Penceritaan Dalam Filem vs Penceritaan Dalam Al-Quran


Aku suka kata-kata ni....
hidup kita adalah kisah kita....

Dalam Al Quran, banyak cerita yang boleh kita ambil pedoman, pengajaran, pembelajaran semua tertulis dalamnya...

Satu perkara yang aku belajar tentang cerita, kisah hidup dan sebagainya, last Desember when I've attended the conference in my area (Film), aku banyak berkongsi tentang cerita, kisah dalam filem di Malaysia (Filem Melayu) bersama orang-orang filem baik dari education side and industry side... Ya Allah so many input output aku dapat...

Allhamdulillah...

Seorang kawan ni dia kaji tentang kisah cerita dalam Al Quran, dalam kajiannya filem Melayu tidak menyampaikan cerita seperti kisah dalam Al Quran.... Penyampaian tidak sampai kepada audien. Kalau dalam Al Quran kita maklum dengan cerita Nabi Ibrahim dan siti Hajar..... bagaimana mereka berpisah dan bagaimana mereka bertemu kembali... sangat menarik untuk kita mengetahiunya dari awal hingga penamat cerita....
Dalam Al-Quran penceritaannya mesti ada satu arah yang khusus jika dalam teknik penulisan di Indonesia ia dipanggil dengan gelaran "benang merah" itu adalah point utama penceritaan... (betulkan jika salah)
Apa-apa berlaku pada watak pun atau plot cerita ia tidak akan lari daripada point utama iaitu benang merah tadi.... 
Sebagai contoh dalam kisah dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tadi, mereka berpisah dan point utama di dalam cerita tersebut ialah "bertemu kembali". Bagaimana mereka hendak bertemu kembali.... Untuk mereka bertemu kembali, banyak sub plot dan sub plot contohnya seperti Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail, dan semasa mecari air Siti Hajar berlari anak, dan rintangan yang di laluinya.... Segala usaha yang dilakukan untuk dia servive sebab utama hanya satu untuk betemu dengan suaminya.....
Kelemahan Filem Melayu Sekarang
Filem Melayu sekarang banyak bercampur aduk dari segi ceritanya.... menyebabkan audien boring tengok sekali dan mula jemu.... kadang-kala langsung nak mau tengok.... mungkin kelemahan daripada penceritaan tidak seperti penceritaan dalam Al-Quran.... tanpa benang merah, cerita itu bercelaru..... banyak cerita dalam cerita, adakala tergantung dan tidak fokus pada tema utama.... 
Kalau tengok filem Hindustan filem Omputih, boleh tunggu sampai dua tinga jam.... Sudah tentu nak tahu apa akan terjadi, apa akan terjadi selepas ni.... and macamana ending kan.... that is resepinya.... tapi kalau cerita seram di Malaysia ia lebih fokus pada cerita tersebut "benang merah" tadi.... audien mesti nak tahu kenapa, apa, bagaimana, cerita itu.... 
Apa yang dimaksudkan dengan "bercampur aduk yang aku bold dalam rangkap di atas"???
Maksudnya : Jika satu filem tu temanya cinta. Cinta itu kepada siapa? Cinta sepasang kekasih? Cinta dengan Allah? Cinta anak ibu, anak ayah? Kisah cerita tu memang pasal cinta. Akan tetapi dalam melayari bahtera percintaan sepasang kekasih tu misalnya, ada dugaan-dugaan yang biasa sangat dalam cerita Melayu daram, filem ni.... Dalam bercinta tu pulak, wujudlah macam-macam watak kadang-kala tak tahu dari mana datangnya atau munculnya watak yang biasanya watak antoganis mahu pun sampingan yang kadang-kala mencelarukan perjalanan cerita tersebut. Di sini benang merah tadi telah hilang fokusnya.
Aku bagi contoh : aku tengok filem Don dan DonII... hahaha.... secara jujur tak ada la minat sangat filem Hindustan.... dan tengok bukan kerana Shah Rukh Khan. Walaupun dah berapa kali aku tengok filem tu tetap aku tunggu gak sampai habis nak tahu next and next what happen??? betul tak.... dan bagaimana peleraian cerita tersebut.... sama la kalau tengok filem omputih, mesti nak tunggu juga sampai habis nak tahu, nak tahu, nak tahu the ending erita tersebut kan.... itu adalah teknik penceritaan dalam Al Quran yang kadang-kala terlepas pandang.... 



Filem P. Ramlee ada teknik tersebut, sampai bila-bila tengok filem P. Ramlee pun tak jemu kan.... 

Contoh lain:
Cerita ni temanya pasal cinta, perjalanan percintaan sepasang kekasih ni tak tentu arah. MEmula aku tengok duk fikir apa tema cerita ni? Dari awal cerita duk berkisar pasal setinggan, penduduk fight supaya pemaju tidak merobohkan rumah mereka. Bila penduduk dan pemaju setuju dengan satu perjanjian terus hilang pasal setinggan tadi, then masuk kepada isu lain... Di sini yang aku cakap bercampur aduk tadi.... Dari segi watak dalam cerita memang berserabut... Entah kadang-kadang tak tahu dari mana muncul watak tersebut dan ada juga watak macam chipsmore... 
Kesimpulan 
Filem Melayu masih lemah segi penceritaan plot dan sub plot serta watak dan perwatakan. Bagi aku isu pengarah bagus ke tak bagus itu lain cerita. Aku percaya kat Malaysia ni pengarah dan krew penerbitan semua bagus. Cuma yang kurang dari segi skrip yang baik. 

Sangat menarik kajian tersebut. Semoga sahabat berjaya dalam pengajian... Aamiinnn....



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED