Enter your keyword

Friday, July 31, 2015

Kad Raya Ekatikah sweetsour93.blogspot.com

By On 10:58:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Terima kasih sis Ekatikah dari blog http://sweetsour93.blogspot.com/

sudi menghantar kad raya yang cute ini... sebenarnya saya tak ingat segmen apa yang saya join ni, dan masih tak ingat!
dah lama tak dapat kad raya macam ni... dan ini kad raya pertama saya.... selalu  duk tengok kad raya dua muka...

terigat zaman kecik-kecik dulu saya memang suka beli kad depan belakang ni
maklum ler masa kecik kan darjah 3, 4 tu, tak ada duit banyak.... mak ayah hanya bekalkan berapa sen sahaja kan ke sekolah....

duit yang beberapa sen itu la disimpan beli kad raya yang mampu..... memorable sangat kad raya ni.....


appreciated sangat...

Semoga sis dan kelurga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu....

Thanks sis

Allah Ya Syakur,,,

:) 

Istanbul Aku Datang

By On 9:30:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Setelah istikaroh, aku dapat jawapannya semalam untuk Istanbul Aku Datang. Mak aku berapa kali call petang malam, suruh aku pergi ke Istanbul tu.... Peluang, rezeki, nikmat Allah bagi katanya, jangan dilepaskan.... 


Aku diam.... bagi aku adakah itu satu nikmat untuk dunia, atau akhirat? Pandangan aku lain dari mak ayah ku.... Aku tak nampak apa hebatnya nikmat dunia..... apa perlunya nikmat dunia.... adakah nikmat dunia dapat menolong ku di akhirat kelak??? bagi ku peluang Allah bukan sekali..... kelmarin aku hubungi pendaftar, tanya ada apa-apa implikasi untukku tak kalau aku tak pergi ke conference itu. Katanya "tak", tapi kau kena maklumkan awal.... maknanya tak ada apa masalah dan aku kena buat surat makluman kenapa aku tak mahu pergi....

ermmm..... allhamdulillah.....

Bak kata rakanku mereka (majikan ku), lagi ok kalau staf tak pergi coz mereka tak perlu bayar claim.... hehehe,,,,

Untuk ke sana, walaupun poket ku zero, aku berusaha untuk mencari dana, namun Allah datangkan asbab tertangguhnya kelancaran tersebut.... itu maknanya Allah Ya Baari tak benarkan aku ke sana... aku dah usaha sedaya upaya ku, asbab yang Dia datangkan pada ku mungkin memudharatkan aku kalau aku ke sana juga....

Semalam, aku call mak aku explain, aku tak jadi ke sana.... dengan asbab yang didatangkan kepada ku...

Bagi aku, peluang bukan sekali.... semua Allah Ya Alim, yang maha mengetahui, Ya Baari, yang maha mengatur, menyusun segalaNya.... 

Allhamdulillah,,,, terima kasih Ya Rabb.... 


Sunday, July 26, 2015

Grab or Not : Poket Ku Zero Untuk Ke Istanbul

By On 1:45:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Minggu lepas setelah masuk ofis, bila buka emel, ku dikejutkan dengan berita permohonan untuk ke international conference di Istanbul diluluskan..... terus aku ke pusat pengajian untuk mendapatkan surat tersebut...... tak tahu nak rasa apa...... apa call tanya pihak pendaftar, tentang perkara tersebut. Sebenarnya aku tak mengharap untuk pergi kerana aku langsung tak buat apa-apa preparation dari segi budget terutamanya.... setelah permohonan ku pada pertama kali tidak lengkap,,,, al maklum lepas rayakan nak gaji lagi sebulan.... huh.... mana nak book ticket, penginapan, bayar yuran conference dan sebagainya.... poket aku memang zero sekarang ni....

sumber google
It's ok aku dapat tenangkan fikiran, hati ku.... aku terus mengadap Dia Ya Baari.... kerana aku tahu Dia yang susunkan segalanya.... dan aku berserah segalanNya untuk Dia uruskan.... sepertimana Dia menguruskan alam ini langit dan bumi planet-planet, makhlukNya sebesar-besar planet sekecil-kecil makhluknya seperti bakteria dan sebagainya dengan semudah "kun faa ya kun"... 
Bila kat Langkawi baru aku sampaikan berita ni pada en husband.... aku budget permohonan ini tak lulus kerana last minute dan lambat untuk dapat jawapan. Biasanya kalau keputusan lambat diterima, dan permohona last minute, permohonan tersebut tidak lulus yang aku tahu.... dan aku memang tak mengharapkan apa-apa.... tak kisah la sangat.... kerana bulan Ogos aku ada AGM Asmaul Husna.... aku teringin sangat untuk attend AGM tu....

