Filem Seram ke3 2013 Sembunyi : Bisikan Azazil


Filem seram ke3 pada tahun 2013 selepas Minyak Dagu, Hantu Kak Limah 2, dan kini sedang ditayangkan di pawagam sejak 28 Mac lalu ialah Sembunyi: Amukan Azazil. Arahan Kabir Bhatia.

Pelakon
Antara pelakonnya Diana Danielle, Remy Ishak, Sharnaz Ahmad, Fizo Omar, Emelda Rosmila dan Sara Ali.

Sinopsis
Filem ini mengisahkan Aishah lakonan Diana Danielle seorang gadis muda yang hidup pada zaman Jepun cuba melarikan diri daripada askar Jepun dan dipukul sehingga pengsan. Setelah terjaga daripada pengsan Aishah mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. Dia diberikan tempat berlindung oleh orang kampung. Namun orang kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. Aishah sering didatangi oleh kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa satu roh jahat yang tidak diketahui asal usulnya sedang menghantui kawasan hutan di situ. Roh tersebut dikenali Azazil. Kemudian, Azazil sering menghantui orang kampung dan menjadi kacau-bilau. 


Kredit: Sinar Harian

6 comments:

  1. Entah apa faedahnya filem2 seram ni, kan? Apa2pun, kakcik suka tengok HKLBR - sekadar hiburan. :)

    ReplyDelete
  2. wah , macam menarik , hm , rase nak tgk la tapi pitis abes dah , hehehe

    gpown pawagam jauh dari tempat belajar nih , hehehe

    tgk kt u tube je la jawabnye :D

    ReplyDelete
  3. xminat cter seram sbb mmg dasar penakut abes ha3

    ReplyDelete
  4. Baru pas tgk tadi, ending ade twist yg best. Mmg tk disangka2. Gi la tgk!

    ReplyDelete
  5. Baru pas tgk tadi, ending ade twist yg best. Mmg tk disangka2. Gi la tgk!

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED