Raya 2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cuma tinggal empat hari lagi bulan syawal akan berlalu....

Sejujurnya raya 2016, tiada apa yang saya rasa best.... sebab utama tak dapat nak menikmati juadah raya,,,, nasi dagang dan segala macam juadah raya.... walaupun raya sebulan, saya tak dapat nak join mana-mana majlis raya dan sebagainya.... Mungkin tiada rezeki untuk tahun ni.... Nak buat nasi dagang sendiri la.... hari tak raya pun boleh makan nasi dagang kan.... Raya pertama kat rumah saya mak saya buat nasi dagang... Memandangkan saya punya perut tak berapa nak betul, tak boleh nak makan....

Pergi raya sana sini pun yang ada laksa penang, laksa dan laksa, meehun sup..... haduiiii.... hari tak raya pun menu itu memang ada..... cuma berkesempatan ke bff saya, dia masak nasi hujan panas.... itu la raya saya cuma menikmati nasi hujan panas..... nasi dagang sempat rasa sikit sahaja..... memang tak puas nak makan nasi dagang kali ni.... jemu dengan laksa dan sup..... sate pun tak jumpa, lemang pun tak jumpa..... ketupat kelate? allhamdulillah.... mak mertua yang buatkan sedap..... dapat rasa juga! 

Tak apa la.... Allah tak bagi nak makan tu... makan kena beringat agaknya..... 

Nothing special pada raya saya, tapi saya tahu ada lagi insan yang kurang daripada saya. 

Allah kata itu sudah cukup untuk saya! Raya? Gambar raya? Saya memang tak ada gambar raya dengan keluarga memandangkan saya masih guna henset cikai call in out sms sahaja.... no smartphone tak adalah gambar raya.... 

Apa pun walaupun tak merasa sangat raya 2016, tapi saya sangat bersyukur Allah makburkan doa saya dengan memberi kasih sayangNya, ketenangan sedikit kegembiraan.....

Allhamdulillah.... terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.....

Hari ni saya masih puasa meneruskan sisa-sisa syawal yang ada.... semoga dipermudahkan.....




No comments

Powered by Blogger.