kali ni untuk tahun hadapan walaupun negara masih dilanda dengan gejala
Covod-19, namun saya tetap teruju bagi membuat persiapan awal untuk anak-anak
saya. Sejujurnya, sebelum ini saya tak pernah beli kasut sekolah jenama Pallas,
kerana kelewatan persiapan yang saya buat menyebabkan saya ambil sahaja apa pun
jenama yang ada mengikut saiz yang diperlukan. Dan masa masa itu, saya tiada
pilihan lagi.
Bagi tahun 2021, keterujaan dan mencari solusi daripada pengalaman yang lepas, makan keputusan terbaik yang diambil adalah membuat persiapan awal ke sekolah. Ini juga kerana sudah dua tahun anak saya Kak Ngah Zara Adelia tidak menukar kasut sekolah. Kasut yang diguna pada tahun ini merupakan kasutnya yang dibeli pada tahun 2019 lagi. Allhamdulillah, jenama Pallas menjadi pilihan dan Kak Ngah pun suka dengan kasut tersebut. Kasut Pallas Model 205-0196BK menjadi pilihan hati saya bila pertama kali melihatnya. Ia sepadan dengan Kak Ngah Zara Adelia.
Kenapa saya
memilih kasut Pallas untuk anak saya, uhh… jom saya citerkan.
4
Kelebihan Utama Kasut Pallas 205-0196BK Penyebab
Saya Memilih Jenama Pallas
1. Lebih Ringan
Sudah
sinonim dengan tujuan rekabentuknya, kasut Pallas direka untuk memberi
keselesaan kepada pemakainya. Ini adalah kerana ia direka dengan
menitikberatkan konsep “3S” iaitu KeSelesaan, KeSihatan dan KeSelamatan. Dengan
konsep 3S ini kasut Pallas 205-0196BK
mempunyai ciri yang ringan (better COMFORT), mudah untuk anak saya
bergerak. Memandangkan kak ngah aktif bergerak kasut yang ringan dan selelsa
diutamakan bagi memberi keleseaan berpanjangan. Oleh itu, kriteria ini adalah
penting bagi memberikan sokongan kepada pemakai dengan penjagaan kaki yang
sihat. Sebagai ibu, saya mengambil berat terhadap aspek ini kerana anak-anak
menggunakan kasut sepanjang hari di sekolah, bagi saya ia penting bagi menjamin
anak-anak saya mendapat keselesaan terhadap kaki mereka.
Kasut yang
ringan sangat saya cari tau! Memandangkan kak ngah badannya kecil, walaupun
tahun hadapan dia sudah melangkah ke darjah empat, tapi berat badannya cuma 15
kilogram. Jadi, kasut yang ringan sangat sesuai untuknya. Best kasut ini tak sampai 500 gram. Pallas 205-0196BK
mempunyai ciri tersebut dan sesuai dengan kak ngah bertubuh kecil.
2. Pengudaraan
Yang Baik
Apabila memilih sesuatu kasut saya akan memikirkan soal kesesuaian dan keselesaan. Kak Ngah sering mengadu kakinya selalu panas dan tidak selesa. Jadi, bagi tahun depan, saya betul-betul mahu mendapatkan kasut yang bagus. Dengan ini kasut Pallas 205-0196BK adalah sangat sesuai disamping ia adalah ringan, ia juga mesti mempunyai system pengudaraan yang baik. Sebab itu lah kasut Pallas 205-0196BK menjadi pilihan saya. Ruang udara yang baik di dalam kasut kerana kualiti kain yang digunakan membolehkan udara keluar masuk dan ia tidak cepat kering. Jadi, kan bagus bila mendapat udara yang baik, kaki anak-anak kita tidak mudah berpeluh. Ini adalah kerana permukaan kaki akan mudah lembab jika kasut yang digunakan tidak emmpunyai pengudaraan yang baik. Seterusnya, kaki mula berpeluh dan bakteria akan berkumpul. Sebab itu juga, kaki anak-anak kita mudah berbau. Yang paling dirisaukan jika masalah tersebut tidak diatasi dengan bai kia akan memudaratkan dan membawa kepada penyakit kaki.
Boleh nampakkan lubang kecil pada kain kasut di atas yang menjadi ruang udara. Dengan
kasut Pallas 205-0196BK ini sangat susuai dengan kak ngah kerana dia akan
memakai sepanjang hari. Walalu, kita belum tahu macam mana system persekolahan
pada tahun depan kerana masalah pendemik ni, namun sebagai ibu bapa kita juga
harus perihatin dengan keselesaan anak-anak menggunakan dan memakai kasut
sepanjang hari. Jadi, walaupun mereka memakain kasut sepanjang hari, dengan
pengudaraan yang bagus yang tidak cepat kering ia juga dapat mengelakkan masalah
bau terkumpul di dalam kasut. Kalau sebelum ni, balik sahaja sekolah masuk
dalam kereta dah bau kepam kasutnya. Saya percaya dengan ciri-ciri pengudaraan
yang bagus yang disedialan oleh jenama Pallas ini ia akan mengelakkan kasut dan
kaki berbau.
