5 Tips Travel ke Penang dengan Mudah dan Jimat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
5 Tips Travel ke Penang dengan Mudah Dan Jimat
Assalamualaikum. Hi korang.
Korang tau tak yang tahun 2020 ni adalah tahun melawat Malaysia? So, saya suggest korang boleh round dan kenali segenap ceruk bumi Malaysia dulu, sebab kat tempat kita pun apa kurang menariknya. Selain Kaya dengan fauna dn flora bumi Malaysia juga banyak tempat pelancongan yang menarik yang boleh korang jelajah.
Tapi yang paling utama kat mana pun korang plan nak pergi, make sure ada planning yang teratur. Jangan suka sangat guna perangai pakai redah je tu. Yelah kalau kita takde at least basic planning, macam mana kita nak rancang perjalanan kita nanti. Nak stay area mana? Nak pergi mana? Makan mana? Semua ni perlukan perancangan yang tersusun. Mungkin nanti kita tak akan ikut exact apa yang kita plan, sekurang-kurangnya kita ada guide. Tak adalah nanti dah sampai sana baru nak google apa yang best lah. Kan buang masa tu. Ye la, masa cuti biasanya pendek dan padat. Harus ada betul-betul planning and back up planning jika sesuatu yang dirancang tak menjadi.
Kalau travel guna flight, saya suka tempah guna Traveloka sebab harga yang dtawarkan tu bagi saya agak berbaloi. Jetstar flight tickets pun korang boleh booking guna Traveloka. Kalau tak guna flight pun tetapi nak tempah hotel ke, pun still boleh guna Traveloka ni. Senang dan mudah. Malahan ada diskaun lagi tu kadang-kadang. Sangat berbaloi korang tak yah nak fikir banyak flatform mana nak booking tiket, mana nak booking tempat penginapan.
Dalam Malaysia ni korang dah habis explore belum? Kalau belum tu try lah explore dalam Malaysia sesekali jangan asyik nak bercuti oversea je hahaha. So, sempena tahun melawat Malaysia 2020 ni bagus sangat awal tahun ni korang plan awal-awal untuk bercuti.
Banyak je tempat menarik yang boleh korang pergi even just dalam Malaysia je. Malahan tempat-tempat ni juga menjadi tumpuan pelancong asing takkan kita yang warganegara ni tak pernah sampai pula kan? Buat malu je nanti. Hahaha salah satu tempat yang wajib korang pergi adalah Penang. Bukan sahaja banyak tempat menarik yang boleh korang lewati, malahan terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap korang kena cuba. Boleh dikatakan Penang ni diibaratkan sebagai syurga makanan lah. Ada juga jawan-kawan saya buat gile dari Kuala Lumpur darive lunch semata nak makan nasi kandar kat Penang.
So, kalau korang ada plan nak pergi sini, saya nak share lah sikit tips sesuai ke Penang.
Transport
Terdapat pelbagai cara yang boleh korang pilih untuk ke Penang ni. Korang boleh je drive ke sana, cuma kalau korang daripada Kuala Lumpur ke Johor ke mungkin akan membuatkan korang penat sedikit. Yelah jaraknya bukanlah dekat. Namun kalau korang drive sendiri ia akan memudahkan pergerakan korang dekat sana nanti dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jangan jadi macam kawan memang jadi betul drive dari Kuala Lumpur nak mak nasi kandar. Ye la lima belas tahun lepas kan, limitasi sumber pengangkutan tu ketara lagi tak seperti sekarang. Sekarang korang dah ada pelbagai pilihan untuk ke Penang dengan mudah, cepat dan jimat.
Pilihan kedua dengan menggunakan ETS. Korang tak perlu fikir pasal jem ke penat ke apa. Just naik, nak tidur ke makan ke terpulang untuk korang. Namun kalau korang travel dengan group yang ramai, bagi aku ia agak costly. Yelah tiket per individukan. Sampai sana nak naik grab lah apa lah lagi. Semuanya ada kos yang terpaksa korang tanggung. Kalau, korang single, atau just with couple, as a backpacker saya memang suggest guna perkhidmatan ETS ni. Lagi mudah Naik kat KL Sentral sahaja terus ke Butterworth.
Dan pilihan yang ketiga merupakan antara pilihan yang aku suka, naik flight. Ramai cakap membazir tetapi korang book cheap flights to Penang waktu tengah ada promo. Serius berbaloi. Ada rezeki return flight korang boleh dapat below RM30. Masa pun jimat, tak penat. Cuma sampai sana kena gunakan grab lah untuk bergerak. Naik flight ni saya memang suggest la untuk korang yang ada baby atau anak kecil. Contoh nya anak korang ada yang umur 6 tahun, umur 3 tahun sorang dan 1 tahun seorang. Sebabnya, kalau nak travel dengan drive jauh seperti dari Johor, atau Kuala Lumpur sudah tentu dalam kereta kena guna dua buah car seat. Mungkin anak kecil akan mudah bosan dan buat hal dengan perjalanan yang jauh hanya duduk dalam car seat, dan mungkin juga tidak cukup selesa untuk anak yang besar. So, saya sangat suggest korang ambil flight. Memang cukup berbaloi kalau tempah awal atau waktu promosi.
