Rambut Licin Bagai Sutera Dengan Syampu Darce



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rambut Licin Bagai Sutera Dengan Syampu Darce
Pernahkah korang dengar tentang syampu Darce??? Emm…. Pernah ! tak pernah! Ok kalau yang pernah dengar, syampu Darce ni merupakan produk keluaran Malaysia khusus untuk para etlit. Satu produk yang bagus, dan saya sangat mengesyorkan korang mencubanya. Baru korang akan tahu macamana ia membuatkan rambut korang lembut dan licin. 
 



Darce Silky Smooth Shampoo dan Darce Silky Smooth Conditioner
Ia diperkaya dengan Vitamin E dan Essence Pomegranate. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai penggalak kesihatan rambut semulajadi dengan sifat-sifat pembaikan, perlindungan, berkhasiat dan pelembab yang serba lengkap. Ia juga akan melicinkan rambut anda bagai sutera yang dirumuskan dengan ramuan buah deliam yang menyegarkan. 

 

Mengatasi Masalah Rambut Berbau dan Kusut
Sejujurnya, saya sebagai ibu kepada anak yang semakin membesar menghadapi masalah dengan rambut berbau anak saya. Satu perkara yang saya selalu bising pada anak saya, bila dia tidak menguruskan rambutnya yang kusut dengan rapi.... Bila saya suruh potong rambut bagi pendek dia tak mahu nak simpan panjang.

Syukur! Darce Silky Smooth Shampoo mampu mengatasi masalah ini kerana ia adalah kunci kepada rambut berkilat dan segar. So, bila dah selembut sutera rambut kakak pun mudah diuruskan dan tak hapak lagi.

Sumber: https://www.facebook.com/darceworld/


Dirumuskan Dengan Vitamin E dan Pomegranate Essences
Dengan ramuan vitamin E, buah delima dan Pomegranate Essences rambut akan bertindak sebagai pemulihan kepada rambut yang rosak, melindungi daripada terjadinya rambut rosak dan bercabang, melicinkan, menyegarkan dan menyinarkan rambut anda dengan lebih berseri. Ia mampu dipulihkan dalam masa 20 hari, namun bergantung kepada keteruk mana rambut anda yang rosak. Bagi anak saya yang menggunakannya tiga kali guna sudah nampak kesegaran pada rambutnya dan mengurangkan kekusutan rambut. 

Kali pertama saya mencubanya, saya mula jatuh cinta... wahh gituhhh, sebab memang betul rambut mula licin nak sikap dengan jari pun boleh tau... Yang paling utama baunya yang tidak keras, lembut, sangat menawan hati saya apabila menggunakannya.




Pembungkusan
Darce Silky Smooth Shampoo dibekalkan dengan 250ml dengan botol putih sesuai untuk wanita malah juga lelaki. Baby Nur Jannah pun guna.... suka sangat la dia bila tak pedihkan mata.

 

Kat Mana Nak Dapatkan Darce Silky Smooth Shampoo?
Produk Penjagaan Peribadi Darce boleh didapati di semua cawangan Farmasi Alliance Tigas seperti dalam laman sesawang ini https://tigasalliance.com/store-locator/

Selain itu, nak tahu berapa harganya? sangat murah berbanding syampu lain di pasaran! Saya pun terkejut juga pada mulanya bila tengok harganya??? berapa! berapa! cuma RM8.50 bagi 250ml k... korang nak tahu lebih lanjut tentang Darce Silky Smooth Shampoo ini, korang boleh melayari:

Laman Seswang:

Instagram:

Facebook:
 


6 comments:

  1. Belum pernah dengar dan belum pernah jumpa lagi Sheila. Hehe, komen jujur ni.

    Mesti rambut bau wangi ada delima.

    Murah dan berbaloi harganya

    ReplyDelete
  2. Ada campuran delima tu..wow.Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  3. belum pernah dengar lg nama ni... macam best

    ReplyDelete
  4. best ke kak shampoo ni? cikma alami masalah rambut busuk..kelemumur semenjak 2 menjak nii

    ReplyDelete
  5. Wahh first time ni dengar :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.