Queensbay Mall------->kunci kereta ku hilang

Assalamualaiku.... salam sayang buat semua....

Nie kisah minggu lepas bersambung lak sampai kelmarin pergi Queensbay Mall Penang. Minggu lepas dah pergi sana tapi bukan tuk soping moping pun, survey barang then kelmarin lak sampai Penang pergi USM, rupanya Penang cuti ofis semua tutup. Terkejut saya bila tolak jer pintu Ips Usm, pintu terkunci. 

Then pergi cari rumah sewa pun, ofis management cuti. Hari ni baru operasi. Call member tak angkat. Kami berempat pun pergi la Quennsbay lagi, tanya barang minggu lepas tu dah sampai belum. Dah sampai tapi dah habis. Alahai cepatnya! Masuk kedai lain pun barang tu dah habis juga yang kami ndak.


Perut dah lapar, turun tingkat bawah food court makan. Masa order makan en daddy tanya kunci kereta kat handbag saya ke? Tak ada, saya tak ambil kunci kereta. Tak tengok pun sejak kuar kereta tadi.

Car punya cari dalam stroller baby Zara pun tak ade. Alahai, saya dah risau, order makan sizzling yee mee pun brapa kali orang tu tekan loceng lambai kat saya suh ambil makanan.... Saya kebimbangan tak ada mood dah kelaut. En daddy dengan cepat habiskan makanannya terus ke parking kereta. Saya dan anak-anak tunggu kat food court. Memang dah tak lalu nak makan brapa mulut je saya rasa yee mee tu... 

Lama juga en daddy pergi. Dalam hati saya terus istigfar, zikir je la.... Then, bila en daddy kembali, dia kata dah cari tak ada kedai yang kami pergi dia cari tanya jurujual kat situ pun tak ada. 

Kami terus beredar cuba ingat kedai mana yang kami pergi lagi. Memang bila masuk je Queensbay, kami terus naik lif tingkat 2. Tingkat 2 sahaja yang kami pergi then terus LG ke foodcourt. Member saya call, saya inform dia kunci kereta hilang, tercicir. Dia advice saya suruh tanya kat kaunter information. Bila dah berapa kedai kami pergi tak ada orang jumpa juga, kami ke information desk tanya. Tak ada juga. Relex jap, masa dah pukul 8.40 malam dah keluar dari Queesbay. En daddy call kawan dia, nasib baik juga la dia ada member pomen kat Penang. Lebih kurang 9.45 malam dia sampai. Kesaian baby tido penat, Allhamdulillah anak2 semua ok selamat. 

Buka kereta, macam orang nak curu kereta tu, buka kabel2, lock kat stereng tu... dalam 10 lebih juga settle. kereta boleh start, member saya call lagi macamana? dia suruh saya tidur kat rumahnya, memandangkan hari ni saya nak ke USM semula. Nak terus balik Kedah la ni saya cakap, kereta tak boleh kunci. Kami terus bertolak balik Changlun dengan keadaan bawah strereng yang berselerak dengan wire tu...

Allhamdulillah.... selamat semua. Memang tak cakap apa la saya, takut kan duk zikir jer tenangkan hati. Nak buat camana kan. Sampai hari ni memang rasa takut lagi. Sampai Changlun dalam 12 lebih tengah malam tadi.

Hari ni sepatutnya saya kena attend presentation proposal kat Usm, tak tercapai la hajat itu. Apa pun saya bersyukur juga dengan apa yang berlaku, mungkin mengingatkan supaya berhati-hati di lain hari. Allhamdulillah... yang penting semua selamat.


4 comments:

  1. Ya Allah... Mencabar nyer... Dugaan tu & Alhmdlh da selamat & anak2 pon ok...

    ReplyDelete
  2. Mungkin tercicir dimana2...
    Nasib takde pape berlaku...

    ReplyDelete
  3. kak..sy pun pernah ilang kunci kete dkt queensbay tue huhuhuhu...last2 terpaksa call abg dr mainland suh bwk kunci spare..

    ReplyDelete
  4. la kisahnye/... nsb baik jmpe blik hihi

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED