Wow! Nasi Dagang Menu Berbuka Puasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nasi Dagang Menu Berbuka Puasa / Pejam celi pejam celik dah tinggal 10 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan.... Dah plan siap-siap ke menu berbuka dan sahur. Saya ni kalau bulan puasa jarang sangat blogging tambahan lak bab makan. Tak tahu apa nak update pasal masakan. Memang bulan puasa cuti masak gulai-gulai dan sebagainya. Saya hanya masak nasi putih, kekadang goreng ikan, kekadang goreng ayam dan kekadang masak nasi goreng ja.... kekekeke....




Al maklum lah, kekangan pengajian saya yang menyibuk ditambah pula saya mengandung dan bersalin tahun lepas. Anak kecil lagi masa tu.... Hari ni saya nak bagi satu idea, yang berat rasanya tapi ringan bila dah mula jatuh cinta dengan masak ni iaitu nasi dagang. Nasi dagang ni memang menu utama rumah mak ayah saya masa raya. Tak boleh tak ada. Nak tak nak memang kena tolong my mom masak.... hehehe... Dah biasa tolong kita cuba la buat sendiri. Allhamdulillah menjadi!



Bahan-bahan
Saya guna beras nasi dagang 1 kg dan campur dengan beras wangi 1 kg. Semua saya kukus 2 kg.... beras nasi dagang dan beras wangi dicuci dan direndam semalaman. Nak bagi kembang , lembut dan senang dikukus. 


Bagi 2 kg beras saya guna 600 g santan untuk dikukus bersama. Bahan lain, bawang merah, bawang putih, halia, halba, untuk dimasukkan di dalam nasi dagang yang dikukus. Dalam santan masukkan garam dan masa kukus masukkan gula pada beras tersebut digaul dengan santan.


Janglupa masukkan daun pandan bagi mewangikan nasi tersebut.... Daun pandan tu disiat kecil-kecil tau.... Sementara mengukus bolehlah sediakan bahan lain seperti acar timun dan juga sambal nyiur. Kat tempat saya ni susah nak cari kelapa yang sudah digoreng. So, terpaksa la beli kelapa parut sebiji dan gorengkannya. 


Nasib baik la ada tukang goreng nyiur.... sambil tu saya masak gulai ikan tongkol. Gulai ikan tongkol saya sediakan dua jenis gulai, tak tau la maybe terlebih rajin ke apa... hehehe.... satu gulai ikan tongkol kuning dan satu lagi gulai kari nasi dagang ikan tongkol. Gulai kari ikan tongkol ni ada special skit, saya kan share tipsnya nak bagi sedap. 


Sebelum nak masak gulai ikan tongkol ni, ikan terlebih dahulu di rebus tau. Kat Kelate ikan rebus ikan tongkol memang femes. Senang saja nak rebus saya guna asam keping, asam jawa, garam buku dan gula melaka (nise) ore Kelate panggil... hehehe



Gulai Kuning Ikan Tongkol
Ikan tongkol yang direbus
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Serbuk kunyit atau kunyit hidup
3/4 biji cili kering
Nise
Santan
Cili Besar
Timun Batang dipotong

Caranya
Semua bahan-bahan tu saya blender. Masukkan santan, sebenarnya saya masak main campak-campak jer. Kuantiti saya agak-agak... hehehe... tak ada spesifik banyak mana, semua saya main agak sahaja. Dah masukkan santan masukkan semua bahan-bahan yang dikisar tadi, masak dan kalau boleh sentiasa kacau bagi santan tak berketul. Masukkan air dan akhirnya masukkan ikan tongkol yang direbus tadi dan juga timun batang. Jangan lupa masukkan garam. Tadi masa blender saya dah masukkan nise untuk rasa manis, saya cuma masukkan garam sahaja. Menggelegak. Siap!



Gulai Kari Nasi Dagang Ikan Tongkol
Ikan tongkol yang direbus
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kunyit 
3/4 biji cili kering
Nise
Santan
Cili Besar
Timun Batang dipotong
*rempah gulai ikan
*halba
*serai
*halia
*air asam jawa
*rempah 4 beradik (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis)

Caranya
Lain sikit untuk masak gulai kari nasi dagang ikan tongkol ni. Kat sini saya tak guna lengkuas tapi guna halia. Dan saya gunakan rempah kari ikan. Tumis semua bahan bawang dimayang. Bukan diblender tau. Saya lagi suka mayang bawang kalau untuk menumis kari ni sebab bila ditumis dengan rempah 4 beradik ia akan nampak warna bawang keemasan dan naik baunya.... Serai saya hiris kecil dan tumbuk halus masukkan semasa menumis.

Selepas tu masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit tu agak-agak la dalam 1 sudu kecil. Kemudian masukkan air asam jawa.... Setelah pecah minyak bolehlah masukkan santan. Akhirnya seperti biasa la boleh masukkan ikan tongkol yang direbus, timun batang, cili besar (optional), dan tips saya nak bagi kat sini untuk mewangikan lagi dan menyedapkan lagi gulai ni masukkan bawang goreng (yang digoreng sendiri) dan halba tadi semasa gulai menggelegak. Jangan lupa masukkan garam. 


Acar Timun
Carot*
Timun Batang*
Cili Besar Merah*
Cuka
Gula

Hiriskan bahan bertanda * secara memanjang dan halus. Kacau air gula dan cuka dan halus gaulkan di dalam corot, timun batang dan cili besar merah tadi.



Sambil tu juga boleh rebuskan telur


Kukusan pertama saya kukus selama 45 minit beras sahaja. Angkat mula campur dengan santan, bawang merah+putih, halia, halba, gula. Kukus semula dalam 45 minit, hingga masak. 

Sambal Nyiur
Nyuir digoreng (sebiji)
Ikan sekor direbus
Bawang merah
Nise


Tumbuk nyiur dengan bawang, masukkan nise dan ikan rebus. Untuk sebiji kelapa parut memadai ikan rebus seekor, bawang merah 2 biji dan nise boleh rasa manisnya. Kang terlebih manis lak. Kalu sambal nyiur nasi dagang ni tak perlu lembab ia kering sahaja so, tak perlu guna banyak ikan dan bwang ia sama gak dengan sambal nyiur nasi kerabu. Siap!


Selamat mencuba. Tak berat rasanya kalu awal-awal puasa mesti excited kan... Hihi... semoga dapat membantu pilihan menu "berbuka puasa" dan untuk "menu hari raya" juga. 






5 comments:

  1. sedapnya nasi dagang. suka makan kuah gulai curah banyak-banyak.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. lain plak cara kak sheila buat.. sini nak rebus ikan tongkol tu x de lah letak asam jawa.. maklumlah tengok mok buat gtu , kita pun ikut dia la jugak.. hii.. apapun nasii dage kelate meme tetap di hati..hii

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Makanan kesukaan Sha nie.. Tak tahu pula ikan tu kena rebus dulu.. Tapi memang bestlah..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.