Aidilfitri Ku

Assalamualaikum... salam ceria tuk semua....

Hari ni ps masuk keje, setelah bercuti raya.... Semalam baru sampai Kedah lebih kurang 8 lebih malam....

Kesedihan Melanda Lagi
Bila jer sampai Kedah dapt lak berita mengewakan... emmmm... harusler menyedihkan..... tak tahu bila kesedihan akan berakhir..... hanya Dia yang tahu, en hubby lak, cakap " sabar la, mungkin Dia nak bagi yang terbaik selepas ni".... tidur dengan kepenatan, kesedihan semalam mengaktifkan ps mengemas bilik tidur.... en hubby cakap, "cantiknya bilik kita"....

Menu Raya
Raya kat kampung, biasa ajer.... Malam rama raya, sibuk ler en hubby bersama cousin2 ps bakar lemang.... 1st time buat lemang, kat Kelantan tak ler femes sangat lemang ni... ps lak masak rendang ayam... 1st time juga masak rendang ni.... (sori xdan nak snap2 rendang),...

 Nasib baik jumpa juga en hubby n cousin cari buluh...
Allhamdulillah jadi akhirnya...

 Proses membakar kul 1.30 pagi baru siap....

Menu utama raya kali ni, nasi minyak, kuzi ayam, daging masak kicap, kari udang, siap dengan sambal dan acar timun dan pajeri nenas.... Mak ps tempah segantang nasi minyak dengan lauk-pauk tu, RM 300... not bad juga murahnya.... lauk-pauk pun banyak.... kalau tahun-tahun lepas menu utama kami nasi dagang, tapi makcik2 sebelah menyebelah pun dah buat nasi dagang, so mak ps sediakan nasi minyak....

Menu sampingan satey, nasi himpit, lemang, rendang, ketupat, pembasuh mulut kek, puding dan biskut2 raya, kerepek-kerepek raya... (jangan marh ye  gambar)

Biasanya kalau raya menu memang nasi, makanan utama di pagi raya,.... yang lain tu cuma sampingan saja.... kali ni ps x larat nak masak banyak2, kalau tahun lepas sempat juga masak, mee n kuih teow hilam dan spaghetti.... mak ayah ps tauke mee n kuih teow.... bila balik kampung jer, kesian tengok mak ayah buat keje kuat.... lepas berbuka pun still pergi kilang buat lagi mee tempahan costumer, bila nak raya jer memang siang malam mereka keje... kuli2 semua dah bhenti keje, nasib baik la ada makcik n pakcik dan anak mereka dua orang tolong mak n ayah ps kat kilang.... en hubby terpaksa ler tolong skali kalau malam masih keje.... kekadang 1 pagi baru siap keje... then, ayah n mak ps bangun lak awal2 pagi kul 4.00 am hantar mee n kuih teow customer....


Ayahanda dan Bonda
Bila ps balik, mak cakap mereka dah nak pencen.... mak nak ayah buat keje sampai tahun ni saja.... bila dah dinasihat oleh mak ayah setuju.... umur ayah pun dah 60 tahun... dari muda sampai sekarang buat keje tak bhenti, Lagi pun mak dan ayah ps xde pelapis nak continue jaga kilang dan buat keje semua tu.... Kami cuma dua beradik, dan adik laki ps pun dah ada kerjaya dia sendiri..... Mak cakap, dia tak nak bebankan anak2.... cabarang sekarang banyak persaingan, tak sama berniaga masa mereka muda dulu.... Mereka keje dari pagi, awal pagi 3.30 am, 4.00 am dah bangun siapkan banyak send kat costumer... Subuh balik rumah, rehat kejep, pukul 7.30 masuk kilang, keje sampai petang.... orang muda sekarang mudah mengeluh dengan keje penat n cuma nak gaji mahal, keje senang.... So, mak kata lebih baik mereka bersara, dan nak buat perniagaan runcit.... Nak jual semua mesin2 kat kilang tu, nak renovate kilang n nak buka kedai runcit.... Dah tak mahu terlibat lagi dengan berniaga mee dan kue teow... Cukup lah apa yang ada mereka dah berniaga 26 tahun.... Persaingan pun makin sengit, mereka dah tua dah takr mampu nak bersaing lagi... Cukup apa yang ada katanya... Ayah pun dah tak larat sangat, tapi dia tak pernah mengeluh sakit ke apa.... Kesian ps tengok..... Ps bangga kerana mereka adalah bumiputra pertama di Kelantan tahun 80 an, buat perusahaan kue teow..... Semoga mak ayah sihat selalu, dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya apa yang mereka ceburi.... Masa tu kat Kelantan cuma ada dua sahaja kilang kue teow, cap 999 (cina) dan bunga raya (mak ps).... Cina ni memang kawan baik mak ayah ps sejak memula mak ayah ps buka kilang kue teow..... Ayah memang ikut cara keje cina ni.... Cina ni ok la, ada nak laki dua orang boleh warisi perniagaan mereka..... Kata ayah kat Cina ni, dia takde pewaris, anak laki ada seorang susah dia buat kepetusan nak bincang kalau nak teruskan perniagaan ni... dia pun dah ada keje dia sendiri, baik aku pencen saja.... persaingan sengit kat Kelantan.... banyak tauke2 besar dah buat perniagaan kue teow dan mee ni.... Dulu kita lain, kita dua jer yang buat.... pasaran banyak..... sekarang kilang2 besar tu jual harga murah.... dan kuasai semua pasaran.... Cina tu akui, dia pun tak mampu nak bersaing dengan kilang2 besar kat Kelantan....