Sekarang, cuma ada 3 minggu untuk aku settlekan semuanya sebelum ke sana 12 Ogos 2015.... supervisor dan ketua ku sudah beri keputusan supaya aku join..... dah dapat, kenapa nak lepaskan peluang.... apa yang penting apa yang kita buat biarkan niat kita kerana Allah.... jika ini adalah platform ku untuk menjadi khalifahNya, permudahkan jalan ini Ya Allah Ya Baari....

Aamiin....

Percutian yang tidak dirancang ke Langkawai

By On 1:11:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah.....
Memang sudah agak lama 5 tahun rasanya tidak ke Langkawi....

Jumaat petang, jiran depan rumah ajak pergi Langkawi kerana jiran sebelah rumah dah pergi pagi Jumaat ada kursus di sana. Pada mulanya, jiran depan rumah duk melawak dengan en husband nak ikut sama.... Last minute, lawak punya lawak terus kami dua keluarga ni nak pergi sama..... Terus solat Asar bersiap bertolak ke Kuala Perlis.... Dari rumah kami setengah jam saja...... haha.... lawak betul dapat tiket pukul 7 feri terakhir, dan jiran sebelah rumah terus booking bilik untuk kami dua keluarga, dapat rate murah kerana harga mereka berkursus di hotel tersebut dengan RM100 + breakfast di Langkasuka Hotel bersambungan dengan Langkawi Parade. Normal rate RM180...



Kali pertama adik Zara Adelia ke Langkawi



Macam terkejut pun ada, biar betul nak p Langkawi ni, ye la time tu dah pukul 4.45 petangkan.... memang tak plan apa....

Bila tiga keluarga kat Langkawi erm.... haru la.... tapi pergi bukan untuk shooping, semua masing-masing tiada budgetkan, baru lepas raya..... cuma untuk relex cuci mata sahaja..... hehehe....


 Bilik yang sangat selesa


Ala carte menu yang sangat berpatutan


Sempat singgah beli minyak gamat di Nusantara


Singgah di Kompleks HIG


Waktu untuk pulang



Selamat tinggala Langkawi, InsyaaAllah ada rezeki kami datang lagi.... bertolak pulang kelmarin juga feri terakhir 7 malam....


Terima kasih Ya Rabb bawa kami ke sana....

Raya 2015

By On 1:11:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... allah Ya Syakur...
Syawal 10 baru dapat update entry...

Seminggu balik kampung tak terasa. syukur Allah Ya Baari susunkan kami beraya di kampung. Terima kasih Ya Rabb.... raya kali ini sangat sederhana. Allhamdulillah tanpa pembaziran. Maaf kerana kesederhanaan kami yang Allah berikan ini tidak dapat membawa buah tangan untuk keluarga pada kali ini... kesederhanaan tahun ini baru dapat ku rasa, mereka yang susah tanpa langsung memikirkan baju raya dan sebagainya.... tanpa ku fikirkan sebelum ini, tanpa ku rasakan sebelum ini.... Sangat nikmat rasanya, tanpa fikirkan dunia. Namun, adakala hati juga tersentuh hiba kerana tidak dapat membeli baju raya pada mak dan ayah, tidak dapat beli kuih raya pada keluarga.... Hanya ini rezeki kami kali ini, dapat beraya di kampung sangat kami syukuri.... semoga mereka dapat menerima kami seadanya....

Bayangkan mereka di luar sana tanpa tempat tinggal, makanan dan sebagainya.... langsung tidak fikirkan apa itu hari raya....


