Enter your keyword

Tuesday, April 28, 2015

Sesibuk Mana Pun Anda Sibuk Lagi Allah Ya Baari'

By On 9:37:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Allhamdulillah... dapat menjengah ke sini.... dalam duk menyibukkan diri (hihihi) dengan urusan dunia adakalanya adiberikan ruang untuk mencari ketenangan abadi, itu adalah sesuatu yang sangat bermakna... tanpa diluah dengan perkataan...

Sibuknya Aku!!!
Dalam tiga empat hari ni ku memang sibuk ada perkara yang perlu diselesaikan... masuk library, tulis jurnal,  keluar library, ambil anak sekolah, settle makan minum mandi solat dia, hantar lagi ke sesi petang, bergegas semula ke library menyiapkan apa yang patut...

Allhamdulillah, kelmarin siap satu jurnal....

Namun, apa yang ada didepan mata pada zahirnya terlihat... dan apa yang terlihat itu tidak semua yang betul....

sumber : google
Bergegas pula jumpa dekan... Allhamdullih, dapat ilmu baharu dari Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.... walaupun banyak yang slapnya pada yang terzahir pada jurnal itu... Namun, ku sangat bersyukur dengan ilmu yang diberikan untukku melalui dekan....
Terima kasih Ya Rabb... sesibuk mana pun aku, hidup aku engkau yang susunkan... Allhamdulillah tiap apa yang Engkau berikan kepada ku susah atau senang, ia membuatkan aku lebih dekat dengan Mu!!! cabaran atau dugaan, aku terima dengan readha.... walaupun di hati ada kegelisahan, namun bila ku dapat mencari masa dalam masa sujud untuk Mu, ketenangan teramat dapat ku rasa....
Kita sering mengaku diri kita sibuk bak situasi ku di atas! Bila lihat dengan mata hati Allah Ya Rabb lagi sibuk.... semua makhluknya manusia, binatang, tumbuhan semua Dia yang aturkan, yang susunkan.... mana yang lagi sibuk, kita atau Allah...??? Hidup kita pun Allah yang aturkan... bagus sibuk dunia, tapi jangan lupa sibuk itu datangnya dari SIAPA???

Bab Menulis
Selama ni memang duk gelong, tak tahu nak menulis walaupun dari tadika duk belajar menulis... ditambah pula penulisan dalam bahasa Inggeris, memang ku yang terror sangat... berpeluh gak la habaq hang walaupun duk dalam library kedinginan.... peluh dalam susah untuk digambarkan.... hihihi

Sumer: google 

Ilmu Allah sangat luas
Seluas bumi ciptaanNya Al Khaliq begitu jua dengan ilmuNya... berlapis-lapis langitNya ada 7 lapisan semuanya... tersangat luas ilmu Allah dan Dia sangat sibuk dan bandingkan kita!!! percaya la mahu pun kita sedar atau tidak, cuba tengok hujung jari anda... apa yang anda nampak??? apa yang anda fikirkan??? banyaknya ilmu di situ!!! Ya Zair Ya Bathin....
Seluas bumi Allah, langit, bumi, matahari, planet, bintang, sesibuk itulah Allah Ya Baari'... hebatnya Dia nak dibanding apa la sangat aku ni, sibuk hujung jari jer Allah bagi dah mengaku diri ku sibuk....

Sunday, April 26, 2015

Anak Bijak Dengan Nama Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid

By On 9:18:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Semakin Bijak Dengan Nama Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid


Kebijaksanaan anak kita bukan kerana hebatnya kita,
bukan keran hebat dan bijaknya genetik kita,
bukan hebatnya pendidikan yang kita berikan
bukan hebatnya penjagaan pemakanan kita semasa mengandungkan mereka.
ia kerana hebat, bijaknya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid...

Anakku, selalu aku segan bila dibandingkan
selalu aku segan bila mereka diperkecilkan
walaupun sddikit di hati agak terasa...
Namun, kini tidak lagi ku mengendahkan semua itu....
aku sedar sedanya,
bukan pujian manusia yang aku harapkan
bukan sanjungan manusia yang aku pinta
biarlah mereka membesar dengan susunan Allah Ya Baari'
biarlah mereka membesar dengan ajaran Allah Ya Alim Ya Hakim Rashid...
Kepada Mu aku berserah segalanya anakku ini...
Engkau yang punya ke atas mereka
Engkau yang berhak ke atas mereka
Mereka cuma pinjaman untukku
Engakau Ya Baari' aturkan kehidupan anakku menjadi abdi Mu yang sejati
serta khalifahMu mewarisi perjuangan Nabi Mu....
Zikirlah untuk anak anda Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid (40x) selepas solat atau waktu anda terluang....

Aamiinnn...


Allhamdulillah

By On 8:53:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allhamdulillah... syukur... Salam sayang buat semua keluarga besar blogger... 

Minggu ku yang sangat tuft... dengan pengejian ku serta perkara bersangkutan pengajian yang harus ku selesaikan. Khamis lalu, seperti biasa aku ke perpustakaan... Tergerak hati untuk emel pada sesorang yang merupakan orang penting yang menguruskan pengajian ku.... Bila dia reply emel ku, katanya dia belum menerima permohonan ku.... dan dia tanya bila aku hantar. Aku maklumkan kepadanya aku telah menghantar permohonan tersebut seminggu yang lalu di school ku untuk disahkan oleh ketua ku dan school akan hantar direct padanya....


Berita yang mengejutkan membuatkan aku kalut, sedang dateline telah lepas.... dia kata dia akan tunggu permohonan dari ku... Sedikit! membuatkan ku mula lega... 

Selepas ambil kakak Putri di sekolah aku terus ke school untuk check di mana sangkutnya borang aku.... Ya Allah rupanya, ada satu borang aku tak lengkap menyebabkan ketuaku tak sahkan... Manakala, P.A lupa nak inform aku.... Ya Allah... aku bersyukur sangat kerana Allah Ya Fattah membuka jalan untuk ku pada hari itu... Kalau tidak aku tak tahu status permohonan ku....

Allhamdulillah.... Terima kasih Ya Allah... 


Tuesday, April 21, 2015

Sumbangan Dua Juta Pound Dari Hamba Allah

By On 9:59:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang...

Pagi yang berkat...

Memulakan pagi saya di perpustakaan... allhamdulillah... line intenet di sini lagi ok berbanding di bilik ofis saya....

Perkara utama saya membuka emel, terus saya click pada junk folder... takut kalau ada emel penting dari luar. Bila tengok emel tu dari hamba Allah yang saya tak kenali... ingin memberi sejumlah wang yang besar pada saya! Saya tersenyum.... 

(Saya terus stopppp kejap kerana ada sesuatu memanggil saya di belakang......) 

15 minit berlalu....

Saya kembali ke meja latop saya, memperincikan bacaan emel tadi....


Ya Allah alangkah baiknya Puan Aishah ni memberikan sejumlah wangnya yang banyak itu kepada anak yatim, rumah tahfiz dan sebagainya yang sangat memerlukan sumbangan daripada hamba abdi seperti Puan Nur Aishah binti Ahmad yang mempunyai sifat Allah Al Barr.... yang maha pemurah memberi derma....
Contoh:

Lot 1889, Kg Sentosa, 09400 Padang Serai Kedah.
Facebook : https://ms-my.facebook.com/darulmumtaz
Sumbangan dan wakaf :
Bank Muamalat atas nama Madrasah Darul Mumtaz (02030002416712)
Hubungi : 012-573 7799 Ust Tn Hj Azrin bin Othman

Klik Senarai di bawah untuk sumbangan ke rumah anak yatim di Malaysia.... aku jua pernah ke rumah anak yatim untuk memberi si sumbangan yang tak seberapa... Ini lagi lah Puan Aisyah yang banyak duit milik Ya Malik Ya Ghani Ya Mughni tak tahu nak bagi pada siapa... erm... 

Senarai Rumah Anak Yatim di Malaysia


Sebenarnya banyak kali saya menerima emel sebegini rupanya... tapi kali ni terasa ingin berkongsi dengan semua....

Harapan

Semoga Allah Ya Nuur Ya Hadi Ya Haq memberi petunjuk, hidayah dan jalan yang benar di manakah Puan Aisyah mahu salurkan duit peninggalan arwah suami Puan Aisyah yang sebenarnya dan saluran yang tepat... Disamping mendapat pahala berganda-ganda dari Allah Ya Razzaq, Ya Ghani Ya Mughni.... dan semoga Allah Ya Fattah Ya Salam membuka jalan mensejahterakan Puan dari penyakit yang dialami.... serta Ya Allah Ya Affu, Ya Ghaffar Ya Tawwab memaafi, mengampuni serta menerima taubat Puan Aishah dan meringankan beban yang dialami... Aaamiiinnnn....


Monday, April 20, 2015

Memulakan Langkah di Sekolah Rendah

By On 1:15:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin, aku ke sekolah anakku menunggu dia habis KAFA. Biasanya kalau petang aku hanya tunggu dia di dalam kereta luar sekolah. Memandangkan aku datang awal aku masuk dulu di halaman sekolahnya... Jumpa dengan anak ku. Dia nak solat dulu, ustazah suruh solat. Hari ni giliran mereka tahun satu dan dua solat berjemaah....

Tunggu mereka solat aku merayau di sekolah. Tengok sekumpulan pelajar sedang trainning bola tampar...


Aku mula fikir.... Lama rasanya tak main sukan ni... kat sekolah dulu aku bukan kaki sukan walaupun minat tegedik nak join sukan sekolah, tapi malu terlebih... Alangkah rugi rasanya... dibiarkan berlalu begitu sahaja minat yang ada... ikut kawan satu hal... confident level very low... itu yang masalah, tiada pendorong....

Sekarang...
Aku seronok, walaupun tak main sukan tapi aku boleh jogging seorang diri, apa sahaja aku buat seorang diri tanpa dipengaruhi oleh orang sekeliling ku... Aku juga seronok apa yang aku rasa aku nak buat, aku akan buat.... 


Kaki melangkah penuh daya upayaNya sambil mengecapi keindahan, keamanan, pagi ciptaan Ya Khaliq... aku sangat tenang di sini... padang golf yang terbentang luas 9 + 9 lubang sarapan pagi untukku meneruskan hari-hari berlalu.... berbekalkan ilmu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, yang diberikan melalui cikgu vokal Puan Siti Hajar aku adapatasi ilmu pernafasan yang betul semasa berjogging... Tanpa sedar kaki melangkah dan terus emlangkah tanpa rasa termengah... 

Suka, Lonely Process
Sangat suka... kerana lonely process ni buat aku rasa freedom.... aku boleh masuk ofis 7.30 pagi, jogging, mandi kat mana aku suka (biasa puasat Islam), the best facilities.... Allhamdulillah... the masuk ofis or library continue the lonely process...

Kesimpulan
Anak kita, ada bakat semulajadi, asah mereka dari kecil, jangan biarkan mereka malu untuk melahirkan bakat semula jadi mereka...

Allhamdulillah.... terima kasih Ya Rabb....

Sunday, April 19, 2015

Pergantungan Sepenuhnya Pada DIA Ya Rabb

By On 3:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Ahad, saya sayang... 


Kebelakangan ni, memang banyak perkara berlaku pada ku dan orang di sekelilingi ku. Ada yang rumah kena pecah masuk, ada yang sakit, ada yang meragui ketetapan Allah... macam-macam lagi. 

Apa yang aku dengar bila ada saja peristiwa, kejadian yang berlaku pada mereka disekeliling ku, rungutan, dengusan, menyalahkan itu dan ini yang disuarakan. 

Konsep Redha
As a Muslim, what happens to us, it is a fate, determine!.... we must open our heart accept all with our faith... (hihi speaking London).... tak perlu kita takut, fobia, trauma, salah kan orang ini dan itu.... (maaf kalau aku silap mentafsir)... mungkin orang cakap, ia tak kena kat aku, sedap ler aku nak cakap "readha" "readha"..... 

Kebergantungan Sepenuhanya Kepada Allah Ya Baari'
Pada aku ia adalah "kebergantungan kita pada Allah Ya Baari'"... Dia yang menyusun sepenuhnya kitaran hidup kita... kenapa kita nak salah kan itu dan ini.... kalau betul kita beiman kepada Allah, kita akan bergantung sepenuhnya kepadaNya... tiada lagi kita risau anak kita kat sekolah macam mana? suami kita kat luar macam mana? kaum keluarga kita macam mana? nak pergi sini tak boleh takut! takut kena ragut! takut kereta kena curi! takut rumah kena samun! semua takut!.... secara tak langsung dalam diri kita ada satu perasaan tidak percaya!

Hilangkan Perasaan Curiga, Takut Was-was kerana Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Sentiasa Bersama
Perasaan tidak percaya ini adalah mainan syaitan.... perasaan tidak percaya ini sama lah kita tidak percaya kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin yang maha menjaga, memelihara serta melindungi kita... di mana sahaja kita berada kita sebenarnya tahu allah sentiasa di samping kita. Namun, keyakinan kita kurang kepada Allah menyebabkan kita sentiasa diundang perasaan curiga... di sini kita boleh mengukur setakat mana tahap kebergantungan kita kepada Allah Ya Rabb.... kita sentisa was-was dan dilanda perasaan takut dan curiga!... kadang-kala kita nak buat kerja baik pun takut. Takut dek was-was dengan orang jahat....

Contoh dari kisah benar,
seorang hamba Allah dia tidak pernah kunci rumahnya apabila dia keluar ke mana saja..... keran keyakinan yang kuat terhadap kebergantungan dia kepada Allah swt.... beliau bukan sebarang orang rumah sudah tentu mewah. tapi dia yakin isi rumahnya kebanyakan dipenuhi dengan ilmu Allah dan harta akhirat. Bagi beliau, tidak pernah risau walaupun pencuri hendak masuk ke rumahnya. Cuma ada tv besar yang melekat di dinding.... kalau pencuri nak masuk di rumahnya ambil tv, katanya itu lah tv terakhirnya.... harta yang lain ialah kitab-kitab, dan buku-buku dan sudah semestinya pencuri tidak berminat dengan kitab-kitab serta buku-buku.... Subhanallah....

Kalau la kita agaknya keluar rumah tak kunci pintu memang takut rumah di masuk pencuri kan.... kerana banyaknya harta dunia di dalam....

Harapan : Semoga Kita Bergantung Hidup Sepenuhnya Kepada Allah
Jangan salah faham konsep yer.... maksud yang aku terangkan ialah "kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah".... dan tidak menyalahkan takdir, menyalahkan sesiapa dengan apa yang berlaku kepada kita mahupun orang sekeliling kita..... contoh sakit ada caranya kita bergantung kepada Allah swt.... dan qiammulai adalah cara yang terbaik membuang keburukan dalam diri kita.... jom sama-sama kita amalkan....

Wallahuallam....

Saturday, April 18, 2015

Jom Pekena Gulai Ikan Temenung Mak Teh Kuala Sanglang

By On 3:07:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.... Salam kasih sayang dariNya Ya Rahman YaRahim yang sentiasa mengsihi menyayangi kita.... Salam sejahtera jua ku sampaikan buat semua pembaca....

sori la yer kurang jelas signbord mak teh
Edisi jejalan kali ni ke Kuala Sanglang... Tempat ni dah lama sangat kami nak pergi. Duk janji dengan jiran-jiran dan dah pergi pun dengan jiran-jiran tapi kedai ni tutup.... Sampai la tahun ni, baru rezeki itu ada untuk kami merasa makanan di kedai ni....


 Allhamdulillah, Allah Ya Baari membawa kami ke sini....

Kalau orang luar dari Kedah Perlis, memang p serang Kuala Perlis la nak makan seafood kan... tapi kami dah lali dengan Kuala Perlis tepi laut tu.... makanan situ mahal boleh tahan, nak kata sedap biasa la, kalau tempat femes, tak sedap pun jadi sedap....


harga sepinggan udang goreng mak teh ni RM6 tuk dua kepala. Mak Teh kira kepala... haha... faham kan.... imagine, harga 1 kepala RM3... murah sangatkan.... yang penting seafood Mak Teh ni fresh dari laut tau... sebabnya depan kedai Mak Teh ni pangkalan hasil tankapan laut di bawa naik. Kalau pergi time isyak tu memang boleh beli ikan fresh la....


Yang ni signature Mak Teh gulai ikan termenung. Ni kami order ikan sembilang, Mak Teh buh sekoq ikan termenung... terima kasih. Ikan sembilang ni macam ikan keli tapi dia ikan laut. Belum pernah juga kami makan, Sedap boleh tahan isinya ditambah lagi gulai Mak Teh memang mabelessss....

sebelum ni kami duk pergi minum nira Nipah kat Kuala Sanglang.... oouuuhhhh memang sedap manissss sangat airnya.....

Kali ni tempat yang dah lama mengidam ni, kedai "Gulai Ikan Temenung Mak Teh".... Allhamdulillah terlaksana jua rasa gulai mak teh....

