Enter your keyword

Sunday, July 20, 2014

Doa Perjalanan Sebelum Berlepas : MAS

By On 9:21:00 PM
Sudah empat hari berlalu kejadian MH17 ditembak...
Kesedihan yang belum reda dek kehilangan MH370 kembali menyelubungi negara...
Banyak benar dugaan kita rakyat Malaysia
Sedang kini negara juga tidak kurang selamatnye bila Sabah juga diceroboh dan tadi dalam perintah bekurung...


Dan kealpaan selama ini yang terlupa sebagai negara majoriti Muslim sehingga tidak mengendahkan doa sebelum sesebuah pesawat berlepas...

Allhamdulillah... semoga banyak lagi improvement akan di buat oleh MAS demi tuntutan agama...

In syaa Allah...

Wednesday, July 16, 2014

Kiki Kerja Kawin Al Kisah

By On 1:47:00 PM

cepat sungguh 
siap create fb lagi
huh
semoga 
Allah lindungi kita semua
dengan 
menjadikan
pengajaran 
serta pedoman


Wanita Peugeot versus "Aku Puasa" Ramadhan Kerahmatan Keberkatan

By On 12:51:00 PM
Bismillahirrohmanirrohim

Semalam tengok video wanita peugeot... nak ulas pun kesian... kesian kat uncle cina dan sangat kesian kat wanita itu... sebab kita di bulan Ramadhan... tingkalau menggambarkan perwatakan... yang penting kat sini di bulan yang penuh mulia penuh kerahmatan ni serta keberkatan seharusnya kita umat Islam sentiasa sabar...

Jika ada seseuatu perkara yang berlaku, tetapkan iman ye, (untuk diri saya sendiri) kata dalam hati
"AKU PUASA"....

itu maksudnya kita menerima rahmah dariNya... saya share dari beberapa siri ihya Ramadhan. Antara keistimewaan Ramadhan:

