Enter your keyword

Saturday, February 23, 2013

Apa Cantik Rumah Baru Saya?

By On 9:18:00 PM
Memang bersyukur bila dapat confirm pindah rumah baru, dan confirm juga dengan tuan rumah ni... masa saya deal dengan tuan rumah tu, saya tak sempat nak tengok rumah ni secara terperinci. balik kedah saya duk fikir bilik kot mana, toilet kot mana, coz masa tu duk kalut dengan egen rumah tu. Entry Penang Penang Penang Rumah Sewa. Then baru saya tengok dari tingkat 9, wow cantiknya pemandangan luar, kekadang seram pun ada

V
V
V
V
V
V
V
V

tuuudiaaa.....


Kakak amani tanya, "itu apa mama yang batu-batu tu"..... hehe... saya jawab ler secara jujurnya kubur orang cina mati... budak mana la tau takut ke apa.... 


Pindah Penang

By On 8:59:00 PM
Bismmillahirrohmanirrohim..... dah berapa minggu ni berabuk je blog saya. tak menyempat nak update. g mari g mari sedikit kepenatan. Malam ni baru berpeluang melunaskan janji entry saya.... hehehe.....

Pindah Penang
Allhamdulillah, sudah 19 hari saya berpindah di teratak baru sejak 6 Feb lalu.... Saya minta dengan tuan rumah untuk masuk rumah pada 6 hb kerana 7 hb Feb saya ada workshop/kelas di usm... ermmm memang penat pada hari tersebut, rushing dari Kedah dah lewat, sampai pun dah lewat... hampir magrib baru siap mengangkut barang walaupun tak sebera yang dibawa.....

malam pertama kakak Amani dan adik zara di rumah Penang
Balik Kampung Kota Bharu
7, 8 hb saya di Penang, 9 bh saya dan keluarga berangkat balik kampung.... Seminggu lebih juga di kampung.

Balik Kampung Kedah
15 hb hari Jumaat lepas baru saya pulang ke Kedah. Skang dah ada dua kampung, hehe... kampung asal Kota Bharu, Pasir Mas, kampung kedua kampung Kedah.... Cam ni la gaya hidup perantauan kan... apapun seronok....

Balik Penang
Beberapa hari di teratak Kedah baru kemnali ke Penang semula pada 26 hb hari Isnin, seteleh selesaikan hal di ofis saya Kedah, urusan mengepos motor en daddy... Allhamdulillah, kelmarin motor daddy selamat tiba di Penang. Harga pos laju dari Kedah ke Penang RM150, dengan harga pelajar... Kalau harga asal RM180.
sangat membantu dengan student card.... Allhamdulillah,...


Tuesday, February 5, 2013

Hijrah Ke Teratak Baharu

By On 9:41:00 PM
Allhamdulillah.... saya dah confirmkan dengan tuan rumah untuk masuk ke teratak baharu esok. keputusan dibuat atas sebab hari Khamis saya ada kelas@workshop. Kata orang - orang tua kalau nak masuk rumah baru ke nak keluarkan kerata baharu ke mesti tengok tarikh sesuai dan ada kiraannya untuk lebih berkat dan elak daripada perkara buruk. erm... yang saya tahu kiraannya berdasarkan tarikh mengikut kiraan tanah, air api angin. supaya sejuk rumah atau kereta baharu kita. sama juga kalau nak kawin kan mesti tengok tarikh yang sesuai, kadang-kala orang tua ni akan rujuk tarikh kawin pada ustaz dan para ulama. 

Tarikh Pindah
Kali ni saya tak kira lak esok tarikh apa, rasionalnya Hari Rabu, 6 Feb 2013 mengikut kelendar omputih..... semoga semuanya diberkati. InshaaAllah...

Keperluan Yang Akan Dibawa
Fikir packing apa nak bawa sana esok ni. Yang penting, 
pakaian,
lappy saya+tenet, 
toto nak tido tu.. 
pinggang mangkuk  (2 set kot)
sudu garfu
file lit.review+segala bagai file tesis

Kurang Penting Lagi
printer saya still dalam kotak baru beli dan belum buka tu tinggal dulu. Besak gedabak kotaknya harus tak muat kereta usang saya tu nak angkut..... buku saya pun tak perlu lagi,  alatan dapur rasa tak perlu bawa, dapur beli ja kat sana coz dapur saya kat sini dah uzur. huhu.... ermmmm apa lagi ye?


Kisah dan Teladan : Musibah vs Anugerah

By On 12:43:00 AM
Ketika pagi masih dingin, si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya lalu diatur di adlam pedati. Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.

"eh kenapa dengan kuda ku ni?" dia mendekati kudanya yang terbaring. Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung, memikirkan bagaimana dia hendak mengangkut sayurannya.

Si penjual sayur menemui seorang ulama dan menceritakan maslahnya. "ini lah musibah yang paling buruk yang pernah berlaku kepadaku". Si penjual sayur itu berkeluh-kesah. Ulama itu mengangkat bahu smabil menarik nafas. 

"mungkin ya, mungkin tidak", spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu. Lalu dia pulang ke rumah, matanya terpaku. Seekor kuda liar mengibas-ngibas ekornya sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.

"bukan kah itu satu anugerah?" Si penjual sayur memberitahu ulama itu. Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.

"mungkin ya, mungkin tidak", spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu lalu kembali ke rumahnya. Setibanya dia tiba di rumah, dia terkejut. Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi kuda liar yang terlepas dari tambatan. Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak oleh kuda liar itu. Si penjual itu menangis sambil memeluk anaknya. 

"aku fikir kuda itu anugerah, taetapi membawa musibah", si penjual sayur itu berkeluh kesah.

Tadak lama selepas itu dia terdengar akan berlaku peperangan. Semua pemuda diwajibkan menyertai peperangan. Namun, oleh kerana anak lelakinya masih dirawat, maka anaknya dikecualikan menyertai peperangan tersebut. Si penjual itu bersyukur. Baru dia sedar musibah yang melanda juga adalah anugerah.




Finally I Got The Puma Shoe

By On 12:07:00 AM
Allhamdullillah... syukur kepadaNya, maha pengasih dan penyayang. dah lama saya tak soping ni. sebelum ni saya duk cari kasut tuk keperluan kaki saya ni. sedey.... bila apa yang saya nak xde size kan, entry sini. tadi my family n i pergi make up kereta. lama juga ler menunggu siap. after jer siap tu en daddy singgah nak makan char kue teow, tetiba jer jumpa member. en daddy cakap nak pergi al-ihsan depan kedai char kue teow tu. tapi sebenarnya kami tak mo makan char kue teow kat tempat member duduk tu, kami nak mkn kedai sebelah.


masuk jer al-ihsan, saya memang dah frust la kan kasut puma yang diidamkan tu tak ada size saya. mana lagi kasut yang ada. ternampak warna hitam, saya try. tetiba padan harus la size saya, bila tengok harga, aikkk nape murah? RM89! puma grey yang saya suka harganya RM119. dah memang padan jer dengan kaki saya terus beli. keluar je al-ihsan sambung niat kami nak makan char keu teow tu... 


Allhamdulillah syukur sangat, dah lama sangat tak soping keperluan diri ni dan dapat rezeki makan char kue teow yang voiilaaa ni.... terima kasih ya Rabb.... 




Monday, February 4, 2013

Jom Kira Peratus Kita Sayang Allah 101%

By On 6:36:00 AM
101% cinta kepada Allah swt dari sudut pandangan matematik :


  •  Apakah ia sama dengan 100%?
  •  Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
  •  Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
  •  Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
  •  Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
  •  Apakah nilai 100% dalam hidup?
 Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
A B C D E F G H I   J   K   L  M   N  O  P   Q   R  S    T  U   V  W   X  Y   Z

Digambarkan sebagai:
1 2  3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
  • KERJA KERAS
  • 11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
  • H-A-R-D-W-O-R- K
  • 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
  • Knowledge
  • 11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
  • SIKAP
  • 19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9 = 96%
  • KEKASIH
  • 11 + 5 + 11 + 1 + 19 + 7 + 6 = 60%
 Dalam Bahasa Inggeris;
  •  A-T-T-I-T-U-D-E
  •  1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita.
Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.
 Tapi
  •  LOVE OF GOD
  •  12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
 atau
  •  SAYANG ALLAH
  •  19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =)


Sesungguhnya telah disepakati ulamak bahawa mencintai Allah Taala dan Rasul-Nya itu adalah WAJIB.
Firman ALLAH Azza wa Jalla:
“Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)
“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)
Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW menjadikan kecintaan kepada Allah itu termasuk sebahagian daripada syarat iman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cinta makhluk kepada Khalik.
Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?” 
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad)
“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)
“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.” (Bukhari & Muslim)

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".  (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Semuga kita dapat mecintai ALLAH lebih dari segala2nya dengan mentaati segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya..kerana ALLAH amat mencintai kita, melebihi cinta seorang Ibu kpd anaknya..


