Dah Masuk Trimester: Hidungku Ada Ketulan Darah

Assalamualaikum selamat pagi semua.....

Ni pasal hidungku, mula-mula takut pun ada risau pun ada, bila ada ketulan macam darah.... mula-mula macam tak percaya... flashback semula masa 1st pregnent jadi ke tak macam ni.... tapi lupa memory low.... hehehe.... semalam, macam serius jer ketulan darah tu..... tapi belum keluar darah yang cair.....


Pagi ni, bila search cari matlumat, rupanya ia normal pada ibu mengandung..... alahai, lega skit. Ye la kan... kat ofis duk dalam aircorn jer, kat luar cuaca pula panas..... rasa macam tak normal jer..... hidung jadi kering.....

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini dari blog Kak Engku....
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

No comments

Powered by Blogger.