PEMENANG AYIFF2016

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


AYIFF 2016
UUM ONLINE: Suraya, karya Zulaikha Zakaria telah dinobatkan sebagai Best of the Best Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF'16) yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah,
Menerusi filem itu juga, Suraya yang merupakan hasil karya pelajar Universiti Multimedia turut merangkul Anugerah Best Narrative Film.
Penerbitnya, Ikhlas Khaled Novel Ngadimin berkata, filem tersebut menceritakan tentang Suraya yang berada dalam dilema antara minatnya ke atas tarian balet dan keluarga.
Menurutnya, filem tersebut dihasilkan pada awal tahun ini melibatkan 10 krew produksi terdiri pelajar tahun akhir dari Fakulti Seni Perfileman.
Dokumentari Filem Terbaik dimenangi Macho Gwapito, arahan Julian Miguel N. Hernandez dari University of the Philippines; Muzik Video Terbaik oleh Noor Shafiq Nordin menerusi Langkah Pendekar dan Pesanan Khidmat Masyarakat Terbaik dimenangi Azfar Hamdil Mohd Saidi dalam Gentlemen.
Filem Dendam karya Illman Farihin Rasid dari Sekolah Menengah Agama Johor Bahru dipilih bagi anugerah Young Promising Mind.
Anugerah Khas bagi kategori Non-Asian dimenangi filem Dumpling Dilemma dari Columbus College of Art and Design Ohio, Amerika Syarikat dan Raja Aidzal Hakim menerusi filem Pagari Bulan menerima Anugerah Khas Juri.
Anugerah itu yang diterajui pengacara, Muaz dan Tazneem turut menyaksikan Syamsul Yusof dan Pekin Ibrahim masing-masing dinobatkan sebagai Ikon Pengarah Filem Generasi Muda dan Ikon Pelakon Filem Generasi Muda yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Dr Mary Yap Kain Ching.
Sementara itu, Dato' Dr Mary Yap dalam ucapan perasmian berkata, AYIFF menjadi medan kepada golongan muda khususnya penggiat seni untuk mempamerkan bakat mereka dalam menghasilkan filem.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) percaya penganjuran AYIFF itu boleh menjadi acara besar kepada golongan terbabit untuk terus berkarya dan mendapat pengiktirafan.
AYIFF'16 yang mengiktiraf bakat dan hasil kerja pelajar serta penggiat seni Indie khususnya dari negara Asia telah diadakan di UUM selama tiga hari sejak 5 Oktober lalu.
Penganjuran kali kedua itu bukan sahaja mengiktiraf karya seni, malah turut memberi pendedahan kepada peserta melalui seminar dan bengkel tentang industri kreatif.
AYIFF turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Jay Jay, Jaclyn Victor, Zahid AF, Farhan AF, Maulana AF, Kausar, Mawi dan Syamsul Yusof.
Hadir sama Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan isteri; Pengerusi LPU, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Tajul Urus Mat Zain serta pegawai-pegawai kanan UUM.
Sumber : UUM online


No comments

Powered by Blogger.