Mencari Kasut Puma Grey

Kelmarin saya kuar jalan-jalan empat beranak... Tujuan utama nak beli kasut. Dah sakit kaki ni. Dah lama pun tak beli kasut. Sebelum mengandung sampai dah bersalin dah habis pantang. Dalam setahun lebih juga la tak beli kasut. Huhu.... pakai jer yang mana ada. En daddy lak selalu bising, beli la kasut yang elok sikit tahan lama, kaki pun tak sakit. Saya memang tak berkira pasal kasut ni janji murah yang RM20 hinggit la yang selalu duk beli... bila dah lama tak beli ni, baru la ada perasaan sikit nak beli yang elok tujuan utama supaya kaki ku ini selamat sentiasa... hehehe.... tapi malangnya, kasut yang diidamkan kat al-ihsan tak ada size. Kaki kecik sangat. Minggu lepas ada tengok kasut tu kat Quensbay tapi reganya RM3 ratus lebih tapi kat al-ihsan cuma RM169...
Al Ihsan Foto

Bila check kat laman web al-ihsan yang yang diidamkan tu memang tak ade size kecik. huh. kesian! tapi kat laman web tu harganya RM119. Warna lain selain grey ni, ada hitam, putih ada size kecik tapi saya suka yang grey ni.

Tak pe la, nak buat camana kan tak de rezeki. Kena cari yang lain. Yang penting kasut yang diidamkan tu ada ciri-ciri keselesaan boleh support tapak kaki ni supaya jalan jauh pun tak sakit dan tahan lasak....

Dah lama tak soping-soping ni, sampai kan ada yang mengata saya. Alahai kesian saya kan. Saya bahagia walaupun tak miliki barang mahal. Bagi saya buat apa nak yang mahal kalau tujuannya tuk orang tengok dan pujikan.... Masa study dulu, saya memang suka soping-soping tapi bila dah ada keluarga ni, rasa tanggungjawab pada keluarga anak lagi banyak nak gunakan duit kan. Sebab tu la saya jadi tak kisah tentang pakaian saya. Apa yang ada saya pakai je la.

Allhamdulillah....



1 comment:

  1. Lumrah bila dah berkeluarga fikiran kita secara automatik akan utamakan anak dan keluarga. Kakak pun tak kisah janji sedap mata kakak memandang - murah kakak beli.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED