Enter your keyword

Sunday, April 21, 2013

pengajian saya

By On 12:08:00 AM
Bismillahirrohmanirrohim....

Allhamdulillah.... dah seminggu saya tinggalkan blog nie... tak sempat nak menjenguknya... maaf juga sahabar blogger dah lama saya tak blog walking...

Skang saya ada kat kedah... bila balik kedah feel nak study ni mula malas banyak hal nak buat kat rumah ni. Kejap nak care anak, nak masak la, nak kemas rumah ler... huhu banyak fikir nakbuat ituini...

Esok hari keje kat kedah saya decide nak pergi ofis buat keje kat sana. Tapi still fikir ksn baby zara yang breast feeding ni macamana nak tinggalkan en daddy... harus ler dia nangis walaupun skang dia dah makan tapi susunya saya risau...

Demi nak siapkan proposal terpaksa jua saya bekorban... kalau kat penang en daddy mati kutu tak tau nak buat apa... sejak kes amuk kat rumah penang tu lagi la en daddy tak mau tinggal sana...

Alahai sian saya... its ok la saya yakin tempat bukan penghalang tuk kita study kan... insya allah semoga dipermudahkan semuanya...

Friday, April 12, 2013

Filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Saya sudah tangok.

By On 7:48:00 PM
Bismillahirrohmanirrohim....

Allhamdulillah bersua kembali. Dah lama tak update entry... selepas entry kat bawah tu, saya dapat emeil tuk tonton dan colect data... Secepat mungkin saya siapkan soalan berdasarkan lit review tuk 30 respondon untuk pilot test.... Allhamdulillah sempat semuanya walaupun last minute...



Bila saya tengok wayang tu, anak-anak bersama en daddy tunggu kat luar ler... hehe... kesian dorang... anak-anak tak boleh masuk filem ni filem seramkan...


Ni antara respondon saya masa saya menonton dan collect data kat Kedah... Seterunya sambung collect data kat Penang pula...



Seronok juga filem ni... memang tak boleh nak relex ler... saya paling suka scene lawan antara Kamal (Remy Ishak) dan Sharnaaz, lupa lak wataknyer,,,, fast cut editingnya memang cantik... set penggambaran juga cantik sesuai dengan latar masa disamping sinematografi yang menarik... tatahias pun boleh dipuji sesuai dengan watak dan perwatakan..

bila sampai babak hantu tu, memang sangat menguji emosi saya kerana hantu tu tak ditunjukkan secara direct... bila dah dapat tengok rupa hantu tu, baru saya berani skit... hehe... macam tu rupanya rupa hantu tu... huhuhu... walaupun dalam kesejukan tu, dalam memang panas menahan takut... hehe...

all the best pada semua dibelakang tabir filem ini...






Tuesday, April 2, 2013

Filem Seram ke3 2013 Sembunyi : Bisikan Azazil

By On 6:31:00 AM

Filem seram ke3 pada tahun 2013 selepas Minyak Dagu, Hantu Kak Limah 2, dan kini sedang ditayangkan di pawagam sejak 28 Mac lalu ialah Sembunyi: Amukan Azazil. Arahan Kabir Bhatia.

Pelakon
Antara pelakonnya Diana Danielle, Remy Ishak, Sharnaz Ahmad, Fizo Omar, Emelda Rosmila dan Sara Ali.

Sinopsis
Filem ini mengisahkan Aishah lakonan Diana Danielle seorang gadis muda yang hidup pada zaman Jepun cuba melarikan diri daripada askar Jepun dan dipukul sehingga pengsan. Setelah terjaga daripada pengsan Aishah mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. Dia diberikan tempat berlindung oleh orang kampung. Namun orang kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. Aishah sering didatangi oleh kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa satu roh jahat yang tidak diketahui asal usulnya sedang menghantui kawasan hutan di situ. Roh tersebut dikenali Azazil. Kemudian, Azazil sering menghantui orang kampung dan menjadi kacau-bilau. 


Kredit: Sinar Harian

Semakin Berumur Semakin Terasa

By On 5:42:00 AM
erm... masalah ke ni? entah la... saya pun kekadang alaminya... entah dah tua agaknya... hehehe.... bukan hanya diri ini sahaja mudah terasa, orang di keliling dan terdekat saya pun macam tu juga saya perhatikan dan sendiri alami apabila mereka jua terasa.... 

mungkin juga perubahan angin monsun di kalangan wanita.... kekeke.... serius k.... tapi bila difikirkan bila diri sendiri yang alaminya saya cepat istigfar, solat sunat taubat lebih baik... InsyaAllah, saya kembali tenang tanpa memikirkan nya....

Allhamdulillah.... kuasaNya sangat menakjubkan..... cuba kalau tak percaya!


Dia sayang kita, kita juga mesti lebih lagi sayang Dia!

Sentiasa baiki diri yang daif lagi hina ini....

Semua yang baik dariNya, yang buruk dari saya, mohon maaf jua dari saya sekiranya terasa
dilukai tapa sedar diri yang hina ini....



Al Fatihah

By On 4:41:00 AM
Assalamualaikum....

Dah lama tak bersua,

Cuma satu mahu dinyatakan


buat

arwah sepupuku


Puteri Rania Balqis Batrisya Mohd Zulhairi

kerana 

telah kembali ke rahmahtullah

pada usia 17 bulan

pada 21 Mac 2013

kerana jangkitan bakteria



takziah buat keluarga tersayang

pak cik mak cik

semoga banyak sabar

tanpa kita tahu hikmah disebaliknya

InsyaAllah 

kesabaran akan digantikan dengan

kebahagiaan kelak




Popular

Follow by Email