Kemeriahan raya dapat berkumpul bersama keluarga sangat dihargai....






dan kali ini syukur Allah Ya Baari susunkan pula, dapat jumpa kawan-kawan walaupun tak semua.... Ingatan ini selalu pada kalian walaupun terputus di alam maya sekejap.... maaf kerana terpaksa memutuskan silaturahim di alam maya tapa whatups, facebook dan sebagainya....


sahabat dari kecil membesar bersama


Raya tanpa kemeriahan majlis kenduri tidak dapat dinafikan... allhamdulillah dapat kami sekeluarga menghadiri kenduri dan merapatkan silaturahim berjumpa keluarga dan sanak saudara yang lama tidak bersua....
Sempat bertandang ke majlis aqiqah Puteri sulong Dato Muzri dan Datin Fefe penerbit novel Karya Seni...







Thursday, July 9, 2015

Terapi Penghayatan Asmaul Husna Dalam Pekerjaan

By On 12:57:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Minggu kedua Ramadhan, minggu lepas kami sempat mengadakan cerawah Penghayatan Asmaul Husna Dalam Pekerjaan kepada staf dan jururawat Hospital...


Seronok sangat dapat join aktiviti ni..... yang penting tujuan utama untuk menyebarkan dakwah, menyambung perjuangan Rasulullah saw....


Ni momen, dari tahun lepas lagi mengidam nak duk belakang ni.... di hadapan dipenuhi dengan buku dan pamplet zikir Asmaul Husna.... tak terkata rasanya bila Allah Ya Baari' susunku ke sini.... Aku ingatkan tak ada peluang dah nak join.... Allah suruh ku sabar rupanya....

Tapi, sekarang aku masih slow lagi dalam aktiviti dakwah ni, kekangan family ada juga.... dan juga masih belajar dan banyak kena belajar.... kenal diri, jadi hamba Allah dan khalifahNya.... tolong ajatkan ku Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid....

Tapi aku yakin Allah akan permudahkan niat kita untuk buat baik demi untuk menyebarkan agama....

InsyaaAllah....

Seronok Jadi Cikgu Sekolah

By On 11:44:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Kelmarin ke sekolah lagi untuk buat kutipan data.... seronok kat sekolah jumpa para pelajar ni..... teringat masa zaman sekolah dolu-dolu.... hehehe.... bila aku masuk kelas tu diaorang siap bangun, bagi salam, baca doa.... Alamak..... segan la pulak.... rasa dihargai sangat....


 Syukur, Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' mempertemukan ku dengan hambaNya yang baik-baik sudi menolong ku....


 Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...


Ku doakan semoga kalian berjaya dunia akhirat sebagai hambaNya yang abadi dan khalifahNya di muka bumi ini....

Amin Ya Rabbal a'lamin...

Ramadhan ini mengubah cara makan ku

By On 11:20:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

google image

No more excited for eat
Masa sahur tadi, aku tanya en husband nak beli gulai ayam kg ni lagi ke hari ni..... dia kata nak! dia lak tanya aku, aku tak kisah makan apa pun.... ada makanan apa pun aku makan..... dia tanya lagi, takkan tak ada rasa teringin nak makan apa??? aku cakap tak ada..... ikut la apa pun.... dia kata, ok kita tengok..... "akok nak",,,,, kalau ada makan, aku jawab..... dia tak percaya apa yang aku cakapkan.... seolah macam aku tipu.... kekeke

Teringat Rasulullah makan
Serius ni, betul Ramadhan kali ini aku tak excited nak makan apa pun..... ada makanan aku makan!..... tengok makanan, hati aku kata no! walaupun mulut kata sedapnyerrrr,,,,, yumyum.... bila kat hati teringat Rasulullah saw dan keluarga baginda makan terus aku jadi tak kisah..... apa yang husband aku beli aku makan..... Bulan puasa aku memang off masak.... kalau tahun lepas sampai gaduh ngan en husband aku nak masak itu dan ini.... Tahun ni sangat berbeza.... langsung tak kisah tentang makan.... Baru sekali kami berbuka kat luar.... en husband tanya nak makan kat mana..... aku cakap tak kisah la kat mana, nak berbuka jer pun.... hehehe....

Persiapan Raya
Apa pun heran, heran, heran,,,, bila hati tengok something yang new, aku dengan heran aku tu bertukar..... memula memang da plan nak beli kek bawa balik kampung dua buah rumah..... tapi sekarang persiapan raya kuih or biskut raya tiada apa..... aku serah je la pada Allah Ya Baari' kalau Dia bagi aku beli, aku beli la bawa balik kampung....

Nak pergi melawat rumah orang-orag tua
Hari ni aku cuma fikir nak p melawat rumah orang-orang tua di Kangar..... tapi aku tak pasti Allah atur atau tidak, aku serah jer kepadaNya.... kerana takut tahu en husband tak bagi aku pergi....

Konklusi
Bak kata seorang hamba Allah, bulan Ramadhan ni kita dah jalankan tugas seperti khalifahNya, ibadah buat dengan baik, semua sederhana.... bila masuk Syawal cuba "paku", apa yang kita buat masa Ramadhan supaya tidak terlerai.... bila makan raya pun sederhana jangan semua nak makan..... yang penting solat-solat sunat jangan terlerai..... cuba bentengkan diri "mengasingkan diri sekejap" untuk solat sunat dan baca Al Quran sepertimana yang di lakukan semasa Ramadhan!!! Kalau tidak berjaya membentengkan diri, back to normal.... sama la kita orang yang tidak diberi petunjuk olehNya.... macamana nak jadi hambaNya yang bertaqwa katanya! Bentengkan diri dengan zikir Asmaul Husna "Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin", "Ya Ghohhar, yang maha menundukkan" supaya allah tundukkan nafsu makan kita, nafsu shopping kita dan sebagainya.....

InsyaaAllah, mujarab...
Tepuk dada tanya iman apa yang anda nak semasa hidup yang sementara di dunia fatamorgana ini???


Monday, July 6, 2015

Program Ziarah Anak Syurga di Taman Syurga

By On 12:51:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah
Pagi tadi aku dam team sempat menziarah  anak-anak OKU di Taman Sinar Harapan Jitra  Kedah.

Allah Ya  Barri  menyusun dan mengatur kami ke sini...


Sesi penerangan  tentang taman sinar harapan. Penghayatan anak-anak OKU di sini seramai  79 orang umur bawah 15 tahun. Mereka datangnya dari seluruh Malaysia. Mereka di jaga oleh 20 pekerja.


Mula melangkah masuk asrama pertama aku dah mula sebak. Ya Allah... semalam  aku doakan Allah supaya Allah Ya Fattah buka jalan untuk ku melawat taman-taman syurgaNya. Aku tahu bulan Ramadhan  Allah  bukakan semua pintu syurga tapi aku tak maksud kan taman  syurga  kuliah  agama. Aku tak pasti apa aku minta yang pasti aku nak melawat taman syurga Allah.


Dan...... hari ini aku sangat tersentuh! semasa kami diberi penerangan tadi, sahabat ku ada menyatakan anak-anak OKU ni semua anak-anak syurga... kemudian pegawai taman sinar ini menyampuk, mereka semua berada di taman syurga.... aku tersentak....
Subhanallah....
baru semalam aku minta, ini rupanya taman syurga yang Allah makburkan doa ku...


Macam-macam gelagat anak-anak syurga ini membuatkan kami tersenyum, suka, malah sebak.... Aku salut dengan para pekerja di sini... Riak mereka sangat gembira dengan anak-anak ini... Semua asrama yang kami lawati para pekerja sangat happy go lucky dengan anak-anak syurga ini... Sangat sabar mereka... Mereka orang yang terpilih oleh Allah swt untuk menjaga anak-anak syurga di taman syurga ini....


Mereka yang tinggal di sini adalah daripada keluarga mereka yang menghantar kerana tidak mampu dan tidak mahu menjaga mereka. Banyak kes anak-anak ini daripada anak terbuang, anak tidak saf taraf kes mahkamah, kemudian dihantar ke sini.... Pelbagai katagori cacat pada anak-anak syurga ni... Anak yang tiada biji mata, ada yang tiada dua-dua telinga, ada yang kepala besar dan perbagai kes....


Banyak yang ke belajar tentang kebesaran Allah pada hari ini... Allah Ya Syakur kerana melalui anak-anak syurga, dan semua staf di sini kami dapat mengenal Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Waddud... Ya Kabir Ya Mutakabbir, Allah Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Musowwir... Allah Ya Sabur....


InsyaAllah ada rezeki Allah Ya Baari susunkan, kami akan datang lagi... Terima kasih kepada warga Taman Sinar Harapan yang sangat ikhlas menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini....
Semua kalian warga Taman Sinar Harapan dirahmati allah swt...

Aamin Ya Rabbal A'lamin...

Popular

Follow by Email