Tutup citer tu....

Pasar Borong vs Hadiah Hari Lahir Ku
Buka citer baru, hampir 10 hari juga ps kat kampung, tapi malam last, Ahad malam baru ps berkesempatan jejakkan kaki ke pasar borong Wakaf Che Yeh.... hehe..... en hubby belikan ps handbeg Gucci celop, walaupun celop reganya not bad juga la mahalnya.... Ps tak nak, boleh lak duk bertengkar kat kedai tu, ps tak nak, en hubby tetap gak nak belikan sempena hari lahir ps pada 20 Ogos lalu, raya ke2.... then ps akur la, budah laki yang jual tu pun mainkan peranan duk rayu ps terima la abe nak beli.... ps bukan apa, rasa macam tak perlukan, coz ps dah beli handbag..... Apa pun terima kasih en hubby sayangggg.... hehehe....



Kenduri
Erm... biasa la kan, time raya jer kenduri.... Sabtu pun ada lagi kenduri.... Allhamdulillah semoga mempelai diberkatan kekal ke akhir hayat....

Ziarah Menziarahi
Raya kali ni memang ps langsung x pergi rumah kawan2.... ketaklaratan badan ni.... cuma ziarah menzirah kaum keluarga sanak saudara sahaja..... tapi yang terkilannya tak dapat nak ziarah satunya nenda ps, mak pada ayah ps..... ps, family, makcik, cousin2 ps pergi rumah makcik yang mana nenda kat sana, malangnya gate rumah berkunci, mereka tak xde kat rumah.... tapi nenda ada seorang diri kat rumah.... Sedih sangat!.... tak tahu nape, bulan baik hari baik, tetap juga mereka tak benarkan kami menjenguk nenek..... ps hanya tengok gambar raya nenda bersama keluarga makcik di fb cousin ps..... sayunya tengok wajah nenda.... nenda dah tak boleh jalan sekarang ni, dia pun dah pakai pampers, hanyak boleh duduk sekejap2 jer....
Ziarah kawan2 langsung tak, kawan jer yang datang rumah ps..... ketaklaratan ps membataskan segalanya.... 2 kali juga ps ziarah kat klinik check Hb n check perut masa raya ke3 dan ke5.... Doktor remind suruh ps check Bp dua kali seminggu, walaupun tekanan darah ps Allhamdulillah setakat 32 minggu ni tak pernah tinggi atau rendah.... tapi satu jer masalah ps, air kencing kotor.... masa raya ke3 p check air kencing ada gula... nak buat camana, pagi2 dah minum air manis.... semuanya manis.... p raya lak ada yang hidang air gas yang tak bergas tu, ps minum... segan lak nak demand.... walaupun air tu gasnya kurang tapi tetapi effect kat ps....

my bff datang raya

Anak Buah Baru
Tahniah adik ps dan isteri dapat baby ke2 baby boy raya ke4.... Nasib baik adik ps sempat balik Johor raya ke3.... Kali ni adik ps balik raya sorang coz wife dia pun dah sarat,,, walaupun due datenya 9/9 tapi bila2 masa akan bersalin, coz dia bersalin awal... Comeynyer adik Alisya.... nama Muhammad Ammar Danish... Risau juga ps macam ni... ps tak pernah lagi bersalin normal ni..... tak boleh jangka cepat ke lambat.... hope Allah permudahkan segalannya, dan juga urusan keje ps....


Tahun ni, mak ayah ps dapat 2 lagi cucu nampak gayanya... InsyaAllah...

Selamat hari raya semua sahabat-sahabat blogger.... Belum terlambat rasanya.... hehehe....

3 comments:

  1. complete cerita ps... x pyh penin2 nak karang byk n3 da...

    masih cr mood nak update cter raya yg x seberapa hu3

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri..maaf zahir batin,

    ReplyDelete
  3. tersusun je cerita PS....

    best la buat lemang sendiri :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.