Kuih Sekaya Kelate : Sekali Buat Terus Jadi

Cepat sangat Ramadhan berlalu
Memang bila Ramadhan saya jarang masak
En asben tak bagi saya penat...
hihihi

Memang nak masak tapi memandangkan beli lagi murah
en asben lagi suka beli
saya buat apa????
masak nasi, kekadang goreng ikan, dan buat kuih

awal-awal Ramadhan
Mie (mak saya) saya call tanya resepi kuih sekaya ni
memang saya suka mencuba dan masak
kalau bukan bulan Ramadhan
masuk Ramadhan mood tu lain skit
lebih lagi kekangan daripada en asben yang
sayangkan saya tak bagi penat kan...

Allhamdulillah...
terima kasih daddy....
dia memang tak kisah pasal makan


bab kuih sekaya
dengan cepatnya saya search tenet
then call mie bagitau
cara nak buat

sempat juga dua kali saya buat
kali pertama buat without pulut
kali kedua buat dengan pulut...


Gula Melaka (nise) ore kelate panggil = saya buh 4 ketul bagi
telur 6 biji (ikut suka tahap kemanisan ye)
masak sehingga cair dengan air 1 cawan 
(kalau nak lebih sikit pun boleh air)
nanti kuih sekaya tu lembik skit pun sedap


saya guna 6 biji telur
memula buh 5 biji tapi nampak sikit 
saya tambah lagi sebiji gred B

sedikit asen vanila, atau bunga cengkih 3,4 biji atau
air pisang


gaulkan telur dan masukkan
gula melaka yang telah didihkan di atas api


abaikan tangan itu
telur dan gula melaka yang disatukan
dan kacau


masukkan dalam loyang dan
kukus dalam 30 minit
done


yang ni kalau nak buat lapisan pulut di
bawah
pulut mesti dikukusa dahalu
saya guna 2 cawan pulut rendam sebelum kukus
dan santan 1 cawan setengah
sedikit garam
kukus dalam 20 minit then agak2 nak masak
tekan pulut tersebut agak2 mampat
dan
tuangkan lapisan telur + gula melaka di atasnya
sambung kukus dalam 20 minit lagi
done!


resepi yang sangat senang
bahan-bahan pun tak banyak
memang mudah nak buat
sekali buat terus jadi


tak caya cuba terus hari ini
hehehe

salam ramadhan...
Allhamdulillah



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.