Terima kasih Ya Allah Ya Razzaq....


Nira Nipah Kipli (part 2)

By On 3:03:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allahmdulillah, kali kedua kami ke sini...


kali ni kami pergi bersama-sama jiran-jiran, tiga keluarga termasuk keluargaku....







seronok tengok anak-anak seronok...
seronok dan tenang sangat dikelilingi tumbuhan hijau ciptanNya ini....

Family Time

By On 2:58:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam Jumaat penuh barakah....

Allhamdulillah, last month my family (ayah dan makku) datang ke teratak ku.... dah lama mereka tak datang Kedah...


Boleh le mereka nak tengok kakak Amani pergi balik sekolah. Lepas ambil kakak Amani balik sekolah kami bawa tok pa n tok mie p jalan-jalan Perlis p minum air tuak nipah Kuala Sanglang.... Ni kali ketiga aku ke sini.... Kali kedua.... Kali pertama....


Anak-anak berdua ni belum pernah naik buaian. Kalau aku masa kecik dulu memang senang la kat tepi rumah-rumah ada buaian macam ni... sekarang susah nak dapat kalau tak kat kampung kan... rumah taman nak ikat tang mana... haha


tengok jag tuah tu... sedap sangat tau... tapi ada mereka yang tak gemar dgn manis dan rasa atau bau tuak nie... so, bagi ku semua ok... hehehe... tak leh nak paksa yang tak suka kan...

my lovely parents...


Kakak Amani still dengan baju sekolagnya, dek kami malas nak menyinggah kat rumah tukar bajunya... just drop tuk solat di masjid terus ke Kuala Sanglang.


At the night, dek kepenatan, nak masak mood pun dah penat, kami keluar makan di highway Unimap. Pergi tempat biasa kami makan di Arau, malam tu mereka tutup lak...


So, pekena tom yam kelapa.... tapi bagi ku biasa jer tom yam kelapa kat kedai ni....


Yang ni special skit, aku n en husband lum pernah makan.. kami order nak rasa.
Namanya mentarang! dah tengok kat tepi pantai Kuala Perlis ingatkan apa. Memang aku pun lum pernah tengok sebelum ni. Allhamdulillah, malam ni boleh rasa camana....
Boleh tahan juga ler, janji apa yang halal aku makan jer. Bak makan aku memang senang, apa yang nak milih sangat. Rezeki Allah yang bagi. Dia bagi kita terima sedanya... Concept hidup aku senang... kalau tak ada syukur.... apa nak pening.... 

Saturday, April 11, 2015

Kebebasan Mula Ku Rasa

By On 5:44:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dalam critical time (dengan pengajianku tidak sampai setahun lagi) ni sempat lagi aku blogging. Telah ku katakan hanya ini saja platform aku tika ni... no more facebook, no more social media lain. Kalau ada perkara penting yang aku terpaksa belek social media lain berkenaan kerja atau pengajianku, terpaksa jua ku sign in...


Tenang dan sangat gembira
Rupanya media sosial selama ini membuatkan aku tak boleh nak lekang di jari, di tangan, di kepala otak ku jua,,,,, tapi sekarang aku dah dapat freedom ku semula tanpa socila media..... rasa sangat tenang dan sangat gembira, sehinggakan henset aku 2 hari boleh tahan tanpa caj..... bateri ok, tak perlu aku risau kalau tak cukup bateri.... 

Pancaindera ku mula terjaga
Terima kasih Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, kerana pancaindera ku mula terjaga, otak ku juga mula terjaga.... mata ku, mulut ku, lebih lagi tangan ku, telinga ku jua.... terjaga mulut ku daripada termengumpat, terpelihara telinga ku daripada mendengar cerita yang tak baik,,,, mata aku tidak lagi perlu juling melihat jualan murah gila bagai..... sehingga kan isu semasa yang tak penting aku tak ketahui, isu negara, isu politik, isu ahli politik, tidak lagi ku ambil kisah..... tiada lagi hiburan atau drama tv yang membuatkan ku leka.... yang aku rasakan tak penting dalam hidupku, dengan erti kata lain yang boleh membuatkan ku lara......

Pada aku,,,,
sekarang apa yang aku perlu fikir pada saat kritikal ini adalah mencari diri aku menuju ke jalan syurgaNya, menjadi hambaNya yang abadi aku idamkan..... aku tahu jalan ku sangat berliku, susah sangat tapi aku tahu Allah Ya Wahhab sentiasa ada di samping untuk menolong ku....

Kekuatannya
Aku mohon kekuatannya Ya Aziz, Ya Qawiy Ya Matin, kerana aku sesungguhnya hambaNya yang terlalu lemat tiada sedikitpun daya upaya melainkan denga kasih dan sayangNya Ya Rahman Ya Rahim....

Maafkan aku
Dengan rendih diri aku mohon maaf kerana terpaksa menyepikan diri dari segala social media, terutama sahabat.... bagi aku sekarang sahabat adalah sahabat syurga,,,,, jom sama-sama kita buangkan cinta dunia, menuju ke jalan yang direadhainya.... letak lah dunia cuma digenggaman, akhirat, syurga, Allah dihati.... 

Emas Nilai Seorang Perempuan

By On 5:13:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber : google
Bila aku sampai ke penghujung baca buku ni,,,
aku terasa sangat takut!!!


Terus amku ambil telefon bimbitku
membuka al Quran digital...

Ya Allah memang ada
betul
betul
betul

Selama ni, aku cinta dunia
aku sering dipengaruhi dunia

jahilnya rasa
tersangat jahil
tak tahu maksud al Quran
hanya tahu baca saja
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan ALLAH SWT (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka di belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dulu" (At-Taubah:ayat 34-35)

Begitu juga dengan hadis Nabi S.A.W..Riwayat daripada muslim yang bermaksud:  " Tidak adaseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan digosokkan ke lambung dahi dan belakangnya.Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya."
Daripada sumber rujukan mereka yang pakar bab-bab emas ini, zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
 1. Zakat emas yang disimpan (tidak disimpan)
 2. Zakat emas yang dipakai

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
    Emas yang disimpan dan dipakai wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Nisab zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) ialah 85gram. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu'al-usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%) daripada nilai emas semasa sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya. Harga zakat emas yang dikenakan adalah mengikut ketulenan emas. Sebelum anda ingin membayar zakat, anda mestilah memberitahu ketulenan emas tersebut samada 999,916,875 atau 750. Pegawai zakat akan mengira berdasarkan ketulenan emas tersebut. Setiap ketulenan emas mempunyai nilai per gram yang berbeza untuk dizakatkan.

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
    Ya, barang kemas yang tidak dikenakan zakat selagi ianya tidak melebihi had pemakaian yang dibenarkan. Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5 % atas nilai emas yang dipakai. Nilai yang di ambil kira adalah nilai semasa sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Zakat emas perhiasan wanita akan dikenakan berdasarkan nilai uruf. Uruf bererti cara dan corak pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk pada lembaga zakat negeri masing-masing. Contohnya zakat emas di Terengganu dikenakan sekiranya emas perhiasan mempunyai berat lebih dari 850gram manakala di Kelantan emas yang dipakai tidak dikenakan zakat. Maklumat ini mungkin berubah dan anda haruslah berhubung sendiri dengan lembaga zakat negeri masing-masing mengenai kadar uruf masing-masing. Berikut adalah senarai nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia rekod pada 2008. (dah cuba cari uruf yg baru untuk 2011 tapi xjumpa fatwa baru utk stp negeri..)

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

yang ni aku ambil sumber dari tamisgold

Moral of the story:
Sekarang aku dah mula rasa emas perak, permata, berlian tiada nilai harga pada ku. Apa yang ada akan ku bagi pada anak kecilku. Aku pun memang tak pernah beli emas pada anak-anakku.... Apa yang nak dibanggakan? 

Memang tak dinafikan orang Kelantan tak sah kalau tak ada emas. Itu salah satu topik utama golongan wanita Kelantan. Sejak aku kawin aku tak pernah beli emas. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan emas permata. Aku mula bersedia untuk dikritik dipandang hina tanpa perhiasan dunia ini.

Aku bersyukur kerana aku tempat tinggal ku sekarang bukan dengan golongan yang sukakan emas walaupun keluarga terdekat sangat menyukainya.... tapi aku rasa tenang sangat tanpa perhiasan dunia di badanku... 


Sunday, April 5, 2015

Apa rasa bila tengok keindahan ciptaan Allah ini?

By On 11:00:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم














Popular

Follow by Email