Kurma dan Keberkatan Dari Rasulullah SAW

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... semalam Allah Ya Baari' menyusunkan dan menggerakkan saya ke surau pada Selasa malam. Bila tiba di surau selepas maghrib kuliah sudah di mulakan. Saya mengintai muslimat... Erm... nampak macam ada kelibat muslimah. Masuk sahaja....

Ustz cerita bab hadis Rasulullah.... Malam tadi tentang amalan pemakanan Rasulullah saw.... Intipati yang saya dapat dan dikongsikan bersama Rasulullah saw suka makan kurma muda (ruthob):

1. Kurma muda dengan buah kundur
2. Kurma muda dengan tembikai
3. Kurma muda dengan tembikai susu

Secara jujur saya tak pernah tau makan kurma muda. Buah kundur pun tak pernah makan. Tengok pun rasanya belum gak... Aduyaiii.... peghakkk tul kan... 

Kata ustaz kurma ni ada tiga jenis. Pertama kurma muda (ruthob), kedua kurma yang kita duk makan tu, kurma ajwa... dan ketiga kurma kering. Kenapa kita mesti beli kurma di bumi Mekah dan Madinah adalah kerana untuk mengambil keberkatan daripada doa Nabi saw. 

Kata ustaz lagi tak pa la kalau kurma tu dari Jordan ke dan dibeli di Mekah atau Madinah. Yang penting ada proses timbang semasa kita membeli di Mekah dan Madinag. Proses timbang itu yang didoa oleh Nabi saw dalam mencari keberkatan. Oleh itu, mesti dibeli kurma dari Mekah dan Madinah untuk mengambil kerberkatan daripada doa Nabi.

Kata ustaz lagi apa yang Nabi makan kita makan jer la mungkn boleh dijadikan ubat dan ia baik untuk kesihatan kita.

InsyaaAllah...



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.