Israk Mikraj : Check in Iman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(entry tertangguh)
Allhamdulillah... 
Assalamualaikum.... Salam sayang....
Pada 25 April 2016 bersamaan 17 Rajab, saya menghadirkan diri dengan izin Allah Yang Maha Mengatur, menyusunkan saya ke kuliah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dengan tajuk "Check in Iman Berlatarkan Israk Mikraj"... Allahu... sayangnya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dah berapa minggu sebenarnya saya tengok emel tentang kuliah ni. Namun, saya ni buat tak tahu saja, tak tahu kenapa? Biasanya kalau ada kuliah agama, saya akan booking untuk join.... Dan saya tak ingat pun bila tarikh kuliah ni! Dengan kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim, kelmarin pagi-pagi lagi kawan saya sms ada kuliah ni, Saya terus buat keputusan tuk join.... Allahu.... Bak kata Ustaz Pahrol pada mula-mula ucapannya "pilihan Allah tidak berlaku secara kebetulan tapi dengan bertujuan iaitu Allahmenurunkan hidayah"... Allah datangkan sahabat sebagai alat menjemput saya ke taman syurgaNya.... saya sangat terharu! memandangkan saya ni banyak dosa.... tapi Allah Ya Rahman Ya Rahim ni walaupun banyaknya dosa hambaNya Dia tetap tidak berbelah bahagi memberi kasih dan sayangNya.... 


Memandangkan kakak Amani puteri saya ada kesulitan pagi kelmarin saya tak hantar dia ke sekolah, dan saya bawa dia bersama....

Subhanallah....
Hebatnya Allah kalau Dia nak bagi ilmu dengan apa cara sekali pun dan dengan semudah kun faa yaa kun.... Ini kali pertama saya menyertai kuliah Ustaz Pahrol. Terima kasih Allah Ya Syakur, Ya Karim.... saya sangat menghargainya... 

Isi Kuliah:
Ustaz Pahrol memulakan dengan adat dalam majlis ilmu. Mesti jaga dua adat dalam majlis ilmu:
1. Niat. 
Niat kita untuk mendapatkan ilmu dan bila dapat ilmu tu niatkan untuk mengamalkan ilmu tersebut. Serapkan, resapkan dan sematkan ilmu tersebut di dalam hati iaitu kemahuan kita untuk beragama.

2. Sharing knowledge: sepertimana yang di ajarkan oleh Rasulullah saw iaitu kongsi apa yang kita tahu, atau sampaikan... Bukan mengajar. Ia juga adalah tanda kasih sayang kita pada semua orang yang kita sayang terutama keluarga serta para pembaca blog picisan ini....

Contoh terbaik cara sampaikan kepada orang yang kita sayang ialah kita mengamalkan ilmu tersebut seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. 

Tawadhuk
Tawadhuk di sini " be humble" dalam mencari ilmu kerana ilmu ini berterusan sehinggalah kita mati. Kata ustaz "life long learning". Rasa rendah diri dalam menuntut ilmu, keran semua ilmu yang ada di dunia ini dipinjamkan oleh Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid kepada kita. Bukan dengan kebijaksanaan kita kepandaian kita punya ilmu tersebut kerana kita sedikit pun tiada daya melainkan daya Allah dengan kasih sayangNya memberikan pinjaman sementara (saya tambah). Biar rasa tangan kanan dan kiri kita kotor. Dan sahabat sebelah menyebelah saling membersihkan antara satu sama lain. 

Kita Ini Kotor
Kitakan tanah memang kita ni hina dan kotor. Itulah diri kita yang selalu mesti ingat siapa diri kita? dan asal kita! Yang memberi sedikit kebaikan kemuliaan ialah dengan kasih saya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Ya Halim. Bayangkan tanah macamana? tanah duk atas kerusi pun, kita dah sapu tak mahu duk atas tanah. Walhal tanh tu kita. Hujan berselut dah bising merungut, tayar kereta kotor dan sebagainya, walhal itu lah kita kotor dan jijik.

Israk Mikraj adalah kembara Iman manakala Hijrah adalah kembara Perjuangan.

Dalam kuliiah ini Ustaz Pahrol membincangkan tentang perbezaan antara Hijrah dan Israk Mikraj.

Pesan Ustaz
Hati-hati Dengan Hijabista dan Fesyen Muslimah yang kadang-kala memakan nafsu.

Konklusi
Iman kena kuat. Seterusnya akan membawa kepada hijrah diri. Sebagaimana peristiwa hijrah. Kekuatan Iman Rasulullah saw dan para sahabat dan membawa kepada peristiwa hijrah. "Setiap manusia tak kan berubah jika tidak diubah sendiri". 

Syukur...



3 comments:

  1. Kena usaha atas iman kita. Macam juga kita usaha atas benda-benda lain.Perkongsian yang berguna. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  2. http://kasutkaca15.blogspot.my/2016/05/tudung-raya-dari-kasutkaca15.html



    jom join. senang sgt

    ReplyDelete

Powered by Blogger.