Tazkirah
Nasihat Sepanjang Hayat 1 ( Enam Perkara DiPandang Asing Bila Berada di Enam Tempat )
Assalamualaikum wbrt..... senyum di pagi hari semua.... :-)
Dua hari yang penuh dengan aktiviti..... tak sempat nak on latop..... Malam pun dah penat, so ambil kesempatan tuk rehat secukupnya sebelum kembali bekerja di pagi hari...... Sedikit ifo dibawah untuk dikongsi bersama......
Segenap pujian dan rasa syukur yang setinggi-tingginya diucapkan kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan Islam sebagai agama yang diiktiraf olehnya. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W , Rasul pilihan yan diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam .
Telah bersabda Nabi S.A.W " Mafhum sabda Baginda - Enam perkara dipandang asing di enam tempat :
1. Masjid adalah asing dikalangan orang-orang yang tidak sembahyang didalamnya
2. Al Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya
3. Al Quran adalah juga asing didalam hati orang yang fasik
4. Seorang Muslimah yang solehah dipandang asing disisi lelaki yang zalim atau buruk akhlaknya
5. Seorang Muslim yang soleh dipandang asing disisi perempuan yang hina atau buruk akhlaknya
6. Dan Orang Alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
Kemudian Nabi S.A.W meneruskan sabda baginda " Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memandang mereka ini di hari kiamat dengan pandangan kasihan ".
Semoga hadith ini memberi peringatan kepada kita semua agar tidak termasuk dalam golongan diatas yang merugikan kehidupan didunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Wal Alllah Hu`lam.
No comments