Rindu Ilmu Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah.....

Syukur walaupun sekejap berjumpa sahabat walaupun beberapa minit namun banyak ilmu yang saya dapat. Rindu saya dengan ilmu Allah swt. Terima kasih Ya Rabb... 

Bermula Dengan Riak dan Ujud
Bagaimana nak mengatasi. Sucilah hati, terus ingat Allah. Tiada apa daya dan tiada apa satu pun milik kita di dunia ini. Hatta apa yang ada di tubuh badan kita pun bukan kita punya. Mata, kaki, tangan, mulut semua miliknya. Kejayaan, rumah, kereta, anak semua miliknya. Susahkan nak buang ujud dan riak. Bila menulis pun kita sering ada perasaan ujud dan riak.... 

Tiga golongan manusia sepertimana yang disebutkan dalam surah Al Kahfi:
1. Golongan Kiri 
2. Golongan Kanan
3. Golongan Muqarabbin

Yang Mana Anda Mahu?
Golongan Kiri
Golongan yang sudah tentu menjajnjikan neraka.

Golongan kanan
Golongan orang yang beriman, namun mereka masih akan melalui padang masyar 50 ribu tahun, melalui titian sirat untuk ke syurga.... dan meminta-minta pahala supaya timbangan amal dapat membawa mereka ke syurga.

Golongan Muqarabbin
Juga digelar orang yang melalui jalan Allah. Golongan ini tidak akan melalui padang masyar atau titian sirat. Golongan ini Allah akan membawa mereka terus ke syurga.

Allahuakhbar?

Susah ke Nak Jadi Golongan Muqarabbin ini?
Tepuk ada dada tanya iman. Dalam hati adalah Allah atau dunia? atau 50/50. atau dunia sahaja.... 
Jalan orang yang muqarrabin ini tiada setititik atau sezarah pun diunia di hati. Bukan ertinya duduk atas tikar sembayang berzikir tanpa pedulikan dunia,, jangan salah faham. Itu sesat namanya... Jalan ini adalah jalan dan cara hidup baginda Rasulullah saw.... 



1 comment:

  1. mmm.. sesekali kita pergi ilmu begini dapat bukak kembali minda kita kan...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.