Jika waktu tidak dimanfaatkan untuk mencari kebahagiaan akhirat, maka kelak di akhirat akan disesali pada setiap saat yang dibazirkan pada perkara perkara yang sia sia semasa hidup didunia.
Kerana itu banyaknya ayat Allah yang dirakamkan di dalam Al Quran mengisahkan golongan manusia yang menyesal dan ingin kembali kedunia untuk mengisikan waktu waktunya untuk mencari kebahagiaan akhirat.
Apakah masih ada jalan dan peluang untuknya? Sudah pasti tidak!
Kerana itu juga Allah telah memberi amaran kepada kita bahawa "Demi masa, Sesungguhnya manusia berada didalam kerugian".
Jika manusia itu didalam kerugian, maka siapakah yang berjaya dan tidak rugi tentang masanya?
Mereka adalah "Orang orang yang beriman dan beramal soleh. Serta berpesan pesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran" Wallahu'alam.
RAYUAN SIA SIA ORANG YANG ZALIM LAGI DIAZAB DIDALAM NERAKA
Firman Allah SWT :
فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ
[Surat Ibrahim 44]
MOGA KITA BERINGAT N MNFAATKAN MASA SEBAIKNYA
ReplyDeleteKalaulah semua manusia tahu azab di sana nanti macam mana , mesti semua manusia akan takut nak buat perkara2 yg dilarang oleh Allah ,
ReplyDelete