28 Hari Berpantang Baby Pergi Jua

28 hari berpantang, akhirnya dia pergi jua.. 
Semalam, baby kecil saya tak boleh tidur.. Menangis sepanjang malam. Tak pernah saya dan husband mengalaminya, dengan kakaknya. Menjelang subuh baru dia dapat lelapkan mata. Seakan ada sesuatu yang berlaku. Dah habis zikir saya baca.   Bila husband saya pasangkan asmaul husna dia berhenti menangis sekejap. Kemudian kembali menangis kembali. Macam-macam saya fikir! Baby saya kembung perut ke? Disapu ubat juga tidak berhenti nangisnya. Saya dan husband cuma Leila sekejap sahaja sebelum subuh. Satu malam baby nangis dan akhirnya lena jua.

Jam sebuluh lebih ada orang parang rumah saya, nak ziarah saya dan baby. Mak ayah saya tiada di rumah. Nasib baik mak ayah saya balik cepat. Sambil bersembang dengan saudara mara datang ziarah, kami dikejut kan dengan berita yang sudah dijangka saya dan keluarga.

Akhirnya, hari ini anak syurga, anak sepupu saya sebelah rumah, pergi jua mengadap Al Khaliq.  Baby saya lahir lewat sehari dengan arwah baby sepupu saya. Kami sempat duduk satu wad bersalin. 

Malam semalam saya ada mimpikan arwah baby sepupu saya. Saya mimpi sepupu saya sedang menyusukan arwah babynya. Saya tegur "baby dah keluar hospital"... Saya tengok baby sepupu saya dah sihat.

Rupanya, itu alamat baby data menangis tak boleh tidur semalam. Arwah baby sepupu saya meninggal kerana jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke seluruh badanya sehingga terpaksa diambil air tulang belakang dan tetpaksa tebuk di kepala masuk darah. 

Tadi, saya nak naik rumah makcik saya tengok arwah baby tapi memandang keadaan saya masih pantang dan jalan tak berapa nak betul lagi, husband saya tak izinkan saya pergi tengok, naik tangga tinggi. Saya redha. Hanya gambar yang saya tengok bila untie saya datang tunjuk... Anak syurga baby Auliya... Menanti kedua ibu bapanya. Salam takziah sepupu ku... Allah Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani kalian.... 

5 comments:

  1. Salam takziah. Moga sepupu akak terus kuat. Anak yang suci tanpa dosa, direct ke syurga.

    ReplyDelete
  2. Anak syurga akan menanti ibu bapa di akhirat kelak. Insyaallah. Semoga sepupu akak tabah..

    ReplyDelete
  3. Allah.. berat dugaannya.. semoga sepupu kuat semangat..
    Salam takziah ye..

    ReplyDelete
  4. Takziah untuk keluarga sepupu akak..syurga tempatnya..menanti insan-insan yang redha dengan pemergiannya.

    ReplyDelete
  5. Innalillah... takziah buat family anak syurga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.