Tujuh Nafas Lagi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Salam sayang

 

Nak share lagu M. Nasir ni. Dah lama saya cari lagu ni. Lupa tajuk apa. Dulu ada kawan bagi album kompilasi M.Nasir dan ada lagu ni. Bila keluar dengan kawan saya tu dia selalu nyanyi lagu ni... Lagu ni peneman saya di kala malam keseorangan bekerja. Saya mula masuk bilik editing serius kerja, berkurung, dari lepas isyak hingga ke subuh.... Make sure selepas subuh saya akan meninggalkan bilik editing sebelum staf admin sampai ofis... sebelum mereka tengok muka saya dari kelmarin sampai ke hari berikutnya... Lagu ni peneman saya! bila saya takut sebab kes kematian krew masa shooting filem.... Gila takut! memang bila dah masuk bilik tu saya sorang semua orang dah balik. Saya dah tak keluar bilik dah sampai subuh..... Rupanya Allah Ya Qarib temankan saya!

Ya Allah... baru sekarang baharu saya faham tentang lagu ini. Dulu saya buta saya hanya tahu dengar, syok, best!

Rupanya "tujuh nafas lagi" tingkat iman kepada kepada Al Khaliq.... Tak tahu kenapa saya ini saya tergerak nak search cari lagu ni..... Saya lupa dan betul-betul lupa tajuk lagu ni... Tadi ada discussion dengan student, sambil discuss tetiba otak saya teringat tentang lagu ni.... terus saya search kat youtube!

Kawan saya ada copy kat saya kat latop ofis satu album M.Nasir masa tu, tapi bila saya tinggalkan ofis, terus saya tinggalkan semuanya.... Cuma yang ada memori bersama.... Memori yang menjadikan saya orang membuat saya melangkat mengenal Al Khaliq.... meninggalkan semuanya keseronokan, hiburan,,,, dan berada di bawah!

Dia membuat saya berada di tahap terendah dengan kasih sayang dan cintaNya... Allahuakhbar! Namun, Dia memberi saya kekuatan terus bangkit dan bangkit dengan kasih dan rahmatnya.... 

Setiap apa yang Allah takdirkan buat kita adalah untuk redha.... syurga firdaus, bukan fatamorgana sahaja... Setiap bait lagu ini mengisahkan diri saya dahulu sehingga sekarang.... Subhanallah....



Tujuh Nafas Lagi
Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya


3 comments:

Powered by Blogger.