3. Arch
Support
Dengan ciri-ciri utama yang saya beritahu tadi untuk kali ni saya sangat selektif dalam membuat pemilihan kasut. Maka, ciri utama yang saya titikberatkan ialah keselesaan. Kasut Pallas 205-0196BK ini bercirikan “Arch Support” iaitu sokongan lengkung (COMFORT) iaitu mempunyai sokongan pada bahagian kaki. Nak tahu apa tu, kat mana “Arch Support”, okey! yang warna biru ni la “Arch Support” iaitu alas kasut. Sokongan lengkung ni bagus juga untuk anak-anak yang ada tapak kaki jenis rata, dan ia sesuai untuk menyokong tapak kaki yang rata untuk mengurangkan kesakitan. Ia boleh dikeluarkan untuk memudahkan ibu-ibu cuci dan yang bestnya ia meterialnya cepat kering. Jadi, selain ia boleh menyokong kaki anak-anak kita ia juga mengelakkan bau buruk kerana meterialnya bagus dan berkualiti.
Memang
susuai sangat la dengan kak ngah Zara Adelia ni, kerana kak ngah ni memang
control ayu sikit. Kalau kasutnya berbau atau pakaiannya kotor balik sekolah
dia terus minta saya cuci. Kasut Pallas model 205-0196BK ni bukan sahaja sesuai
dengan anak-anak lelaki ia juga sesuai kepada anak perempuan apa yang penting
keselesaan menjadi faktor utama. Dengan adanya, “Arch Support” ini ia tidak
mudak memberi ketegangan kepada kaki anak-anak. Ye la, saya kadang-kadang
kesian tengok kak ngah ni, ia mungkin kecil berbanding dengan anak-anak
sebayanya. Tubih dia pun lebih kecil berbanding tubuh adiknya yang berumur 3
tahun setengah. Jadi, saya sangat pentingkan kasut yang selesa untuknya dan
dapat memberi sokongan kepada kakinya serta mengelakkan daripada ketegangan
otot kaki.
4. Rebound
Insole
Apa yang
bestnya kasut Pallas 205-0196BK mempunyai alas lapik yang baik untuk memberi
lantunan kepada pemakai. Secara tidak langsung, ia akan memberi keselesaan (Better
rebound & more COMFORT) kepada anak-anak apabila berjalan. Ini adalah
kerana konsep lantunan akan memudahkan pergerakan anak-anak berjalan. Lantunan
ini tidak akan memberi beban kepada kaki pemakai. Sebabnya, kaki mudah
dihayunkan dan diangkat. Ditambah pula dengan cirinya yang ringan ia mudah
dilantunkan. Ia juga mengelakkan daripada berlakunya geseran serta mengelakkan
gegeran yang akan membuatkan kaki cepat merasa letih dan sakit. Sebab itu,
ibu-ibu mesti memilih kasut yang ada alas lapik yang bagus bagi memberi
keselesaan pada kaki anak-anak.
Allahamdulillah,
saya dah dapat kasut yang bagus untuk kak ngah Zara Adelia, jadi ibu-ibu macam
mana pula? Saya sangat sarankan ibu bapa dapatkan Kasut Pallas untuk melangkah
ke alam persekolahan 2021, walaupun pendemik melanda, keselesaan anak-anak
harus diutamakan. Kerana pemilihan kasut yang bagus juga faktor keselesaan dan
kesihatan anak terjaga. Oh yer macam mana nak dapatkannya?
Macamana
Nak Beli Kasut Sekolah Pallas?
Saya faham musim pendemik, anak-anak tidak digakkan keluar. Dan… sangat mudah pembelian boleh dibuat secara atas talian dengan www.wow2wee.com dan juga AEON Supermarket. Apa yang menarik lagi jika ibu dan ayah buat pembelian di atas talian kena pastikan ukuran kaki anak-anak betul jer. Mommy leh juga dapatkan di Aeon, Tesco, Mydin Supermarket and etc for Back To School campaign.
Macam saya juga membuat pembelian atas talian
dengan ukuran saiz yang betul, saya menerima kasut yang tepat, tidak besar dan
kecil. Saya menggunakan Teknik ukuran menggunakan tali inci. Tapi kalau petua
orang lama, mereka gemar mengukur dengan meletakkan satu jari di belakang tapak
kasut sebagai anggaran. Jadi. ibu ayah boleh dapat anggaran yang tepat. Dengan
mengukuran saiz yang tepat, ia juga membantu mengaliran darah pada bahagian
kaki anak-anak serta mengelakkan kaki anak sakit jika mengenakan kasut yang
ketat. Erm… sekarang dah canggih ad acara manual dan ada juga cara tradisi
untuk mengukur saiz kasut anak-anak.
Saya harap
ibu dan ayah sudah mendapat solusi untuk mencari kasut terbaik untuk anak-anak
tahun hadapan. Apa pun untuk maklukat lanjut boleh juga melayari:
Laman sesawang:
atau boleh juga melayari
Facebook:
design kasut ni nampak cantik dan selesa
ReplyDeleteYe mmg selesa sis
Deletekasut legend
ReplyDeleteBtl tu.. Jenama masa akak kecik lg.. Hehe
Delete