IF ALLAH IS ALL WE HAVE, THEN WE HAVE IT ALL..



Pendaftaran Semester Kedua Saya

By On 6:09:00 AM
Allhamdulillah....

Pendaftaran Sem 2
Baru rasanya 17 Disember 2012 saya daftar masuk belajar di Usm... 
ni dah masuk semester kedua, duk tengah kalut cari rumah bagai, cari lit review tuk kemas kini proposal saya, then kalut gak nak register sem baru 2012/2013 ni. 

Dari bulan Disember lagi saya duk ulang alik ke usm, nak register satu hal 2 kali gak ler ngadap kaunter ips tu coz kena online. Saya duk online tak boleh.

Bila balik rumah try online tak dapat... hadui... pening gak.... pergi lagi usm dari Kedah, kali ni step by step officer tu ajar baru boleh buat. Rupanya, bagi saya kali pertama nak online, officer yang kena buatkan, then saya continue. Patut la saya buat tak boleh jugak. hehehe... 

Langkahnya online kena submitkan report kepada supervisor, bila supervisor dah approve baru dia keluar page new registration, then print yuran baru boleh buat pembayaran di bendari. 

Allhamdulillah, supervisor saya dah approve. InsyaAllah, Khamis ni nak kembali ke Usm ada workshop/kelas, buat pembayaran semester baru.... huh dah sem 2 ni....

Motivasi Belajar
Target saya nak defend proposal semester ni juga nak menulis untuk publication. Semoga dipermudahkan. 

Baby Zara
Sedikit cabaran saya, bila baby Zara breastfeeding. Susah saya nak hantar kat pengasuh. Bak kata misi bila check up 4 bulan hari Rabu lepas, "tak pe dia breastfeeding, dia tahu mak dia tak keje"... memang la betul saya tak keje tapi saya belajar sama je macam keje... Agaknya boleh ke bawa baby masuk library ye? Kena check ni kat usm... tapi saya seronok keadaan ini, belajar then kena mengasuh baby... last week saya masuk kelas, bila en daddy sms baby nangis nak susu, saya terkejar keluar susukan baby then masuk kelas semula... memang kelas tu best dan topik yang saya suka sayang la kalau tak masuk. 


Makin besar muka dah ikut bapaknya 

InsyaAllah walau apapun
semoga dipermudahkan
segala perjalanan
mencri ilmu dunia akhirat ni

Aminnn


Segmen : Pencarian Bloglist Februari - Jun Mieya Atiera

By On 5:23:00 AM
Assalamualaikum... 
selamat pagi semua, 
kalau ada yang dh bgn kul 5.20 pagi sekarang ni... 
sempat bw jumpa segmen Mieya Atiera terus join ler


Salam kenal tuk Mieya juga
semoga dapat mengeratkan lagi silaturahim
virtual ini

Siapa nak join klik header di atas
tarikh tutup: 10 Mac 2013
Syarat memang senang!
Check up yer...



Saturday, February 2, 2013

Penyakit Umat Terdahulu vs Rancangan TV "Hajat"

By On 9:37:00 PM

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W.. bersabda maksudnya : "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi S.A.W. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah :
 1. Terlalu banyak seronok

 2. Terlalu mewah
 3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
 4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
 5. Saling memarahi
 6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim
Hadis Riwayat al-Hakim...

Semoga diberikan panduan dan petunjuk untuk kita semua sentiasa beringat dunia ini hanya satu persinggahan....

Tadi saya menonton rancangan "Hajat", alangkah baiknya kalau ada harta dunia yang banyak itu di wakafkan sedikit. Memang betul kata En. Kasim (watak dalam rancangan hajat), sekarang ni nak mati pun kena guna duit nak tanam, mana boleh nak wakafkan tanah. Cara berfikir manusia skang dah lain, fikir perniagaan... (lebih kurang macam tu la maksud dia, mohon maaf kalau saya tersilap tafsir)...

Tersentuh juga bila saya dengar orang kita cakap macam tu, tapi tanpa sedar kat luar sana banyak lagi yang lebih pada tu kan... InsyaAllah, semoga mereka diberi petunjuk hidayah dan cahaya kebaikan dengan harta mereka miliki...


Penang, Penang, Penang -----> Rumah Sewa

By On 6:16:00 AM
Allhamdulillah....

Sejak bergelar pelajar semula ni, hidup saya kelam kelibut skit berulang alik ke Penang.... hari Isnin saya ke sana, dengan kejadiaan yang tak dijangkan berlaku, huwrrrggghhh, nak nangis time tu tapi sabar je... hari Selasa pergi lagi, then petang juga balik Kedah.... Relex kat rumah dua hari Rabu, Khamis then Jumaat kelmarin saya kembali lagi ke sana.... kali ni, tuk tengok rumah sewa..... Allhamdulillah, saya dah dapat rumah sewa berdekatan juga dengan USM senang saya nak ulang-alik ke school nanti.... 


Allhamdulillah Dapat Owner Muslim
Syukur sangat padaNya mempermudahkan segala urusan saya, dapat owner rumah pun Islam Melayu sama keje di Usm. Hari Khamis, bila kawan saya sms nombor telefon tu, saya kat ofis UUM bersama anak beranak saya setia di sisi... terus saya call, nekat macamana pun saya akan ambil ruman husband akan dah ni, walaupun tak tahu siapa owner yang pasti saya berurusan dengan agen yang sebelum ni saya elakkan. Janji hari Jumaat yaitu kelmarin saya datang tengok rumah. 

Tiba Masa Yang Dijanjikan
Memang janji ditepati dengan masa yang sama dijanjikan agen call saya, saya mana saya dah agak dari jauh gerangannya.... bila dia bawa kami 4 beranak naik ke apartment tu tingkat 9, keluar jer pintu lif, saya tengok pintu rumah depan lif terbuka. Dalam hati saya, rumah ni ke? betul rumah tu... masuk jer situ, ada seorang wanita muslim dalam lingkungan umur 50 tahun, lalu saya menyapa, "akak, owner rumah ni ke"? dia menjawab "ya"... Allhamdulillah, dapat owner sesama agama.... Banyak kami bualkan...

Pembayaran Rumah dan Agen
Last, bincang pasal bayaran macamana dan diposit semua.... Bila en daddy berbincang dengan agen tu, saya kat sebelah bincang dengan kakak owner tu.... Dia kata "kenapa ambil agen" saya tak tahu, kawan saya yang bagi no, terus saya contact, kawan saya amabil kat mudah.com...

Habis perbincangan semua, saya setuju serahkan duit booking pada akak owner, sebelum tu saya kena kembali ke USM dan ikut akak owner dia juga perlu masuk kerja....

Bayaran Untuk Agen Mengikut Harga Rumah Sewa
Saya ke ofis akak owner, serahkan duit booking.... sempat lagi kami sambung bincang tasal agen tu. Akak owner cakap, dia tak pernah ambil agen, agen tu yang call dia  nak carikan penyewa, Ni first time akak sewakan rumah ada egen. Sebelum ni dah dua rumah akak sewakan tak pernah jadi macam ni. 

Kiraan Agen
Harga rumah sewa kami RM600, agen minta daripada kami (penyewa) RM300, dan agen juga minta daripada owner RM300... total agen dapat RM600. Rupanyer, macam tu calculation agen ni, kalau rumah tu harga sewa RM1000 sebulan, agen akan ambil RM500 dari penyewa dan RM500 dari owner... fuhhhh... banyak tu, bayangkan sebulan agen tu dapat lebih dari 1 rumah, dan rumah kat Penang mana ada yang murah-murah...

Apapun, saya sangat puas hati dengan rumah tu, halal jer la hal agen tu rezeki dia nak buat camana kan... Kami dapat rumah dan owner yang ok ni, lagi bersyukur...

Nak pesan juga pada rakan-rakan, sahabat berhati-hati pilih rumah dan owner takut ditipukan...



GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT

By On 4:56:00 AM

1.      Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.





      Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”.(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2.      Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.
      Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”
      (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3.      Orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.
      Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan”
      (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130) 

4.     Orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
      Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf-shaf”
     (Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5.     Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
      Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”
      (Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6.      Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
      Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”
      (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7.      Orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.
      Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat”
      (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8.      Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
      Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
      (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9.      Orang yang berinfak.
      Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’”
      (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10.  Orang yang sedang makan sahur.
      Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang -orang yang sedang makan sahur”
      (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11.  Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
      Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh”
      (Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12.  Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
      Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
      (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343) 

Semoga kita juga berada di dalam golongan di atas... InsyaAllah... 



Popular

Follow by Email