  1. bulan yang Azim - maksudnya mendapat habuan yang terus, Nabi saw sangat kagum dengan ramadhan kerana ia sangat istimewa. Janganlah kita mencacatkannya.
  2. Bulan Keberkatan - maksudnya berkat yang bagi senang kita faham iaitu "Allah Jaga". Sebagai contoh duit yang berkat Allah jaga. Kita tidak membelanjakan demi kehendak. cukup sekadar keperluan. Anggota badan kita Allah jaga. contoh mata yang berkat mata Allah jaga. Nampak tapi tak nampak. Maksudnnya kita ke tempat awam ramai berpakaian tidak menutup aurat tapi Allah jaga pandangan kita hati kita dari tidak nampak... sebab itu juga Rasulullah suruh kita bangkit sahur untuk mendapat keberkatan... Semoga Allah jaga anggota badan kita di bulan yang mulia ini seterusnya pada bulan-bulan mendatang sehinggalah bertemu Ramadhan kembali... in syaa Allah... Mendapat Kesenangan - semasa berbuka, semasa bertemu Allah swt. amat beruntung pada saudara kita yang meninggal dunia ketika bulan Ramadhan kerana dapat terus bertemua Allah swt. cth : semasa berbuka kita rasa sedapnya makanan kita. Rasa sedap itu siapa yang bagi? Allah swt... Rasa tnang iu siapa yang bagi??? tidak semua orang merasa tenang naik kereta mewah. Dan ada orang sangat tenang dan seronok walaupun naik kereta lama. Seronok, tenang, bahagia itu Allah yang bagi. Dan bahagia itu adalah KEBERKATAN
  3. Bulan yang di turunkan Al-Quran - yang terbaik "tadabur" dengan Al Quran-baca dan ambil pengajaran dari Al Quran... ada suka baca tapi tmalas nak faham isinya maksudnya (peringatan diri sendiri). Ia juga disebut bulan madrasah iaitu rebut fahami isi kandungan Al Quran.
  4. Puasa - yang terbahagi kerpad tiga iaitu puasa awa, khusus dan khusus dan khusus. Puasa awam puasa tapi tidak solat contohnya. Puasa khusus iaitu puasa dengan mengerjakan ibadah wajib serta menjaga mata, telinga, mulut, kepala seua anggota badan kita. Puasa khusus dan khusus iaitu puasa para nabi dan ambia...
  5. Bulan yang menghidupkan malam - bangun malam (qhiam) dan mulai menunaikan solat sunat dua rakaat dan selebihnya... bersolat terawih, kerana hanya bulan Ramdhan sahaja ada solat terawih. 
  6. Bulan Sabar : Bulan Ujian - sebagai contoh apa kalau naik kereta lambat, cakap dalam hati dengan perlahan-lahan "aku puasa"...
  7. Bulan Santun / Perihatin - bulan yang disuruh kita merasa bagaimana orang yang tak makan sehari atau berhari-hari sebagai contoh di India dan sebagainya... Dalam negara kita sendiri puan ada yang kita tak nampak... Bulan bersedekah walaupun seringgit ringgankan tangan kita. Satu kisah Saidina Ali a.s dan Fatimah puasa nazar 3 hari kerana kesihatan anak mereka Hassan dan Hussein kembali sihat. Apabila hari pertama hendak berbuka, datang fakir yang tidak makan berhari-hari lalu Fatimah dan Saidina lalu memberi kedua-dua keping roti mereka untuk berbuka... Mereka berdua meneruskan puasa kedua dengan perut yang kosong. Hari kedua mereka ada sepotong roti. Namun apabila tiba masa untuk berbuka rumah mereka diketuk kembali anak yatim kelaparan datang meminta makan. Mereka memberi roti tersebut dan meneruskan puasa nazar hari ketiga. Tiba masa hari ketiga mereka hanya ada sepotong roti dan memberikan kepada tawanan perang yang rakus telah membunuh orang Islam tapi sedikit dendam pun tidak ada dalam hati Saidina Ali dan Fatimah... malah mereka menolong dengan penuh keikhlasan tanpa menghiraukan diri sendiri yang tidak menjamah makanan. Berita tersebut telah sampai kepada Rasulullah s.s.w... dan Rasulullah solat dan bersujud kepada Allah swt. Malaikat Jibrail datang menyampaikan salam Allah swt kepada Rasulullah saw kerana kemuliaan, keperihatan, kesantunan keturunan Rasulullah saw. Dengan itu Allah berjanji jika sesiapa yang berselawat 1 kali kepada baginda Rasululullah akan diberikan pahala sebanyak 10 kali... "Allahuammasoliaala Saidina Muhammaa waalai saiyidina Mauhammad"  
  8. Bulan Rezeki Untuk Orang Mukmin - sebagai contoh anak-anak kita berpuasa jika jamu mereka dengan makanan sedap. Anak-anak yatim dijamu berbuka puasa dan juga orang-orang susah... kalau bulan lain susah kita dengarkan.. sebab itu bulan Ramadhan ini berlumba-lumba orang ISlam memberi makan kepada oarang yang memerlukan kerana kalau kita bagi makan hanya sebiji kura atau seteguk air untuk mereka berbuka puasa sudah kira kita mendapat pahala mereka yang berpuasa. Perlu diingat mesti ditolngi keluarga kita yang susah terlebih dahulu kerana ia lebih afdal. Ingatlah rezeki itu hidayah Allah... In syaa Allah...

Ingatan buat diri sendiri yang lalai... lalai itu adalah nafsu apa yang buruk dalam diri kita. Semoga bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini mendidik kita menjadi baik. Jika kita todak dapat semua itu alangkah ruginya kita dengan nikmat, kerahmatan dan keberkatan Allah swt...

sumber:mynewshub
malu sebagai wanita dan umat Islam bila anak uncle cina meluahkan perasaan itu.

Wallahualam...





Monday, July 14, 2014

Baca Parit German Teringat Memori ke Parit Raja

By On 1:04:00 PM
Pagi-pagi ni duk citer pasal kemenangan Jerman menjulang piala dunia 2014 masuk lak citer penduduk Parit German seronok dengan kemenagan itu...

Edisi flashback ke Parit Raja UTHM... Allhamdulillah sampai juga saya ke sana April yang lain... Jalan penuh berliku,,,

selfie sebelum bertolak

Dari Kedah saya dah keluarga naik keretapi Tanah Melayu dari Arau Perlis... Rumah saya lagi dekat pergi Arau dari Alor Setar...

stesen Arau




Keretapi pukul 6.45 petang... sampai KL Sentral hampir Subuh... Kali kedua kami naik keretapi.., memandangkan kenderaan yang ada takut tak sampai untuk kami ke Parit Raja kami ambil keputusan untuk ambil keretapi dengan kemampuan kami... Allhamdulillah...

 kakak memang seronok naik keretapi

 adik awal-awal lagi dah tidur
siannn

 nasi goreng ni RM5

daddy turun rehat kat luar

Dari KL Sentral keretapi ke Johor pukul 10.00 pagi kalau tak silap... tak pernah lak naik keretapi dari KL Sentral ke JB... bila dah ambil tiket tu baru perasan jauh rupanya..., dalam 4.00 petang baru sampai.... kalau naik bas lagi cepat kot...


muka penat yer kakak tunggu train nak ke Johor

Lama la perjalanan kami... sangat penat... tapi tak kisah la kan... Allhamdulillah... pukul 4 lebih sampai kat stesen Kempas dekat dengan rumah adik... kat setia tropikana kompleks emegresen...

 trip to Johor. tarain ni sampai ke Singapore


 lalu kat stesen Labis

 seronoknyer adik

macam-macam gaya duk main anak-anak

Keesokan gari dari JB adik hantar ke UTHM... melalui highway dalam dua jam sampai sana... terus sampai p daftar tuk conference then cari tempat penginapan yang dekat senang untuk saya berulang ke UTHM.. Saya dapatkan taxi dengan urusetia...

UTHM i am coming....

Allhamdulillah senang untuk dapat penginapan kat Parit Raja tu... murah... ok la dengan kami... cuma untuk merebahkan badan berlindung...






Dua hari di sana... semuanya berjalan lancar... saya present hari kedua... orang pertama present di sot saya 8.30am... awal pagi 7.30 lagi saya turun keluar rumah jalan kaki ke UTHM... hampir setengah jam...

 dekat pukul 8.00 saya sampai urusetia belum tiba lagi...





Nak dijadikan cerita ada presenter sama sesi dengan saya rupanya tinggal di bilik bawah sama tempat penginapan dengan saya... hihihi... Husband dia saya kenal saya pernah jumpa masa conference di UKM... juga student postgrade UKM.... wife dia lak student dari Bandung... Ya Allah dekatnya rasa....

 conference members


bila habis sesi tengahari saya terus balik kerana nak ambil transport ke Batu Pahat balik KL..... hampir pukul 3 petang kami check out ambil bas mini uncle cina ke Batu Pahat... setengah jam lebih perjalanan. Dari luar bas saya tengok macam-macam nama Parit ada.... seronoknye menikmati bumi Allah... saya tak kisah susah macamana pun janji bahagia...

Dari stesen bas Batu Pahat bas ke KL yang ada jam 6.30 petang.... terpaksa juga kami ambil... kat KL duk fikir mana kami nak tidur... tak pe la Allah ada... tawalkal...

 ke Kuala Lumpur


Allhamdulillah
kami boleh naik bas jam 5.30 coz ada kosong... untuk kami 4 beranak... Sampai KL 8.30 malam kat stesen Salak Selatan... ambil komuter... still tak tau nak g mana... terus en daddy call kawan kami... Allhamdulillah... sampai stesen LRT call dia datang ambil... Salak Selatam KL sentral then ke LRT Kelana Jaya.... kami sempat ambil tiket train balik ke Arau hari Isnin paling cepat... ambil jer la..



Sampai rumah kawan kami dah pukul 11 lebih.... tiga hari di KL kami tak p jalan mana... coz kawan saya anak2 dia balik kampung emak dia sakit... Husband dia jer ada kat rumah coz keje... kami tukang jaga rumah... Hari Ahad malam baru kawan sampai dari kampung. Kali datang KL x sempat nak chit chat ngn member dia pun bz.. ciannn.. semoga Allah merahmati kawan saya sekeluarga...

Isnin lepas Zohur kami ambil cab ke komuter Sg Buloh dari rumah kawan di Kg Baru Lembah Subang,,, memandangkan train kami malam sempat ler duk bercanda kat KL Sentral







balik Kedah





Jauh perjalanan kami.... balik Arau... Selasa pagi sampai Arau then ambil teksi balik rumah kami... Allhamdulillah... terima kasih yaRabb bawa kami jalan-jalan...


16 Ramadhan 1435H

By On 6:56:00 AM
Cepat sangat masa berlalu dah 16 Ramadhan
Ya Allah... sangat pantas meninggalkan kita
amal amal amal ibadah belum ketat dihati
semoga hari-hari yang tinggal menguatkan semangat
untuk terus mencari dan memperbanyakkan pahala
in syaa Allah

Persiapan raya
tiada apa nak fikir
belum buat
anak-anak pun belum ada baju raya
en asben lagi xnak beli baju raya
saya???
entah la....

segan rasanya
nak buat persiapan raya
tapi persiapan nurani tak kemana


Sunday, July 13, 2014

Kuih Sekaya Kelate : Sekali Buat Terus Jadi

By On 1:01:00 PM
Cepat sangat Ramadhan berlalu
Memang bila Ramadhan saya jarang masak
En asben tak bagi saya penat...
hihihi

Memang nak masak tapi memandangkan beli lagi murah
en asben lagi suka beli
saya buat apa????
masak nasi, kekadang goreng ikan, dan buat kuih

awal-awal Ramadhan
Mie (mak saya) saya call tanya resepi kuih sekaya ni
memang saya suka mencuba dan masak
kalau bukan bulan Ramadhan
masuk Ramadhan mood tu lain skit
lebih lagi kekangan daripada en asben yang
sayangkan saya tak bagi penat kan...

Allhamdulillah...
terima kasih daddy....
dia memang tak kisah pasal makan


bab kuih sekaya
dengan cepatnya saya search tenet
then call mie bagitau
cara nak buat

sempat juga dua kali saya buat
kali pertama buat without pulut
kali kedua buat dengan pulut...


Gula Melaka (nise) ore kelate panggil = saya buh 4 ketul bagi
telur 6 biji (ikut suka tahap kemanisan ye)
masak sehingga cair dengan air 1 cawan 
(kalau nak lebih sikit pun boleh air)
nanti kuih sekaya tu lembik skit pun sedap


saya guna 6 biji telur
memula buh 5 biji tapi nampak sikit 
saya tambah lagi sebiji gred B

sedikit asen vanila, atau bunga cengkih 3,4 biji atau
air pisang


gaulkan telur dan masukkan
gula melaka yang telah didihkan di atas api


abaikan tangan itu
telur dan gula melaka yang disatukan
dan kacau


masukkan dalam loyang dan
kukus dalam 30 minit
done


yang ni kalau nak buat lapisan pulut di
bawah
pulut mesti dikukusa dahalu
saya guna 2 cawan pulut rendam sebelum kukus
dan santan 1 cawan setengah
sedikit garam
kukus dalam 20 minit then agak2 nak masak
tekan pulut tersebut agak2 mampat
dan
tuangkan lapisan telur + gula melaka di atasnya
sambung kukus dalam 20 minit lagi
done!


resepi yang sangat senang
bahan-bahan pun tak banyak
memang mudah nak buat
sekali buat terus jadi


tak caya cuba terus hari ini
hehehe

salam ramadhan...
Allhamdulillah



Popular

Follow by Email