- Masa
Terdapat certain masa yang aku rasa kurang sesuai untuk korang travel ke Penang. Tak sesuai tu bukan sebab apa, just mungkin akan jadi terlalu crowded. Nanti korang sendiri tak rasa puas nak berjalan. Antaranya adalah ketika musim perayaan. Tidak kisah lah perayaan apa sekalipun, cuba elak untuk datang sini. Lagi-lagi musim tahun baru cina. Ye lah Penangkan populasi Chinese nya pun agak ramai, termasuk etnik baba nyonya. So, korang sendiri boleh bayangkan nanti mesti akan pack sangat dengan orang.
Musim cuti sekolah pun kalau dapat elak, elaklah. Sebab kalau pergi musim cuti sekolah ni, semua tempat korang akan beratur panjang sangat. So, akan menambahkan masa yang korang untuk beratur je nanti. Hahaha.
- Kos
Selain tu, kos dan bujet kena selari dengan apa yang korang plan. Korang kena buat perancangan bajet sebagai contoh untuk pengangkutan, penginapan seperti 3 hari 2 Malam berapa, makan, shopping, dan untuk melawat tempat-tempat bersejarah serta pelacongan. Bila korang dah betul-betul buat bajet diharap akan memudahkan setiap perbelajaan semasa melancong. Bagi korang yang ada anak kecil saya suggest ke Teddy Ville Museum. Of course anak-anak suka main dengan teddy bear. Tempat biasa Yang tak pernah miss la dan femes kat Penang seperti Bukit Bendera tapi kalau korang kaki hiking saya suggest korang bole hiking kat Bukit Jambul di pagi hari… perghhh memang nyaman dan segar udaranya. Korang juaga boleh menikmati pengalaman sky trail di Escape Theme Park. Yang mana nak suka cabaran korang boleh merasai pengalaman dengan menaiki The Top atau The Gravityz. Kalau tempat makan lak boleh ke Nasi Kandar Deen maju, Nasi Briayani Hemeediah, Astaka Padang Brown, nasi kandar beratur, sarapan roti canai kat transfer road, restoran Adam chow kue teow, laksa janggus, Gurney's drive… kalau tempat makan nak habaq satu-satu memang banyak. Korang tak kan menyesal bab makan ni semua sedap. Takut kang menyesal tak sempat nak makan. It's ok yang penting planning korang kena terbaik.
- Penginapan
Penginapan ni korang kena plan nak stay kat area mana. Kat Penang ni memang banyak tempat penginapan tak perlu risau sangat. Tapi harus ingat juga kalau musim perayaan atau cuti sekolah seperti yang saya cakap tadi banyak tempat fully booked. So, kalau korang memang plan nak kena area tanjung atau Georgetown korang boleh cari penginapan area situ. Tapi sebenarnya boleh juga korang nak pusing satu Penang bergantung seperti ke Tanjung Bungah, Batu Feringgi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Bayam Lepas dan ke Georgetown semula. Sehari pun sempat korang pusing su Pulau Pinang ni. Apa paling utama masa dan perancangan harus didahului… Apa pun kita ni hanya merancang, Yang Maha Kuasa jua menetukan.
- Backup plan tempat
Sediakan beberapa list tempat untuk dalam satu masa tu sebagai backup. Ye lah sekiranya beratur terlalu panjang dan orang malas nak tunggu, korang dah ada next tempat as backup. Tak adalah baru waktu tu korang nak fikir, nak pergi mana kan.
Setiap apa yang kita buat memang kena sentiasa punya pilihan solusi. At least sediakan 3 backup. Kalau A tak dapat kita pergi B, begitu juga seterusnya. Kita sendiri kena bijak untuk make sure kita menggunakan masa secara optimum.
So, bila korang dah plan insyaAllah akan dipermudahkan dan mampu menjimatkan masa serta kos korang. Plan dari awal tak rugi tau. Selamat bercuti dan menikmati cuti-cuti Malaysia 2020.
good sharing
ReplyDeleteMy wishlist jugak nak pergi ke penang
ReplyDeleteBackup plan tempat tu penting kan..supaya tak buang waktu dan tak rosakkan mood juga..bila ada backup plan tempat..boleh terus tuju je.
ReplyDeletebestnye kalau dpt p penang lagi. lama x jenjalan sana.
ReplyDeletegood sharing :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete