IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

                      i.        Pengarah Gred 48 (Terbuka) Education Malaysia (EM)

a.    Dubai

3.         Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

                      i.        Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

                    ii.        Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

                   iii.        Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2012, 2013 dan 2014);

                   iv.        Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;

                    v.        Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

                   vi.        Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

4.         Berikut adalah syarat-syarat utama :

                  i.    Pegawai Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Terdiri daripada pegawai yang berada di  Gred 48 atau sekurang-kurangnya di Gred 44 hakiki (tidak kurang daripada lima (5) tahun)kecuali;
                                                            i.  memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

                                                          ii.  memiliki kelayakan akademik di peringkat Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;

b.    mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

5.         Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

                      i.        Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

                    ii.        Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan

                   iii.        Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab).

6.         Cara Memohon

                       i.        Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014];

                      ii.        Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

a.    Senarai tugas pegawai terkini;

b.    Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;

c.    Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini ;

d.    Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2012, 2013 dan 2014);

e.    Satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan;

f.     Satu (1) Salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan; dan

                     iii.        Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan(coverning letter) kepada:

           Ketua Setiausaha
           Kementerian Pendidikan Malaysia
           Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
           (Pengurusan Pendidikan Tinggi)
           Aras 15, No.2, Menara 2
           Jalan P5/6, Presint 5
           62200 W.P. PUTRAJAYA
           (u.p: Urusan Pengambilan EM)

7.         Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 6 Julai 2015 (Isnin). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

8.         Temuduga hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.  Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak
menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan maklumat lanjut hubungi bolehlah kemukakan melalui alamat e-mel bpsm_em@moe.gov.my.

No comments

Powered by Blogger.