27 Hari Berat Turun 10kg

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 

Allhauakhbar, dek kesibukan masa yang genting ini saya sempat mengdietkan diet. Syukur, dah setahun lebih saya tak ambil apa-apa ubatan walhal supplement sekalipun. Dan dek kesibukan masa juga sudah 2 minggu ponteng jogging n walking....


Walau apa pun, 27 hari saya berdiet menurunkan berat badan.... syukur Allah Ya Khofidh Yang Maha Menurunkan dengan daya Nya berat badan saya turun 10 kg tanpa apa-apa suplement, ubatan dan segala bagai produk menurunkan berat badan. Manually, saya laku kan walaupun keyang sentiasa... Saya cuma banyak ambil protein dan sayuran, dan sedikit karbo.... kalau makan nasi cuma sesuap semulut sahaja. Try nasi anak-anak.... Itu lah rutin saya selama 27 hari ini. 

Dengan protein dan sayuran yang banyak, dan air putih yang banyak saya sentiasa kenyang. Kalau untuk sarapan pagi telur mata 2 biji / telur separuh masak / ayam goreng / sosej, minum milo kosong. Tengahari ambil yang berat, protein / sayur goreng / sup / kecuali nasi.... Malam sayur goreng / ayam bakar / daging dan sebaginya. Kalau petang saya ada juga ambil karbo seperti pisang goreng / ubi goreng. Tak la stress sangat. Buahan saya makan tak sepenuhnya saya kurangkan gula. Cuma air manis saya tak minum. Kalau ambil pun milo kosong. Roti saya ambil semulut dua itu pun makan yang anak punya. 

Mula-mula rasa tak percaya juga boleh buat tak makan nasi ni.... Tapi bila dah seminggu pertama dah makin biasa kerana kenyang pun sama sebab protein dan sayuran yang diambil tu juga mengeyangkan.... ditambah pula air putih yang banyak diminum 2++ liter sehari, saya boleh terima dengan cara diet ni.... Chicken chop pun saya ambil. Saya juga berpuasa bulan Syaaban, rasa macam biasa sahaja sama seperti puasa lepas-lepas.... Buka puasa ambil kurma, chicken chop berat sikit / ada masa saya makan daging goreng dan sayur goreng sahaja.... boleh tahan, sama juga dengan tak puasa rasanya. Boleh tahan.... sekarang berat saya sedang bertahan.... 

Kalau tanya tak terliur ke?
Tak de sangat rasa terliur bagai, walaupun di mulut cakap nak,,, sedap,,,,, tapi di hati rasa macam dah biasa tak makan nasi.... Sebab saya rasa saya bukan kelaparan, saya makan juga yang lain cuma tak makan nasi, (karbo yang tingg).... Ada kala saya terasa nak makan kue teow, saya makan saya juga tapi dengan kuantiti yang sedikit..... 

Nak tahu boleh mencuba, insyaaAllah dipemudahkan.... Yang penting niat diet biar betul.... tepuk dada tanya iman.... Allhamdulillah.... 



1 comment:

  1. Akak, aira sdg cuba diet karbo ni. Hihi mudah2an jadi mcm akak 😂

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.