Lambaian Kaabah Allah Yang Maha Kaya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Ya Ghoniy itu Allah Maha Kaya 
Subhanallah. 


Cerita Saya di Ofis Lambaian Kaabah
Terdetik saya nak ke bilik sahabat bila tengok dia datang ofis. Lepas ambil kak ngah Zara saya ajak dia ke bilik sahabat. Dari luar saya tengok banyaknya selipar, kasut kat depan pintu biliknya. Ketuk, bagi salam, buka pintu.... uhhh... memang penuh.... semua sedang menjamu selera. PElbagai makanan ada. Bilik sahabat ni memang tempat makan. Kalau dia datang ofis, shabat-sahabat 1 floor saya akan bertandang kat biliknya.

Rupanya ada kenduri sikit sempena kakak senior kami nak pergi menunaikan haji. Ini kenduri antara sahabat rapat sahaja. Kenduri untuk semua staf ofis dah dibuat minggu lepas.... Oic.... saya cakap tak tahu pun ada kenduri.... Rupanya hari ni last kakak senior saya kerja, esok dah mula cuti. Selepas menjamah sedikit makanan saya minta diri nak hantar kak ngah ke pusat Islam.... 

Kat pusat Islam jumpa pula sahabat, saya bagitahu dia ada kenduri. Kami satu floor. Dia kata dia tahu tapi tadi dia duk kat library. Dia minta saya sampaikan sumbangan untuk kakak senior sebab saya akan balik ofis dulu. Dia masuk ofis lambat sikit. Saya ok sahaja.

Hantar kak ngah, balik ofis. terus saya ke bilik kakak senior saya. Semoga kakak dapat haji mabrur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan syurga Firdaus.... Sedih saya! Tak tahu kenapa sedih. Memang sedih. Dia pula cakap tak apa nanti kakak doakan semoga saya habis belajar. Terima kasih akak. Akak lambai la kat saya, saya pun nak pergi sana. InsyaaAllah akak doakan semoga saya boleh p sana juga... Senior saya cakap jangan la nangis.... huhu.... saya lak lebih. Tak leh nak cakap banyak, terus minta diri keluar, sebak tetiba.... 

Dah tu nangis pergi la cepat-cepat.... nasib baik cepat reda. Cepat saya ke bilik air... Cool down! Tak la sahabat lain perasan sangat. Singgah lak bilik sahabat tadi. Duk bincang pasal study kami. Macamana nak buat. Apa kena buat. Macamana nak tulis.... Kami sharing sama apa yang tahu. duk tengah mengaji ni macam ni la.... topik mengaji sahaja... Selagi tak habis belajar, itu la yang dibuatnya. Terus hilang rasa sedih tadi. 

Nangis sebab saya sebak sangat rezeki Allah itu hebat. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.... walaupun sesempit mana kita Allah tahu..... sebab sempit ke lapang ke Dia yang kurniakan. Kita mesti ukur baju dengan badan sendiri. Jangan tengok orang! jangan pikir orang. nilai diri sendiri. Redha, sabar, ketentuan Allah semua tersurat dan tersirat!

Murahkan rezeki sahabat-sahabat saya semua dan para pembaca! Di mana jua mereka berada berada lindungilah mereka. Kurniakan mereka semua syurga Firdaus Mu.... 

Kesempitan Hidup Itu Indah Bila BersamaNya
Kalau saya mampu bertahan sehingga kini 10 tahun, (baru sepuluh tahun jer) belum tentu orang yang berada di dalam keadaan saya mampu bertahan. Macam saudara saya cakap, dia dah tak tahan dah 3 tahun susah selepas dia pencen dari kerja sendiri. Tapi saya tahu saudara saya kuat! saya dah 10 tahun hidup macam ni. Beruntung mereka  Allah baru uji 3 tahun susah, dan masa mudanya penuh dengan kemewahan. Apa yang dihajati semua dapat dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Saya belum merasa semua itu sejak saya berumahtangga dan mula bekerja selepas habis belajar. Dan saya tak tahu apa itu kemewahan dan kesenangan hidup! Dah beku dalam kepada saya. Bagaimana senang? bagaimana mewah? Ntah la.... apa yang dinilai ye mewah dan senang itu? Saya fikir macamana kalau saudara saya duduk di tempat saya sekarang? Benar sungguh! Sesungguhnya Allah memang uji kita sepadan dengan kemampuan kita! 

Lapangkanlah kesempitan hidup mereka. Murahkan rezeki Mu untuk mereka. Kurniakan syurga Firdaus Mu untuk mereka.


Bila sekali ingat saya ada terfikir nak saja berhenti kerja ni! tapi jika ini yang Allah dah susunkan kepada saya saya kena kuat, bertahan, cekal, tabah dan sabar! 10 tahun..... cepat sangat masa berlalu. Saya pun tak tahu bagaimana saya lalui semuanya. Mungkin sahabat saya diluar sana melihat saya tanpa ada masalah. Sentiasa senyum dan gembira. Di dalam hati siapa yang tahu. Hatta suami saya sendiri pun tak tahu apa yang Allah takdirkan pada saya. Dialah tempat saya mengadu semuanya. Jarang saya nak mengadu sesama makluk melainkan di sini untuk saya mendapatkan sedikit ruang bicara. Namun bicara yang sebenar hanya kepada Dia Yang Satu.

Sepuluh tahun berlalu... bila akan berakhir? yang tentu dengan kematian! Apa lagi yang nak dicari selepas mati? sekarang kena usaha! semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang banyak.... Semoga dapat saya menziarah baginda Rasulullah saw dan para sahabat dan memandang kaabah Allah.... 

Bilakah lambaian kaabah itu??? Sesungguhnya Allah Yang Maha Kaya.... Dia Yang Maha Mengetahui!


16 comments:

  1. GV pun doakan kak Sheila sentiasa murah rezeki dan bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.Aamin. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak,lambat atau cepat,,aturan Allah SWT tidak pernah silap...

    ReplyDelete
  3. Aamiin ya Allah.. syahdu je bila cerita tentang lambaian kaabah ni kan..huhu

    ======
    Jemput baca kisah benar ibu ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb kerana takut disuntik zat besi disebabkan mengalami anemia yang teruk sepanjang kehamilan

    ReplyDelete
  4. Amiiinnn. Semoga ada rezeki Sheila dan kita semua ke rumah Allah Yang Maha Kaya.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah pilih kita utk menjadi tetamuNya ya kak. Semoga dimurahkan rezeki kita dgn pelbagai nikmat hendaknya.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah sis... Mudah-mudahan dipermudahkan segala niat baik sis...

    ReplyDelete
  7. Semoga kita sama2 dapat pergi ke sana. Teringin sangat nak pergi kan..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua berpeluang ke baitullah semasa usually muda lagi. Amin

    ReplyDelete
  9. Semog ada lambaian untuk kita semua ke sana ...
    Kita niat je dulu nak pi sana, dalam masa yang sama usaha nak pi sana,
    insyaallah ada rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah kan ...
    sebak pula baca entry ni, rasa kalau ada sayap, dah terbang kot kat pintu kaabah ...

    ReplyDelete
  10. Amin.. Moga Allah memanggil kita ke sana.. Unni pun teringin sgt nak p tau.. In shaa Allah rezeki ada

    ReplyDelete
  11. Amin..
    moga kita dipanggil ke sana pada usia muda dalam keadaan sihat untuk mengerjakan ibadah dengan sempurna.

    ReplyDelete
  12. Sangat teringin nak menjejakkan kaki ke tanah suci tu... In shaa Allah... One day...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/11/senaman-untuk-menaikkan-hb-ibu-mengandung/

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.